Pendidikan agama diakui sangat penting bagi anak-anak muda dan perlu dipupuk sekitar usia 6 tahun. Pendidikan agama yang paling mudah ialah dengan menerapkan elemen-elemen Al-Quran di dalam jiwa anak-anak muda yang kosong itu. Banyak program-program yang ibu bapa boleh galakkan untuk anak-anak sertai di usia muda mereka seperti Kem TaHa, Kelab Ansar dan sebagainya. Even, aku sendiri tak sertai kelab-kelab macam itu sewaktu aku masih belum baligh kerana sibuk dengan kelab badminton di sekolah. Aku sendiri dididik dengan al-Quran seawal usia 5 tahun oleh atuk aku sendiri. Waktu tuh aku baca muqaddam pun dah belajar fly weh, tak payah tunggu masuk asrama nak main fly-fly nih. Pernah sekali aku nyorok bawah rumah sebab nak elak daripada mengaji. Then , nenek aku pi momokkan aku dengan hantu tetek. Yelah, masa kecik memanglah takut dengan hantu tetek, dah besar nih kadang-kadang terasa nak usha jugak rupa hantu tetek nih. Kehebatan aku fly mengaji menyebabkan atuk aku putus asa ...