Skip to main content

GEMUK


Body shaming ni bukanlah perkara baru sebenarnya, sebab atok nenek kita dah lama buat body shaming yang kita sendiri tak perasan. Bukanlah kita tak perasan sebenarnya, tapi kita tidak terlalu sensitive dengan body shaming ketika itu kerana anggap ia sebagai perkara enteng. Berbeza pada masa kini, aku rasa budak sekarang sedang dalam proses nak explore dunia baru mereka, nak menonjolkan diri mereka menerusi Idola Kecil, Bintang Mencari Bintang serta Mentor. Mereka sangat-sangat memerlukan confident yang tinggi dan body shaming adalah perkara yang menjatuhkan keyakinan mereka yang mereka telah bina setinggi Burj Khalifa.

“Muka hang macam bulan doe.”
“Awat hang gemok sangat? Mengandung ka? Kembaq?”
“Wei, hidung hang asal kempis? Mata sepet? Anak Jepun ka?”

Well, that’s common question yang biasa didengari telinga dan halwa orang yang gemuk, muka gelap, muka berjerawat dan segala macam lagi kekurangan. Bukanlah seseorang itu mahu dilahirkan dengan kulit yang gelap. Mereka tidak minta, tetapi itulah ketetapan Ilahi. Kau tanya YB KJ, dia ke yang tetapkan nak kulit dia gelap manis? Tak. Tapi dia bersyukur dan membuktikan pada wanita di luar sana lelaki kulit gelap ni tampan. Thank You YB.

“Tu masalah kulit gelap, memang lah dia tak minta. Ni yang geng gemuk ni, bukannya depa lahir-lahir terus gemuk!”

Ya, aku tau ramai yang terfikir benda sama. Atau memang aku sorang je yang overthinking pasal benda ni. Sekiranya mereka mempunyai masalah berat badan sekalipun, hang takde hak nak body shaming orang lain especially in public. Kita semua berhak untuk dihormati antara satu sama lain. Aku sendiri ada kawan yang gemuk tapi takdelah sampai tahap obesity, Fitri (bukan nama sebenar). Lepas dia masuk Kolej Matrikulasi Selangor, kawan-kawan aku kata dia makin kurus. Dia punya kurus tuh sampaikan kawan aku tuduh dia jadi gay dah sekarang. Aku kenal Fitri ni, dia bukan sembarangan orang nak jadi gay. Iman dia kuat bahkan lagi kuat daripada AntMan. Markah ujian Pendidikan Agama Islam dia sahaja sudah layak untuk dia belajar Quran dan Sunnah. Tambahan lagi, Fitri anak murid kesayangan ustaz, mana mungkin dia terlibat dengan LGBT. Mungkinlah sebab terlalu banyak belajar Matematik dan Perakaunan sehingga dia jadi liberal. Tapi, masih agak mustahil.

Kawan aku yang lain ada minta tips untuk jadi kurus dari Fitri.
“Fit, share-lah tips untuk jadi kurus.”
“Kurangkan mengumpat dan bergosip adalah kuncinya”, kata Fitri.
“Macam mana mengumpat dan bergosip boleh menyebabkan seseorang itu gemuk?”
“Weh, mengumpat dan memfitnah tu je dah ibarat kau makan daging saudara sendiri. Ingat banyak makan daging tak gemuk ker?”

Comments

Popular posts from this blog

MAMAK DEMAND

Seperti mana rakyat Malaysia yang lain, aku juga suka lepak kedai mamak sambil menonton EPL. Cuma kemajuan di Malaysia ini juga turut mempengaruhi kemajuan kedai mamak sehingga upgrade menjadi sebuah restoran, contohnya Restoran Aliff yang bapak mahal harganya. Sewaktu aku ke JB, aku teman kawan aku makan di Terminal Bas Larkin, di sebuah kedai mamak. Masa tuh aku nak teman sarapan sebab aku pun dah sarapan di rumah. Jadi aku fikir nak makan benda ringan-ringan. Aku cuba cari sinki masa masuk sahaja ke restoran tuh. “Uncle, masa sinki?” “Sana hujung. Sebelah tangga.” Masa tuh aku nampak ada mamak tengah tebar roti canai. Lepas basuh tangan aku pun order roti canai telur satu. Masa tuh, budak yang ambil order tu umur dia macam lagi muda dari aku (maybe baru habis SPM), so dia tulis lah apa aku order sampailah dating seorang mamak nampak tua sikit cakap pada mamak lepasan SPM tuh, “Roti takdak.” Cis, baru tadi aku nampak banyak lagi roti. Saja lah tuh nak suruh order m...

DAKWAH SUKAN

Betul ker ada “Dakwah Melalui Sukan”? Meh sini aku share. Dakwah pada zaman millenium ini perlukan pelbagai strategi terutama dalam menarik minat [1]mad’u. Ada masa kita perlu jadi kelakar (macam Hafizuddin),tegas dan selamba serta santai.   Jadi, bagaimana nak dakwah melalui SUKAN? Senang jer. Meh sini aku kongsi satu cerita realiti: Terdapat seorang kawan aku ni (bagi nama kat mamat ni ‘Mughallazah’) minat giler main bolasepak.Tapi,bila dia main mesti dia dapat saham dosa. Pasal ape? Sebab bila dia main bolasepak jer,akan terungkap zikir2 yang Imam Hassan al-Banna tak pernah ajar. Contohnya, “B**i betoi,apasal tak masuk gol pulak!” “B***h Si.Al (Silicon Aluminium), sepak depan-depan pun tak masuk ka?”    Then,mamat ni dapat ‘cahaya petunjuk’ dari Allah. Dia suruh kawan dia (Bendahari Badar), Ghazali untuk tampar si Mughallazah ni seandainya keluar zikir2 tambahan dari mulutnya. So, straight seminggu dia makan penampar si Ghazali ni.Tapi, Alhamdulillah...

MENTAL ILLNESS

click here to watch stress video from striker17 studio Semua orang ada masalah dan melalui fasa-fasa dewasa yang berbeza. Dan apa yang sama berlaku pada setiap orang ialah tekanan atau stress. Adalah normal bagi manusia biasa termasuk juga manusia luarbiasa seperti Messi, Ronaldo dan Zlatan untuk turut merasai stress. Stress akan menyerang sesiapa sahaja tanpa mengenal umur, pangkat, harta apatah lagi mahu mengenali rakyat-rakyat marhaen. Instafamous stress dengan paid review tak bayar, fans Brazil stress tak menang World Cup, student stress dengan assignment berlambak, dan Haqiem Rusli stress kena bash. Ehh… Stress ni bukanlah suatu wabak yang terlalu bahaya sebenarnya sebab masih banyak cara untuk kita control stress. Omputih kata, “We are who we are.” Kita-lah orang yang menguasai diri kita kecuali hang kena rasuk, tu out of topic kita. Self-awareness adalah langkah penting untuk menghalang diri anda daripada stress dan membawa anda kepada depression sehingga menyebabkan dir...