Skip to main content

ROOMATE YANG RUMIT

Adh merupakan roommate aku yang nampak muka cemerlang berbanding kami yang lain disebabkan dia sahaja yang memakai spek dalam bilik nih. Bekas student SMKA ni dari luarannya tidak nampak seperti seorang Alumni SMKA dan disebabkan itulah ramai yang tak sedar bahawa mereka sedang berhadapan dengan budak sekolah agama. Sejak first kuliah bermula, aku rasa Adh adalah roommate aku yang paling rajin dan struggle habis-habisan. Kalau dia study, bukan setakat refer dengan lecturer or kawan-kawan, sebaliknya dia siap refer subjek tersebut dari Youtube dan Google. Alhamdulillah, setakat ni Adh belum lagi selesaikan masalah seperti ‘completing the square’ dengan merujuk kitab-kitab agama.
 Adh adalah orang yang paling senang aku nak kejut semasa bulan puasa. Mungkin dia ni rajin qiam kowt pagi-pagi. Tapi, lepas bulan Ramadhan, Mashaa Allah brother and sister, Adh antara insan yang sukar dikejut. Maka, benarlah syaitan diikat semasa bulan puasa. Pernah sekali tuh, aku nak kejut Adh sahur untuk puasa enam. Tiba-tiba, badan dia tidak menunjukkan reaksi ataupun bergerak. Gelabah jugalah aku masa tuh. Alhamdulillah, lepas 40 minit waktu Subuh, dia berjaya bangun dan hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa pantasnya dia segera bangkit untuk menyembah Tuhan.

Alif Asyraf atau nama pendeknya yang membosankan itu, Alif antara roommate aku yang paling dengar kata tanpa sebarang bantahan. Alif merupakan ex-SMARTJ. Ya, satu lagi roommate dengan background sekolah agama. Tiba-tiba terasa seperti kembali hidup dalam Jemaah Ahli Sunnah wal Jamaah. Disebabkan ada background agama, maka tak mustahil lah dia jadi Jawatankuasa Pusat Pelajar Islam Matrikulasi (JAPPIM). JAPPIM ni acah-acah BADAR MRSM, Cuma BADAR MRSM ni radikal sikit dan JAPPIM ni ala-ala sekular.

Alif antara orang masjid tetap dan aku sangat bangga dengan ke-istiqamah-annya dalam bab solat Jemaah di masjid. Aku yang bekas BADAR ni pun sekali sekala ke masjid. Last aku ke masjid pun masa solat Jumaat yang lepas. Pernah sekali, satu bilik bangun lambat. Aku memang sah-sah akan sodorm dan aku expect roommate aku akan sodorm berjemaah. Rupanya, semua pakat pergi masjid. Sentap abang di situ. Lambat-lambat pun diorang masih berjemaah di masjid. So, pernah sekali tuh aku buat experiment dalam bilik untuk menguji keimanan Alif dengan menjadikan waktu bangun Alif sebagai pemboleubah yang dimanipulasi. Seperti biasa, setiap hujung minggu, aku akan bertugas mengejut mereka untuk bangun Subuh. Selepas aku selesai solat Subuh, aku biarkan Alif tidur sehinggalah jam menunjukkan pukul 6.40 pagi. Guess what, Alif is sodorm too!

Roomate aku yang ketiga ialah Shaari atau nama garangnya Shark. But, instead o calling him Shark, aku lebih suka panggl dia Jerung sebab nama Jerung tu nampak fancy sikit kowt. Disebabkan dia mengambil modul akaun dan kami bertiga dari modul Sains, maka berlaku coagulation yang menyebabkan Shark sering ke bilik abangnya. Ya, Shark mempunyai kembar seiras. Pertama kali aku tau, dia telah menyebabkan jantung aku berdegup sekencang sepakan Zlatan. Semasa aku baru selesai makan di kafe, aku terserempak dengan Shark dan aku melemparkan sepicis senyuman murahan kepadanya. Then, bila aku terus masuk bilik, aku terperanjat sebab Shark ada di bilik sedang membuat kerja. Aku simpan dalam hati dulu benda ni sebab aku tak tahu mana satu Shark yang asli. Kang kalau aku tegur Shark yang di bilik nih, aku takut yang di bilik ini ialah jin. Naya aku. Selepas 2 minggu, baru aku tahu dia ada kembar. Itupun sebab bila aku masuk bilik, aku nampak ada 2 orang yang sama. Nate betul!
Walaupun dalam bilik ini ada 2 orang berlatar belakangkan agama, namun sepertinya dalam bab menasihati dan membuat kepala, aku lah johan. Habis satu bilik aku bahan terutama si Jerung. Dengan bangganya aku isytiharkan diri aku sebagai abang long dalam bilik sebab aku yakin aku lahir bulan Januari dan aku lah yang lahir dulu.

