Kawan atau sahabat adalah satu persamaan. Menurut Douney Mckeenzneey Keen, sahabat boleh diertikan sebagai sebuah perhubungan yang membawa erti saling mengambil berat seorang akan yang lain. persahabatan itu juga sering membawa seseorang itu ke dunia remaja yang menuntut individu itu sendiri untuk mengambil keputusan penting, yang mana keputusan itu melibatkan siapa mereka di mata sahabat-sahabatnya juga memperlihatkan keperibadian mereka secara dewasa, meskipun mereka baharu berusia 13 tahun. Tapi dalam erti mudah buat geng raver macam korang, sahabat itu ialah member korang yang sehidup semati dengan korang. Haaa, tu diaa... Setiap orang ada sahabat, dan lumrah untuk seseorang itu bersahabat dengan orang lain. Cuma bezanya hanya dari perilaku sahabat tersebut sama ada baik ataupun buruk. Aku ada beberapa orang sahabat yang aku sayang gila masa belajar di MRSM dahulu, iaitu Mukmin, Muhaimin, Amri, Afiq dan Haziq. Boleh katakan, kalau aku hilang 5 ekor...