Skip to main content

Kisah Al-Quran

Pendidikan agama diakui sangat penting bagi anak-anak muda dan perlu dipupuk sekitar usia 6 tahun. Pendidikan agama yang paling mudah ialah dengan menerapkan elemen-elemen Al-Quran di dalam jiwa anak-anak muda yang kosong itu. Banyak program-program yang ibu bapa boleh galakkan untuk anak-anak sertai di usia muda mereka seperti Kem TaHa, Kelab Ansar dan sebagainya. Even, aku sendiri tak sertai kelab-kelab macam itu sewaktu aku masih belum baligh kerana sibuk dengan kelab badminton di sekolah.

Aku sendiri dididik dengan al-Quran seawal usia 5 tahun oleh atuk aku sendiri. Waktu tuh aku baca muqaddam pun dah belajar fly weh, tak payah tunggu masuk asrama nak main fly-fly nih. Pernah sekali aku nyorok bawah rumah sebab nak elak daripada mengaji. Then, nenek aku pi momokkan aku dengan hantu tetek. Yelah, masa kecik memanglah takut dengan hantu tetek, dah besar nih kadang-kadang terasa nak usha jugak rupa hantu tetek nih.

Kehebatan aku fly mengaji menyebabkan atuk aku putus asa dengan aku and stop ajar aku ngaji. Sampailah suatu petang, aku pergi rumah member aku main basikal lepas balik daripada sekolah agama. Kebiasaannya aku akan balik ke rumah sebelum pukul 6 petang. Tapi hari tuh aku luar dari kebiasaan di mana pada pukul 6.30 aku masih kat rumah member aku tunggu dia repair basikal. Masa nak balik tuh, aku terus brainstorm nak bagi alasan apa, sampailah aku jumpa satu jawapan yang mengubah jadual aku setiap petang.

“Kau pergi mana haa? Dah nak maghrib baru nak balik”
“Err, pergi surau jer. Belajar ngaji.”


Siapa tahu, jawapan yang menyelamatkan aku untuk satu petang itu menyebabkan nenek aku daftarkan aku ngaji di masjid kampung untuk setiap petang. Di situlah jadual aku berubah. Nak tak nak, kena jugalah aku belajar ngaji sebab aku jeis behave dengan orang luar. Sebab tuh, kalau aku jadi menteri, orang akan tuduh aku fake dan sebarkan gambar aku tidur sekatil dengan Afham sewaktu di Kolej Matrikulasi dahulu untuk biarkan aku tidur di lokap. Kalau dengki lagi, diorang edit gambar aku tidur dengan Mirah Filzah. 

Comments

Popular posts from this blog

MAMAK DEMAND

Seperti mana rakyat Malaysia yang lain, aku juga suka lepak kedai mamak sambil menonton EPL. Cuma kemajuan di Malaysia ini juga turut mempengaruhi kemajuan kedai mamak sehingga upgrade menjadi sebuah restoran, contohnya Restoran Aliff yang bapak mahal harganya. Sewaktu aku ke JB, aku teman kawan aku makan di Terminal Bas Larkin, di sebuah kedai mamak. Masa tuh aku nak teman sarapan sebab aku pun dah sarapan di rumah. Jadi aku fikir nak makan benda ringan-ringan. Aku cuba cari sinki masa masuk sahaja ke restoran tuh. “Uncle, masa sinki?” “Sana hujung. Sebelah tangga.” Masa tuh aku nampak ada mamak tengah tebar roti canai. Lepas basuh tangan aku pun order roti canai telur satu. Masa tuh, budak yang ambil order tu umur dia macam lagi muda dari aku (maybe baru habis SPM), so dia tulis lah apa aku order sampailah dating seorang mamak nampak tua sikit cakap pada mamak lepasan SPM tuh, “Roti takdak.” Cis, baru tadi aku nampak banyak lagi roti. Saja lah tuh nak suruh order m...

ADILKAH SESUATU KEADILAN?

Seringkali kita lihat dan dengar suara-suara sumbang menyatakan bahawa mereka mahu menuntut 'keadilan' dan seumpamanya. Tapi benarkah definisi adil yang kita pegang pada hari ini? Apakah definisi 'Adil' yang kita pegang? Adakah adil versi Islamis atau sekukaris? Menurut Islam, Adil itu ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya. Masih kabur dan tidak jelas? Untuk memudahkan fahaman kalian yang selama ini telah disuntik dan didoktrin dengan pelbagai bentuk definisi adil dari berbeza perspektif, adil dari segi Islam bermaksud memulangkan pada yang haq. Pada hari ini, kita anggap adil ialah sama rata. Walhal itu ialah konsep 'equality'. Adakah konsep adil dan equality adalah tidak sama? Ya, jawapannya adalah tidak sama. Sebagai contoh, seorang kanak-kanak mempunyai 4 batang aiskrim, lalu kawannya merampas 2 batang aiskrim darinya. Lantas, budak itu menangis air mata syahdu seperti seorang lelaki tertumpahkan satu-satunya maggi yang dia ada. "Hei, aiskrim in...

RULES OF SURVIVAL

Survival  adalah satu istilah tepat untuk melambangkan keadaan aku sekarang yang kini menetap di ibu kota Kuala Lumpur. Sebagai satu  stereotype , Kuala Lumpur sering dikaitkan dengan kos sara hidup yang tinggi. Dan untuk menjaga kewangan peribadi di sini tidaklah mudah sehingga aku merasakan aku perlu mengupah anjing peliharaan di kampung (Rooney dan Totti) untuk membantu aku menjaga kewangan aku selain dua ekor anjing ni menjaga kebun di kampung. Kira anjing ni buat  part-time  la dengan aku. Nilai  survival  aku semakin meningkat apabila akhbar Berita Harian pada awal bulan Mac melaporkan isu  'Mahasiswa UM Ikat Perut' . Akibat daripada laporan itu, Menteri Pelajaran, Dato' Maszlee Malik telah turun padang ke Kolej Kediaman Dr Nazrin Shah (dibaca: Kolej 12) untuk meninjau mahasiswa UM. Mesti Dato' terkejut sebab  student  sana makan mewah kan dekat kafe tuh, sebabnya yang ikat perut tuh bukan dekat kafe Dato', tapi di dalam bilik memasak...