“Lepas ni korang panggil aku Along.”
“Kau lahir bulan berapa?”
“28 Januari.”
“Oh, so akulah Along. Kau Angah. Sebab aku lahir 5 Januari.”


Maka dengan ini secara sahnya aku ialah Angah dan Adhrul ialah Along kawasan.


Sambutan Hari Raya di KMJ bersama idola. Ini bukan roomate saya

Comments

Popular posts from this blog

MAMAK DEMAND

Seperti mana rakyat Malaysia yang lain, aku juga suka lepak kedai mamak sambil menonton EPL. Cuma kemajuan di Malaysia ini juga turut mempengaruhi kemajuan kedai mamak sehingga upgrade menjadi sebuah restoran, contohnya Restoran Aliff yang bapak mahal harganya. Sewaktu aku ke JB, aku teman kawan aku makan di Terminal Bas Larkin, di sebuah kedai mamak. Masa tuh aku nak teman sarapan sebab aku pun dah sarapan di rumah. Jadi aku fikir nak makan benda ringan-ringan. Aku cuba cari sinki masa masuk sahaja ke restoran tuh. “Uncle, masa sinki?” “Sana hujung. Sebelah tangga.” Masa tuh aku nampak ada mamak tengah tebar roti canai. Lepas basuh tangan aku pun order roti canai telur satu. Masa tuh, budak yang ambil order tu umur dia macam lagi muda dari aku (maybe baru habis SPM), so dia tulis lah apa aku order sampailah dating seorang mamak nampak tua sikit cakap pada mamak lepasan SPM tuh, “Roti takdak.” Cis, baru tadi aku nampak banyak lagi roti. Saja lah tuh nak suruh order m...

DAKWAH SUKAN

Betul ker ada “Dakwah Melalui Sukan”? Meh sini aku share. Dakwah pada zaman millenium ini perlukan pelbagai strategi terutama dalam menarik minat [1]mad’u. Ada masa kita perlu jadi kelakar (macam Hafizuddin),tegas dan selamba serta santai.   Jadi, bagaimana nak dakwah melalui SUKAN? Senang jer. Meh sini aku kongsi satu cerita realiti: Terdapat seorang kawan aku ni (bagi nama kat mamat ni ‘Mughallazah’) minat giler main bolasepak.Tapi,bila dia main mesti dia dapat saham dosa. Pasal ape? Sebab bila dia main bolasepak jer,akan terungkap zikir2 yang Imam Hassan al-Banna tak pernah ajar. Contohnya, “B**i betoi,apasal tak masuk gol pulak!” “B***h Si.Al (Silicon Aluminium), sepak depan-depan pun tak masuk ka?”    Then,mamat ni dapat ‘cahaya petunjuk’ dari Allah. Dia suruh kawan dia (Bendahari Badar), Ghazali untuk tampar si Mughallazah ni seandainya keluar zikir2 tambahan dari mulutnya. So, straight seminggu dia makan penampar si Ghazali ni.Tapi, Alhamdulillah...

MENTAL ILLNESS

click here to watch stress video from striker17 studio Semua orang ada masalah dan melalui fasa-fasa dewasa yang berbeza. Dan apa yang sama berlaku pada setiap orang ialah tekanan atau stress. Adalah normal bagi manusia biasa termasuk juga manusia luarbiasa seperti Messi, Ronaldo dan Zlatan untuk turut merasai stress. Stress akan menyerang sesiapa sahaja tanpa mengenal umur, pangkat, harta apatah lagi mahu mengenali rakyat-rakyat marhaen. Instafamous stress dengan paid review tak bayar, fans Brazil stress tak menang World Cup, student stress dengan assignment berlambak, dan Haqiem Rusli stress kena bash. Ehh… Stress ni bukanlah suatu wabak yang terlalu bahaya sebenarnya sebab masih banyak cara untuk kita control stress. Omputih kata, “We are who we are.” Kita-lah orang yang menguasai diri kita kecuali hang kena rasuk, tu out of topic kita. Self-awareness adalah langkah penting untuk menghalang diri anda daripada stress dan membawa anda kepada depression sehingga menyebabkan dir...