Skip to main content

MEMANAH SUNNAH

Pagi lagi kami sudah keluar rumah sebab kami nak lepak di Berjaya Times Square, satu pusat membeli-belah yang maha dahsyat besarnya. Bangunan yang lebih 5 tingkat itu kelihatan seperti sebuah hotel dari luar. Seni binanya kelihatan membosankan kerana kelihatan seperti bangunan-bangunan lain di Kuala Lumpur. Bila berada di Kuala Lumpur, ada 2 benda yang aku tertanya-tanya dari zaman aku makan tahi cicak dekat sudut rumah sebab belum mumaiyiz sampailah zaman aku dah habis graduate.
1.       Kenapa orang masih terhegeh-hegeh nak pergi KLCC sedangkan KLCC hanyalah sebuah pejabat.
2.       Kenapa ramai orang pergi ke Suria KLCC sedangkan harga barang di sana sangatlah mahal dan hanya mampu dibeli oleh pelancong dan pak menteri di Malaysia.

Masa aku masuk ke Berjaya Times Square, tiada bait terindah yang dapat aku ucapkan sebab ruang dalamannya itu persis sekali seperti mana-mana shopping complex yang lain. Aku pun sampai situ dalam pukul 10 pagi dan orang masih belum ramai. Tapi, satu benda yang aku amaze dengan Berjaya Times Square ialah keluasan bangunan itu yang luas dan besar gila. Member aku si kembar itu pun masih perlukan maps untuk cari arah ke Golden Screen Cinema walaupun dia dah banyak kali dating Times Square. Besar kan? Aku rasa tempat ni jer dah boleh jadi tempat ala-ala Maze Runner atau Escape Room. Aku juga sarankan Running Man buat shooting kat sini. Confirm sesat.

Lepas beli tiket wayang 3D movie ‘Guardians of The Galaxy Vol.2’, kami pun pergi cari aktiviti lain yang boleh dibuat sementara menunggu movie kami pukul 2.50 petang. So, kami pergi Star Archer dan bermain dengan anak panah. Pergh, memang best gila bila dapat main anak panah. Kami bertiga pun lawanlah antara satu sama lain sepertimana calon-calon parti lain yang suka bertanding untuk menunjukkan diri mereka lebih power.

Barisan jaguh pemanah agama

“Aku nak jadi Hawk Eye”, kata si Mukmin.
“Aku Robbin Hood”, si adik bersuara.
“Takpelah, aku jadi Tariq bin Ziyad jer.”

Mereka semua tertanya siapa pula Tariq bin Ziyad itu. Haih, kesian Tariq. Kisah dia yang hebat menawan Andalusia itu ditutup dengan kehebatan tokoh-tokoh Islam yang lain seperti Khalid al-Walid dan yang lain.

First aku aim dekat target board tu sumpah jauh menyimpang. Tapi, aku ada assistant peribadi dari pekerja Star Archer. Pemuda berusia lingkungan 20-an itu membantu aku untuk target dengan tepat dan pegang busur dengan betul. Kami order 30 anak panah seorang. Hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa sakitnya tangan kami lepas main panah. Rasa macam baru lepas angkat dumbell 50kg.


Lepas habis melaksanakan aktiviti Sunnah, kami main pula permainan bidaah di Ampang Bowl yang terletak bersebelahan pusat memanah di Times Square. Habis sejam jugak lah main bowling dekat situ. Kau bayangkan betapa gembiranya aku bila first time main bowling dan kau dapat 2 strike, aku rasa macam baru lepas menang Ballon D’Or. Kalau aku tau aku ada bakat main bowling, aku akan wakil maktab dari dulu lagi.

Comments

Popular posts from this blog

MAMAK DEMAND

Seperti mana rakyat Malaysia yang lain, aku juga suka lepak kedai mamak sambil menonton EPL. Cuma kemajuan di Malaysia ini juga turut mempengaruhi kemajuan kedai mamak sehingga upgrade menjadi sebuah restoran, contohnya Restoran Aliff yang bapak mahal harganya. Sewaktu aku ke JB, aku teman kawan aku makan di Terminal Bas Larkin, di sebuah kedai mamak. Masa tuh aku nak teman sarapan sebab aku pun dah sarapan di rumah. Jadi aku fikir nak makan benda ringan-ringan. Aku cuba cari sinki masa masuk sahaja ke restoran tuh. “Uncle, masa sinki?” “Sana hujung. Sebelah tangga.” Masa tuh aku nampak ada mamak tengah tebar roti canai. Lepas basuh tangan aku pun order roti canai telur satu. Masa tuh, budak yang ambil order tu umur dia macam lagi muda dari aku (maybe baru habis SPM), so dia tulis lah apa aku order sampailah dating seorang mamak nampak tua sikit cakap pada mamak lepasan SPM tuh, “Roti takdak.” Cis, baru tadi aku nampak banyak lagi roti. Saja lah tuh nak suruh order m...

ADILKAH SESUATU KEADILAN?

Seringkali kita lihat dan dengar suara-suara sumbang menyatakan bahawa mereka mahu menuntut 'keadilan' dan seumpamanya. Tapi benarkah definisi adil yang kita pegang pada hari ini? Apakah definisi 'Adil' yang kita pegang? Adakah adil versi Islamis atau sekukaris? Menurut Islam, Adil itu ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya. Masih kabur dan tidak jelas? Untuk memudahkan fahaman kalian yang selama ini telah disuntik dan didoktrin dengan pelbagai bentuk definisi adil dari berbeza perspektif, adil dari segi Islam bermaksud memulangkan pada yang haq. Pada hari ini, kita anggap adil ialah sama rata. Walhal itu ialah konsep 'equality'. Adakah konsep adil dan equality adalah tidak sama? Ya, jawapannya adalah tidak sama. Sebagai contoh, seorang kanak-kanak mempunyai 4 batang aiskrim, lalu kawannya merampas 2 batang aiskrim darinya. Lantas, budak itu menangis air mata syahdu seperti seorang lelaki tertumpahkan satu-satunya maggi yang dia ada. "Hei, aiskrim in...

MENTAL ILLNESS

click here to watch stress video from striker17 studio Semua orang ada masalah dan melalui fasa-fasa dewasa yang berbeza. Dan apa yang sama berlaku pada setiap orang ialah tekanan atau stress. Adalah normal bagi manusia biasa termasuk juga manusia luarbiasa seperti Messi, Ronaldo dan Zlatan untuk turut merasai stress. Stress akan menyerang sesiapa sahaja tanpa mengenal umur, pangkat, harta apatah lagi mahu mengenali rakyat-rakyat marhaen. Instafamous stress dengan paid review tak bayar, fans Brazil stress tak menang World Cup, student stress dengan assignment berlambak, dan Haqiem Rusli stress kena bash. Ehh… Stress ni bukanlah suatu wabak yang terlalu bahaya sebenarnya sebab masih banyak cara untuk kita control stress. Omputih kata, “We are who we are.” Kita-lah orang yang menguasai diri kita kecuali hang kena rasuk, tu out of topic kita. Self-awareness adalah langkah penting untuk menghalang diri anda daripada stress dan membawa anda kepada depression sehingga menyebabkan dir...