Minggu Orientasi atau Minggu Suai Kenal adalah satu perkara banal dalam memulakan kehidupan di tempat baru. Kita akan disuntik dengan doktrin-doktrin dari tempat tersebut dengan segala peraturan-peraturan tempat tersebut dengan konsep Waqi’yah. Mungkin dah termasuk dalam protocol bahawa setiap pelajar baharu akan melalui minggu orientasi dan nama orientasi itu sahaja yang divariasi seperti Minggu Silaturrahim (MISRA), Minggu Destini Siswa (MDS) dan Minggu Pengurusan Pelajar Baharu (MPPB). Disebabkan aku baru sahaja menjadi budak kolej di sebuah kolej kerajaan, maka aku pun tidak terlepas dalam mengharungi minggu yang cukup membosankan ini. Adalah juga best sikit. Tujuan utama minggu orientasi ini diadakan adalah untuk memperkenalkan penuntut di sesebuah institusi tersebut dengan misi, visi, matlamat dan undang-undang mereka. Ya, melalui minggu inilah pelajar akan didoktrin habis-habisan dengan segala mak nenek salur galur organisasi sepertimana manusia pernah dibacakan ayat-ayat T...