Skip to main content

MAMAK DEMAND

Seperti mana rakyat Malaysia yang lain, aku juga suka lepak kedai mamak sambil menonton EPL. Cuma kemajuan di Malaysia ini juga turut mempengaruhi kemajuan kedai mamak sehingga upgrade menjadi sebuah restoran, contohnya Restoran Aliff yang bapak mahal harganya.

Sewaktu aku ke JB, aku teman kawan aku makan di Terminal Bas Larkin, di sebuah kedai mamak. Masa tuh aku nak teman sarapan sebab aku pun dah sarapan di rumah. Jadi aku fikir nak makan benda ringan-ringan. Aku cuba cari sinki masa masuk sahaja ke restoran tuh.

“Uncle, masa sinki?”
“Sana hujung. Sebelah tangga.”

Masa tuh aku nampak ada mamak tengah tebar roti canai. Lepas basuh tangan aku pun order roti canai telur satu. Masa tuh, budak yang ambil order tu umur dia macam lagi muda dari aku (maybe baru habis SPM), so dia tulis lah apa aku order sampailah dating seorang mamak nampak tua sikit cakap pada mamak lepasan SPM tuh, “Roti takdak.”

Cis, baru tadi aku nampak banyak lagi roti. Saja lah tuh nak suruh order mahal-mahal sikit. Last-last aku order teh ais limau je, padan muka kau mamak.

Masa aku nak balik ke Pontian, aku singgah lagi makan di restoran di Bandar Baru Uda. Rupanya mamak juga. Datanglah seperti biasa, mamak ambil order.

“Makan apa?”
“Mee Sup ada?”
“Tiada.”
“Apa yang paling mahal sini?”
“Poori dan nasi biriyani. Mau cuba?”
“Kalau macam tuh kasi saya air suam.”
“Air suam takda. Air teh Tarik, milo ais ada.”
“Tipu! Macam mana u buat air kalau takda air suam?”
“Air suam takda. Air the Tarik ada.”

“Okay. Bagi saya teh Tarik satu tapi tak payah Tarik, tak payah letak teh dan susu. Thank you.”  

Comments

Popular posts from this blog

MENTAL ILLNESS

click here to watch stress video from striker17 studio Semua orang ada masalah dan melalui fasa-fasa dewasa yang berbeza. Dan apa yang sama berlaku pada setiap orang ialah tekanan atau stress. Adalah normal bagi manusia biasa termasuk juga manusia luarbiasa seperti Messi, Ronaldo dan Zlatan untuk turut merasai stress. Stress akan menyerang sesiapa sahaja tanpa mengenal umur, pangkat, harta apatah lagi mahu mengenali rakyat-rakyat marhaen. Instafamous stress dengan paid review tak bayar, fans Brazil stress tak menang World Cup, student stress dengan assignment berlambak, dan Haqiem Rusli stress kena bash. Ehh… Stress ni bukanlah suatu wabak yang terlalu bahaya sebenarnya sebab masih banyak cara untuk kita control stress. Omputih kata, “We are who we are.” Kita-lah orang yang menguasai diri kita kecuali hang kena rasuk, tu out of topic kita. Self-awareness adalah langkah penting untuk menghalang diri anda daripada stress dan membawa anda kepada depression sehingga menyebabkan dir...

ADILKAH SESUATU KEADILAN?

Seringkali kita lihat dan dengar suara-suara sumbang menyatakan bahawa mereka mahu menuntut 'keadilan' dan seumpamanya. Tapi benarkah definisi adil yang kita pegang pada hari ini? Apakah definisi 'Adil' yang kita pegang? Adakah adil versi Islamis atau sekukaris? Menurut Islam, Adil itu ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya. Masih kabur dan tidak jelas? Untuk memudahkan fahaman kalian yang selama ini telah disuntik dan didoktrin dengan pelbagai bentuk definisi adil dari berbeza perspektif, adil dari segi Islam bermaksud memulangkan pada yang haq. Pada hari ini, kita anggap adil ialah sama rata. Walhal itu ialah konsep 'equality'. Adakah konsep adil dan equality adalah tidak sama? Ya, jawapannya adalah tidak sama. Sebagai contoh, seorang kanak-kanak mempunyai 4 batang aiskrim, lalu kawannya merampas 2 batang aiskrim darinya. Lantas, budak itu menangis air mata syahdu seperti seorang lelaki tertumpahkan satu-satunya maggi yang dia ada. "Hei, aiskrim in...

RULES OF SURVIVAL

Survival  adalah satu istilah tepat untuk melambangkan keadaan aku sekarang yang kini menetap di ibu kota Kuala Lumpur. Sebagai satu  stereotype , Kuala Lumpur sering dikaitkan dengan kos sara hidup yang tinggi. Dan untuk menjaga kewangan peribadi di sini tidaklah mudah sehingga aku merasakan aku perlu mengupah anjing peliharaan di kampung (Rooney dan Totti) untuk membantu aku menjaga kewangan aku selain dua ekor anjing ni menjaga kebun di kampung. Kira anjing ni buat  part-time  la dengan aku. Nilai  survival  aku semakin meningkat apabila akhbar Berita Harian pada awal bulan Mac melaporkan isu  'Mahasiswa UM Ikat Perut' . Akibat daripada laporan itu, Menteri Pelajaran, Dato' Maszlee Malik telah turun padang ke Kolej Kediaman Dr Nazrin Shah (dibaca: Kolej 12) untuk meninjau mahasiswa UM. Mesti Dato' terkejut sebab  student  sana makan mewah kan dekat kafe tuh, sebabnya yang ikat perut tuh bukan dekat kafe Dato', tapi di dalam bilik memasak...