Skip to main content

PANTANG LARANG NABI MELAYU

Arus modeniti yang sedang dilalui kini dilihat tidak membawa keseluruhan perkara kepada lohong permodenan, sebaliknya terdapat beberapa perkara yang gagal dihanyutkan bersama arus modeniti tersebut. Bukanlah aku mahu keseluruhan perkara itu fokus dan bergerak kepada kemajuan, tetapi aku tidak boleh terima apabila masih wujud minda kuno yang masih percayakan momokan orang dahulu, malahan terus mengajarkannya hingga ke hari ini.

Kalau dilihat daripada video aku di Youtube, mungkin ada segelintir makhluk yang kurang jelas dengan apa yang aku cuba sampaikan. Aku bukanlah nak tuduh orang dahulu itu sesat kerana aku juga bukan Tuhan untuk menghukum seseorang itu sesat. Tetapi, maksud yang aku cuba sampaikan ialah lebih kepada menyedarkan masyarakat agar tidak terlalu obsess dan percaya dengan benda-benda begitu.

Aku juga dibesarkan dalam suasana keluarga yang mempercayai segala pantang larang yang entah dari mana datangnya itu. Semasa Hazman yang umurnya itu 8 tahun, aku sering dimomokkan dengan segala pantang larang yang ada.

i.                     Setiap kali aku cabut bulu ayam yang telah disembelih, nenek akan marah bila aku berbual semasa mencabut bulu ayam tersebut sebab dikatakan apabila berbual ketika mencabut bulu ayam, bulu ayam tersebut semakin bertambah.
ii.                   Mak cik aku pernah marah kalau aku tunjukkan jari aku ke pelangi dan berkata bahawa tangan aku akan kudung sebelah.
iii.                 Mak aku pernah berpesan supaya jangan memancing ketika isteri sedang mengandung kerana anak yang bakal dilahirkan akan sumbing.
Bagi aku sendiri, segala apa yang cuba disampaikan itu seolah-olah setiap perbuatan kita akan mengawal qada’ dan qadar Allah dan kita yang mengaturkan segala kesan dan akibat daripada perbuatan kita.

Sejujurnya, selepas mak cik aku pesan jangan tunjuk jari pada pelangi, aku cuba test power kata-kata mak cik aku dan tunjukkan jari aku pada pelangi. Alhamdulillah, sampai sekarang tangan aku masih boleh digunakan walaupun dah 10 tahun berlalu. See?


Maybe, akan ada orang yang kata aku ini seolah-olah cakap besar dan tidak percaya segala balasan tersebut. Maaf, aku bukan tak percaya, tetapi untuk aku mempercayai sesuatu perkara yang tiada asasnya, aku perlukan bukti dan hujah yang kukuh. Pada zaman nabi Luth dulu pun, Nabi Luth sendiri yang berpesan pada umatnya agar elakkan hubungan songsang kerana Allah akan mengazab mereka. Ya, bukti seperti inilah yang boleh dijadikan asas. Namun, untuk kita mempercayai semua pantang larang, adalah tidak patut kerana tiada satu pun dalam hadis Nabi Muhammad yang memberi khabaran mengenai pantang larang tersebut melainkan sekadar momokan yang dimulakan oleh kaum Melayu terdahulu. Mungkin pantang larang ini sendiri dicetuskan oleh Nabi Melayu. Melayu kan banyak nabi.

Comments

Popular posts from this blog

MAMAK DEMAND

Seperti mana rakyat Malaysia yang lain, aku juga suka lepak kedai mamak sambil menonton EPL. Cuma kemajuan di Malaysia ini juga turut mempengaruhi kemajuan kedai mamak sehingga upgrade menjadi sebuah restoran, contohnya Restoran Aliff yang bapak mahal harganya. Sewaktu aku ke JB, aku teman kawan aku makan di Terminal Bas Larkin, di sebuah kedai mamak. Masa tuh aku nak teman sarapan sebab aku pun dah sarapan di rumah. Jadi aku fikir nak makan benda ringan-ringan. Aku cuba cari sinki masa masuk sahaja ke restoran tuh. “Uncle, masa sinki?” “Sana hujung. Sebelah tangga.” Masa tuh aku nampak ada mamak tengah tebar roti canai. Lepas basuh tangan aku pun order roti canai telur satu. Masa tuh, budak yang ambil order tu umur dia macam lagi muda dari aku (maybe baru habis SPM), so dia tulis lah apa aku order sampailah dating seorang mamak nampak tua sikit cakap pada mamak lepasan SPM tuh, “Roti takdak.” Cis, baru tadi aku nampak banyak lagi roti. Saja lah tuh nak suruh order m...

RULES OF SURVIVAL

Survival  adalah satu istilah tepat untuk melambangkan keadaan aku sekarang yang kini menetap di ibu kota Kuala Lumpur. Sebagai satu  stereotype , Kuala Lumpur sering dikaitkan dengan kos sara hidup yang tinggi. Dan untuk menjaga kewangan peribadi di sini tidaklah mudah sehingga aku merasakan aku perlu mengupah anjing peliharaan di kampung (Rooney dan Totti) untuk membantu aku menjaga kewangan aku selain dua ekor anjing ni menjaga kebun di kampung. Kira anjing ni buat  part-time  la dengan aku. Nilai  survival  aku semakin meningkat apabila akhbar Berita Harian pada awal bulan Mac melaporkan isu  'Mahasiswa UM Ikat Perut' . Akibat daripada laporan itu, Menteri Pelajaran, Dato' Maszlee Malik telah turun padang ke Kolej Kediaman Dr Nazrin Shah (dibaca: Kolej 12) untuk meninjau mahasiswa UM. Mesti Dato' terkejut sebab  student  sana makan mewah kan dekat kafe tuh, sebabnya yang ikat perut tuh bukan dekat kafe Dato', tapi di dalam bilik memasak...

ADILKAH SESUATU KEADILAN?

Seringkali kita lihat dan dengar suara-suara sumbang menyatakan bahawa mereka mahu menuntut 'keadilan' dan seumpamanya. Tapi benarkah definisi adil yang kita pegang pada hari ini? Apakah definisi 'Adil' yang kita pegang? Adakah adil versi Islamis atau sekukaris? Menurut Islam, Adil itu ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya. Masih kabur dan tidak jelas? Untuk memudahkan fahaman kalian yang selama ini telah disuntik dan didoktrin dengan pelbagai bentuk definisi adil dari berbeza perspektif, adil dari segi Islam bermaksud memulangkan pada yang haq. Pada hari ini, kita anggap adil ialah sama rata. Walhal itu ialah konsep 'equality'. Adakah konsep adil dan equality adalah tidak sama? Ya, jawapannya adalah tidak sama. Sebagai contoh, seorang kanak-kanak mempunyai 4 batang aiskrim, lalu kawannya merampas 2 batang aiskrim darinya. Lantas, budak itu menangis air mata syahdu seperti seorang lelaki tertumpahkan satu-satunya maggi yang dia ada. "Hei, aiskrim in...