Body shaming ni bukanlah perkara baru sebenarnya, sebab atok nenek kita dah lama buat body shaming yang kita sendiri tak perasan. Bukanlah kita tak perasan sebenarnya, tapi kita tidak terlalu sensitive dengan body shaming ketika itu kerana anggap ia sebagai perkara enteng. Berbeza pada masa kini, aku rasa budak sekarang sedang dalam proses nak explore dunia baru mereka, nak menonjolkan diri mereka menerusi Idola Kecil, Bintang Mencari Bintang serta Mentor. Mereka sangat-sangat memerlukan confident yang tinggi dan body shaming adalah perkara yang menjatuhkan keyakinan mereka yang mereka telah bina setinggi Burj Khalifa. “Muka hang macam bulan doe.” “Awat hang gemok sangat? Mengandung ka? Kembaq?” “Wei, hidung hang asal kempis? Mata sepet? Anak Jepun ka?” Well, that’s common question yang biasa didengari telinga dan halwa orang yang gemuk, muka gelap, muka berjerawat dan segala macam lagi kekurangan. Bukanlah seseorang itu mahu dilahirkan dengan kulit yang gelap. Mereka tid...