Skip to main content

BERDIALOG BERSAMA ORANG KEDAH

Aku tak tau sejak bila aku famous. Sebab followers aku dekat IG baru 400 jer. Subscriber aku pun baru 10. Aku pun tak batak nak jadi popular sebab aku cuma buat apa yang aku minat jer. Seingat aku sendiri, last aku jadi famous ialah semasa bilik aku dianugerahkan sebagai bilik paling ‘wangi’. Itupun 5 tahun yang lalu di MRSM.

Masa aku tengah jalan-jalan dekat Pahang, aku terserempak dengan seorang mak cik berusia 56 tahun dengan cucu dia rasanya sebab umur budak yang tinggal satu chalet dengan dia tu lebih kurang 12 tahun. Aku pun tak expect sebenarnya jumpa orang yang kenal aku melalui video aku kat Youtube sebab aku rasa tak ramai pun yang view aku punya video. Kalau view pun, rata-rata semuanya ialah kawan aku sendiri yang aku memang kenal diorang.

Masa tuh, aku baru lepas solat Asar. So, aku decide nak keluar dari chalet dan tinjau suasana di sini. Tengah aku jalan-jalan, ada budak pegang bahu aku. Aku pun terkejut lah. Bukan terkejut sebab aku fikir yang pegang itu hantu atau makhluk lain sebab aku memang tak takut hantu. Aku terkejut sebab aku fikir ada orang nak sembahyang kat jalan, main tepuk-tepuk bahu nih. Aku pun baru je lepas solat dekat chalet.

“Bang, abang yang buat video kat Youtube tu ea?”

Aku excited wei bila ada orang kenal aku dari video. Jarang orang kenal aku melalui video, selalunya orang kenal aku dari Insta atau Facebook aku. Tiba-tiba jer dia bawak aku jalan-jalan sampai chalet dia. Aku pun nervous lah sebab aku takut-takut budak tu umpan sindiket. Dalam hati aku, adalah berharap yang budak tuh ada kakak. Sekali yang keluar nenek dia rasanya. Puih. So, aku berborak lah dengan mak cik tuh.

“Anak ni ghumah kat Kedah ker? Ijan cakap anak ni pandai loghat Kedah.”
“Eh, tak mak cik. Cheq orang jati Johoq. Belajaq loghat Kedah untuk buat video ja.”

Control macho jugaklah aku bila jumpa fans nih. Terpaksa pakai loghat Kedah sebab family budak tu rupanya budak-budak Liridon @ Mat Don a.k.a team Kedah. Seram jugaklah cakap ngan orang Kedah sebab takut kena pulun jer.

Baru selesai pulang dari rumah mak cik. Dia tak  kasi
snap picture dia bila aku mention aku tengah kumpul
idea untuk menulis.
“ Apo namo mak hang? Maaflah, tak dan-dan mak cik tanya laghu tuh, Saja nak kenal.”
“Oh, nama mak cheq?”
“Bukan nama mak cik, nama mak hang.”
“Yelah, mak cik tanya nama mak cheq kan?”
“Mashaa Allah budak nih. Mak cik tanya namo mak hang bukan nama mak cik!”
“Yelah, mak cik tanya nama mak aku kan? Nama mak aku Anita.”

Baru aku faham sukarnya nak cakap Kedah kalau takdak basic. Terpaksa jugak aku tukaq cheq kepada aku walaupun Nampak kasar dan kurang ajar. Hampir 15 minit aku borak ngan mak cik tuh, then aku interview cucu dia yang bawa aku ke chalet dia tadi.

“Mana hang kenal aku haa?”
“Youtube lah. Yang video Mother’s Day tuh.”
“Hang ker yang first like video Mother’s Day aku tuh? Aku pikiaq yang like tuh mak aku.”




Aku pun belajaq lah sikit-sikit loghat Kedah dengan adik tuh. Banyak jugaklah yang dia ajaq aku walaupun aku banyak dah lupa verbs and nouns orang Kedah. Yang paling aku ingat pun loghat Kedah ialah lemu (lembu). So, hang kat luaq sana jangan pandai-pandai cakap “Kenapa kau nampak lemu dan lesu jer” dekat orang Kedah sebab takut depa ingat hang cakap dia nampak macam lembu. Mau hang kena pulun. Aku tanya dia last question sebelum balik.

