Skip to main content

RULES OF SURVIVAL

Survival adalah satu istilah tepat untuk melambangkan keadaan aku sekarang yang kini menetap di ibu kota Kuala Lumpur. Sebagai satu stereotype, Kuala Lumpur sering dikaitkan dengan kos sara hidup yang tinggi. Dan untuk menjaga kewangan peribadi di sini tidaklah mudah sehingga aku merasakan aku perlu mengupah anjing peliharaan di kampung (Rooney dan Totti) untuk membantu aku menjaga kewangan aku selain dua ekor anjing ni menjaga kebun di kampung. Kira anjing ni buat part-time la dengan aku.

Nilai survival aku semakin meningkat apabila akhbar Berita Harian pada awal bulan Mac melaporkan isu 'Mahasiswa UM Ikat Perut'. Akibat daripada laporan itu, Menteri Pelajaran, Dato' Maszlee Malik telah turun padang ke Kolej Kediaman Dr Nazrin Shah (dibaca: Kolej 12) untuk meninjau mahasiswa UM. Mesti Dato' terkejut sebab student sana makan mewah kan dekat kafe tuh, sebabnya yang ikat perut tuh bukan dekat kafe Dato', tapi di dalam bilik memasak sebungkus Maggi Kari untuk mengisi perut yang kosong. Kalau nasib baik lagi, Dato' lawatlah ke bilik A329, tengok kawan saya terbaring tahan lapar dengan muka nak menangis.

Disebabkan situasi survival yang mencabar di UM (termasuk risiko aku ditendang kolej untuk tinggal di rumah sewa), aku dan Wan telah mengambil keputusan untuk membuat kerja sambilan di Golden Screen Cinemas, NU Sentral. Lepas ni, kalau orang tanya aku kerja mana, aku dah sediakan skrip awal-awal.

"Weh, kau kerja mana?"
"Kerja dekat GSC je"
"HAHAHAHA... Belajar Multimedia, tapi kerja jaga kaunter wayang."
"Eh tak. Aku intern kat GSC. Kerja edit video sebelum ditayangkan."

Sebenarnya aku dengan Wan berdebar nak datang interview. Sebaik sahaja kami sampai ke GSC, kami dibawa ke satu bilik tingkat bawah yang gelap. Aku rasa makin tak sedap hati sehinggalah datang seorang wanita berbaju kurung datang menyapa. Masa tu aku tenang sebab yang interview aku perempuan. HAHHAH. Walaupun sedikit cuak, ternyata gambaran aku tentang interview itu silap sama sekali. Aku rasa word yang lebih sesuai untuk sesi itu ialah 'Explaination'. Langsung tiada soalan cliche seperti 'Okay, sila perkenalkan diri'. Sebaliknya staf tu terus explain semua tentang skop kerja dan kaedah pembayaran gaji. Aku pulak yang banyak tanya dekat staf tu (dah macam aku yang interview staf tu).

Comments

Popular posts from this blog

MENTAL ILLNESS

click here to watch stress video from striker17 studio Semua orang ada masalah dan melalui fasa-fasa dewasa yang berbeza. Dan apa yang sama berlaku pada setiap orang ialah tekanan atau stress. Adalah normal bagi manusia biasa termasuk juga manusia luarbiasa seperti Messi, Ronaldo dan Zlatan untuk turut merasai stress. Stress akan menyerang sesiapa sahaja tanpa mengenal umur, pangkat, harta apatah lagi mahu mengenali rakyat-rakyat marhaen. Instafamous stress dengan paid review tak bayar, fans Brazil stress tak menang World Cup, student stress dengan assignment berlambak, dan Haqiem Rusli stress kena bash. Ehh… Stress ni bukanlah suatu wabak yang terlalu bahaya sebenarnya sebab masih banyak cara untuk kita control stress. Omputih kata, “We are who we are.” Kita-lah orang yang menguasai diri kita kecuali hang kena rasuk, tu out of topic kita. Self-awareness adalah langkah penting untuk menghalang diri anda daripada stress dan membawa anda kepada depression sehingga menyebabkan dir...

TAHUN BARU?

Tahun baru adalah sambutan tahunan yang diraikan di seluruh dunia. Yelah, nama pun Tahun Baru memanglah sambut tiap tahun, kalau sambut tiap bulan tu namanya Bulan Baru. menjelang tahun baru ni banyak aktiviti atau situasi cliche yang akan wujud dan didoktrinkan dalam minda, media dan seangkatan dengannya. Ramai yang mula ucapkan "Selamat Tahun Baru". Ada yang recycle lawak tahun-tahun lepas seperti "Kalau aku study sampai pukul 12, aku study selama setahun." dan beberapa lawak recycle yang lain. C'mon dah tahun baru carilah lawak baru. Ingat aku nak ketawa selama setahun ke pakai lawak tahun lepas. Dan paling menyakitkan bila orang tanya aku, "Woi, dah 2019 pun masih single ker?" Makhluk ni kalau aku dapat, aku cucuh mancis yang masih membara pada lidah dia.         Antara perkara cliche lain juga ialah pasang azam tahun baru. Jangan sembang azam tahun baru lah kalau Subuh masih jadi nelayan. Maksud aku ke laut. Dan tak lupa juga konsert-k...