Skip to main content

KAWAN YANG TAK BOLEH DIHARAPKAN

Menaiki LRT ke PBAKL17
Aku first time travel ke Kuala Lumpur seorang diri semata-mata nak ke PBAKL2017 di PWTC. Itu memang acara wajib aku setiap tahun sebab aku memang ulat buku, dan aku bukan ulat yang biasa-biasa sepertimana ulat gonggok dan kawan-kawannya. Aku spesies ulat bulu yang boleh memberi risiko kegatalan kepada mangsa aku, tetapi akhirnya bila besar aku akan jadi seekor rama-rama yang cantik. Metafora sungguh kan?

Tahun lepas aku ke PBAKL16 di UPM Serdang dengan kawan sekolah sambil fly dari Kem Kepimpinan. So, bila tahun ni kena pergi seorang diri dia rasa lain macam. Masa aku nak bertolak dari rumah, hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa takutnya aku nak gerak seorang diri. Aku bukanlah takut apa, aku asyik terbayang aku mati dalam perjalanan, so aku banyak-banyak bertaubat. Mulanya, aku ingat nak cancelkan jer tapi aku dah beli tiket Mayang Sari dan tiket tu tersangatlah mahal. So, nak tak nak aku kena juga pergi. Habis jer solat Jumaat, aku terus siap-siap ke Benut tunggu bas pukul 3.30 dengan pakai kurta dan kopiah.

Masa naik bas tu, aku masih rasa lain macam. Aku tak tau apa salah aku sampai Tuhan uji aku begini. So, aku pun WhatsApp mak aku minta restu dan doa (solehkan aku). Alhamdulillah, mak aku restu. Tapi, aku still rasa tak sedap hati. So, aku pun WhatsApp kawan aku yang duduk KL dan share apa yang aku rasa. That’s what friends are for. Dia pun doakan aku selamat sampai. Tapi, masalahnya aku tetap rasa tak sedap hati. Orang kata kalau nak tenang, dengar lagu. Aku pun dengarlah radio.

“…Mati, tak bisa untuk kita lari…
Kita pasti kan mengalami…”

Bapak seram lagu. Aku pun off je radio.

Then, aku ambil alternative lain iaitu berdoa. Alhamdulillah tenang hati aku. Bukan tenang apa pun, tenang pasal aku penat berzikir dan tertidur. Bangun-bangun je aku dah sampai Seremban. Aku tengok jam tangan dah pukul 8.20 malam. So, aku agak sampai Terminal Bersepadu Selatan dalam pukul 9.10 malam. Lepas sampai, aku terus cari member aku yang baru habis kerja dekat Jakel Mall di stesen LRT Masjid Jamek. Dalam bas lagi aku dah kalut WhatsApp dia.

“Min, kau tunggu aku tau. Aku tak biasa lagi area KL nih.”
“Okay.”
“Tunggu aku tau!”
“Ya, aku tunggu.”
“Tunggu eh!”

Sampai je kat stesen LRT Ampang, aku cari dia. Dia takde. Aku call dia.
“Weyh, kau kat mana? Tak Nampak pun?”
“Kat rumah.”

Cantekkk…

Bedebah punya member, aku pesan suruh tunggu, dia tunggu dekat rumah je. Then, aku bosan dekat LRT tu, so aku pi borak dengan orang sebelah aku. Maybe dari Bangladesh. Banyak jugaklah aku share story dengan Bangla tuh.

“So, how your life in Malaysia? Did Malaysians treat you very well?”
“I love stay here.”
“Oh, that’s seems like you like Malaysian people too.”
“No. I just like Malaysian girl. They are beautiful.”
“Memey arr, siapa bilang gadis Melayu tak menawan, tak menarik hati, tiada menggoda?”

Tiba-tiba, si member aku yang kembar tu WhatsApp aku, “Don’t talk with strangers”

Selamat tiba di Kuala Lumpur


 Tak lama lepas itu, kembar dia datang fetch aku dekat LRT Ampang. Aku dengan pakai kurta dan kopiah ni Nampak macam baru balik Tahfiz jer. Suddenly. Kawan aku datang dan salam aku.