“ Wei, hang orang Kedah, kalau rumah terbakar, hang panggil apa?”
“Kami panggil ghumah terbakaq na.”

“Oh, awat pelik naa orang Kedah. Kami kat Johoq kalau rumah terbakaq, kami pi panggil bomba.”

Comments

Popular posts from this blog

MAMAK DEMAND

Seperti mana rakyat Malaysia yang lain, aku juga suka lepak kedai mamak sambil menonton EPL. Cuma kemajuan di Malaysia ini juga turut mempengaruhi kemajuan kedai mamak sehingga upgrade menjadi sebuah restoran, contohnya Restoran Aliff yang bapak mahal harganya. Sewaktu aku ke JB, aku teman kawan aku makan di Terminal Bas Larkin, di sebuah kedai mamak. Masa tuh aku nak teman sarapan sebab aku pun dah sarapan di rumah. Jadi aku fikir nak makan benda ringan-ringan. Aku cuba cari sinki masa masuk sahaja ke restoran tuh. “Uncle, masa sinki?” “Sana hujung. Sebelah tangga.” Masa tuh aku nampak ada mamak tengah tebar roti canai. Lepas basuh tangan aku pun order roti canai telur satu. Masa tuh, budak yang ambil order tu umur dia macam lagi muda dari aku (maybe baru habis SPM), so dia tulis lah apa aku order sampailah dating seorang mamak nampak tua sikit cakap pada mamak lepasan SPM tuh, “Roti takdak.” Cis, baru tadi aku nampak banyak lagi roti. Saja lah tuh nak suruh order m...

ADILKAH SESUATU KEADILAN?

Seringkali kita lihat dan dengar suara-suara sumbang menyatakan bahawa mereka mahu menuntut 'keadilan' dan seumpamanya. Tapi benarkah definisi adil yang kita pegang pada hari ini? Apakah definisi 'Adil' yang kita pegang? Adakah adil versi Islamis atau sekukaris? Menurut Islam, Adil itu ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya. Masih kabur dan tidak jelas? Untuk memudahkan fahaman kalian yang selama ini telah disuntik dan didoktrin dengan pelbagai bentuk definisi adil dari berbeza perspektif, adil dari segi Islam bermaksud memulangkan pada yang haq. Pada hari ini, kita anggap adil ialah sama rata. Walhal itu ialah konsep 'equality'. Adakah konsep adil dan equality adalah tidak sama? Ya, jawapannya adalah tidak sama. Sebagai contoh, seorang kanak-kanak mempunyai 4 batang aiskrim, lalu kawannya merampas 2 batang aiskrim darinya. Lantas, budak itu menangis air mata syahdu seperti seorang lelaki tertumpahkan satu-satunya maggi yang dia ada. "Hei, aiskrim in...

MENTAL ILLNESS

click here to watch stress video from striker17 studio Semua orang ada masalah dan melalui fasa-fasa dewasa yang berbeza. Dan apa yang sama berlaku pada setiap orang ialah tekanan atau stress. Adalah normal bagi manusia biasa termasuk juga manusia luarbiasa seperti Messi, Ronaldo dan Zlatan untuk turut merasai stress. Stress akan menyerang sesiapa sahaja tanpa mengenal umur, pangkat, harta apatah lagi mahu mengenali rakyat-rakyat marhaen. Instafamous stress dengan paid review tak bayar, fans Brazil stress tak menang World Cup, student stress dengan assignment berlambak, dan Haqiem Rusli stress kena bash. Ehh… Stress ni bukanlah suatu wabak yang terlalu bahaya sebenarnya sebab masih banyak cara untuk kita control stress. Omputih kata, “We are who we are.” Kita-lah orang yang menguasai diri kita kecuali hang kena rasuk, tu out of topic kita. Self-awareness adalah langkah penting untuk menghalang diri anda daripada stress dan membawa anda kepada depression sehingga menyebabkan dir...