Skip to main content

BERBUKA DI RUMAH LECTURER

Seperti kebanyakan orang kuat pegangan agamanya, aku juga turut melakukan puasa 6 atau dalam Bahasa baratnya ialah FAST6. Lecturer aku yang seorang itu mengajak kami berbuka di rumahnya pada hari tersebut. Disebabkan harga makanan yang mahal di cafeteria, jadi aku pun terasa nak berjimat dengan berbuka di rumah lecturer tuh. Yelah, dia offer datang makan, siapa tak nak an? Mana tau dapat Sup Gearbox.

Dalam pukul 6, aku dan beberapa ahli Fast6 yang lain pergi ke rumahnya. Disebabkan ini ialah pengalaman pertama, jadi kami mencari rumahnya berpandukan peta lukisan tangannya. Boleh tahan horrible juga lukisan lecturer aku sebab aku boleh sesat ke tingkat lain dengan peta yang dia bagi. Aku rasa kalau orang beriman guna peta dia pun boleh sesat keimanan dia. Sebagai student yang educated, aku sendiri ada cadangan bagaimana untuk memudahkan kerja kami untuk cari rumah lecturer aku.

Sir, can you put arah mata angin in the map? Because I think, we had sir-sat.
“Jadah kau nak tambah arah mata angin. Selama ni 2 batch senior kau pakai peta aku bagi, elok je sampai.”

So, nak tak nak aku terpaksa cari rumah dia berpandukan arah mata hati aku sendiri namun tetap tidak menjumpai. Barulah aku sedar bahawa hati aku buta. Then, kami terserempak dengan 2 orang lelaki yang turut mahu ke rumah lecturer tuh, so kami ikut je diorang sebab diorang dah banyak kali pergi. Alhamdulillah, sampai.

Sampai je rumah, aku salam lecturer aku dan masuk dalam rumah dia.
Hurry up. Go to the kitchen, and korang pi basuh ayam. Kita masak sup ayam hari nih.”
Lecturer Ainan yang iras perangai Mat

Tu dia, aku lupa pulak lecturer aku ni bujang. Tak memasal aku pun kena masak kat dapur. Seumur hidup aku pun aku tak pernah masak sup. Masak Maggi Sup Ayam pernah lah. So, dari pukul 6.30 tuh kami pulun masak sup ayam, broccoli butter dan satu lagi lauk yang kitorang main masukkan je apa bahan yang tinggal hingga jadilah satu lauk yang aku panggil sambal sayur.




Lauk Sup Ayam dan Sambal sayur
Alhamdulillah, sup pun dah nak masak. So, kami terus get ready nak berbuka sama-sama. Siap standby air semua. Then, barulah lecturer aku teringat yang dia belum masak nasi lagi. End up kitorang buka puasa makan nasi pukul 8 malam.

Comments

Popular posts from this blog

MAMAK DEMAND

Seperti mana rakyat Malaysia yang lain, aku juga suka lepak kedai mamak sambil menonton EPL. Cuma kemajuan di Malaysia ini juga turut mempengaruhi kemajuan kedai mamak sehingga upgrade menjadi sebuah restoran, contohnya Restoran Aliff yang bapak mahal harganya. Sewaktu aku ke JB, aku teman kawan aku makan di Terminal Bas Larkin, di sebuah kedai mamak. Masa tuh aku nak teman sarapan sebab aku pun dah sarapan di rumah. Jadi aku fikir nak makan benda ringan-ringan. Aku cuba cari sinki masa masuk sahaja ke restoran tuh. “Uncle, masa sinki?” “Sana hujung. Sebelah tangga.” Masa tuh aku nampak ada mamak tengah tebar roti canai. Lepas basuh tangan aku pun order roti canai telur satu. Masa tuh, budak yang ambil order tu umur dia macam lagi muda dari aku (maybe baru habis SPM), so dia tulis lah apa aku order sampailah dating seorang mamak nampak tua sikit cakap pada mamak lepasan SPM tuh, “Roti takdak.” Cis, baru tadi aku nampak banyak lagi roti. Saja lah tuh nak suruh order m...

ADILKAH SESUATU KEADILAN?

Seringkali kita lihat dan dengar suara-suara sumbang menyatakan bahawa mereka mahu menuntut 'keadilan' dan seumpamanya. Tapi benarkah definisi adil yang kita pegang pada hari ini? Apakah definisi 'Adil' yang kita pegang? Adakah adil versi Islamis atau sekukaris? Menurut Islam, Adil itu ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya. Masih kabur dan tidak jelas? Untuk memudahkan fahaman kalian yang selama ini telah disuntik dan didoktrin dengan pelbagai bentuk definisi adil dari berbeza perspektif, adil dari segi Islam bermaksud memulangkan pada yang haq. Pada hari ini, kita anggap adil ialah sama rata. Walhal itu ialah konsep 'equality'. Adakah konsep adil dan equality adalah tidak sama? Ya, jawapannya adalah tidak sama. Sebagai contoh, seorang kanak-kanak mempunyai 4 batang aiskrim, lalu kawannya merampas 2 batang aiskrim darinya. Lantas, budak itu menangis air mata syahdu seperti seorang lelaki tertumpahkan satu-satunya maggi yang dia ada. "Hei, aiskrim in...

MENTAL ILLNESS

click here to watch stress video from striker17 studio Semua orang ada masalah dan melalui fasa-fasa dewasa yang berbeza. Dan apa yang sama berlaku pada setiap orang ialah tekanan atau stress. Adalah normal bagi manusia biasa termasuk juga manusia luarbiasa seperti Messi, Ronaldo dan Zlatan untuk turut merasai stress. Stress akan menyerang sesiapa sahaja tanpa mengenal umur, pangkat, harta apatah lagi mahu mengenali rakyat-rakyat marhaen. Instafamous stress dengan paid review tak bayar, fans Brazil stress tak menang World Cup, student stress dengan assignment berlambak, dan Haqiem Rusli stress kena bash. Ehh… Stress ni bukanlah suatu wabak yang terlalu bahaya sebenarnya sebab masih banyak cara untuk kita control stress. Omputih kata, “We are who we are.” Kita-lah orang yang menguasai diri kita kecuali hang kena rasuk, tu out of topic kita. Self-awareness adalah langkah penting untuk menghalang diri anda daripada stress dan membawa anda kepada depression sehingga menyebabkan dir...