“Wei, aku malu lah nak salam kau kat sini.”
“Asal pulak, kita kan sama jantina.”

“Masalahnya, aku pakai macam budak Tahfiz, kau pulak pakai seluar pendek.”

Comments

  1. Sharing saya ini kalau boleh mahu dibukukan. Jadi harap ada yg ramai follow blog ini. Masheh.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

MENTAL ILLNESS

click here to watch stress video from striker17 studio Semua orang ada masalah dan melalui fasa-fasa dewasa yang berbeza. Dan apa yang sama berlaku pada setiap orang ialah tekanan atau stress. Adalah normal bagi manusia biasa termasuk juga manusia luarbiasa seperti Messi, Ronaldo dan Zlatan untuk turut merasai stress. Stress akan menyerang sesiapa sahaja tanpa mengenal umur, pangkat, harta apatah lagi mahu mengenali rakyat-rakyat marhaen. Instafamous stress dengan paid review tak bayar, fans Brazil stress tak menang World Cup, student stress dengan assignment berlambak, dan Haqiem Rusli stress kena bash. Ehh… Stress ni bukanlah suatu wabak yang terlalu bahaya sebenarnya sebab masih banyak cara untuk kita control stress. Omputih kata, “We are who we are.” Kita-lah orang yang menguasai diri kita kecuali hang kena rasuk, tu out of topic kita. Self-awareness adalah langkah penting untuk menghalang diri anda daripada stress dan membawa anda kepada depression sehingga menyebabkan dir...

RULES OF SURVIVAL

Survival  adalah satu istilah tepat untuk melambangkan keadaan aku sekarang yang kini menetap di ibu kota Kuala Lumpur. Sebagai satu  stereotype , Kuala Lumpur sering dikaitkan dengan kos sara hidup yang tinggi. Dan untuk menjaga kewangan peribadi di sini tidaklah mudah sehingga aku merasakan aku perlu mengupah anjing peliharaan di kampung (Rooney dan Totti) untuk membantu aku menjaga kewangan aku selain dua ekor anjing ni menjaga kebun di kampung. Kira anjing ni buat  part-time  la dengan aku. Nilai  survival  aku semakin meningkat apabila akhbar Berita Harian pada awal bulan Mac melaporkan isu  'Mahasiswa UM Ikat Perut' . Akibat daripada laporan itu, Menteri Pelajaran, Dato' Maszlee Malik telah turun padang ke Kolej Kediaman Dr Nazrin Shah (dibaca: Kolej 12) untuk meninjau mahasiswa UM. Mesti Dato' terkejut sebab  student  sana makan mewah kan dekat kafe tuh, sebabnya yang ikat perut tuh bukan dekat kafe Dato', tapi di dalam bilik memasak...

TAHUN BARU?

Tahun baru adalah sambutan tahunan yang diraikan di seluruh dunia. Yelah, nama pun Tahun Baru memanglah sambut tiap tahun, kalau sambut tiap bulan tu namanya Bulan Baru. menjelang tahun baru ni banyak aktiviti atau situasi cliche yang akan wujud dan didoktrinkan dalam minda, media dan seangkatan dengannya. Ramai yang mula ucapkan "Selamat Tahun Baru". Ada yang recycle lawak tahun-tahun lepas seperti "Kalau aku study sampai pukul 12, aku study selama setahun." dan beberapa lawak recycle yang lain. C'mon dah tahun baru carilah lawak baru. Ingat aku nak ketawa selama setahun ke pakai lawak tahun lepas. Dan paling menyakitkan bila orang tanya aku, "Woi, dah 2019 pun masih single ker?" Makhluk ni kalau aku dapat, aku cucuh mancis yang masih membara pada lidah dia.         Antara perkara cliche lain juga ialah pasang azam tahun baru. Jangan sembang azam tahun baru lah kalau Subuh masih jadi nelayan. Maksud aku ke laut. Dan tak lupa juga konsert-k...