Skip to main content

NILAI KAWAN GST

Kawan atau sahabat  adalah satu persamaan. Menurut Douney Mckeenzneey Keen, sahabat boleh diertikan sebagai  sebuah perhubungan yang membawa erti saling mengambil berat seorang akan yang lain. persahabatan itu juga sering membawa seseorang itu ke dunia remaja yang menuntut individu itu sendiri untuk mengambil keputusan penting, yang mana keputusan itu melibatkan siapa mereka di mata sahabat-sahabatnya juga memperlihatkan keperibadian mereka secara dewasa, meskipun mereka baharu berusia 13 tahun. Tapi dalam erti mudah buat geng raver macam korang, sahabat itu ialah member korang yang sehidup semati dengan korang. Haaa, tu diaa...

      Setiap orang ada sahabat, dan lumrah untuk seseorang itu bersahabat dengan orang lain. Cuma bezanya hanya dari perilaku sahabat tersebut sama ada baik ataupun buruk. Aku ada beberapa orang sahabat yang aku sayang gila masa belajar di MRSM dahulu, iaitu Mukmin, Muhaimin, Amri, Afiq dan Haziq. Boleh katakan, kalau aku hilang 5 ekor member nih, aku boleh menangis. Apa kau ingat lelaki tak boleh menangis ke haa? Bila aku belajar di KMJ, kawan aku yang aku dah anggap macam adik beradik aku ialah Haziq dan Che Nas. Tahap kawan nih sampai kalau duit elaun habis tuh, duit aku pun dah jadi duit diorang.

    Bila orang tertentu ni berjaya dilabelkan diri mereka sebagai sahabat aku, maka beruntunglah mereka kerana sesungguhnya aku akan pastikan diorang ni dapat protection. Aku sendiri tak nak tengok kawan aku broken sebab perempuan ataupun menangis sebab tak makan. Seiring dengan kenaikan harga minyak, begitu jugalah semakin kuat hubungan kekeluargaan kami. Aku sendiri kalau boleh tak nak kawan-kawan aku rasa apa yang aku pernah rasa. Sebab itu, bila aku tau kawan aku couple, aku pesan awal-awal jangan berharap sangat sebab kau hanya sedang jagakan jodoh orang lain jer. At last, bila kena friendzone, kau nangis tak berlagu dan mula layan lagu-lagu broken sama ada lagu Asalkan Kau Bahagia ataupun lagu Grenade.

    Setakat ini, aku jujur jelah bahawa aku pernah menangis sebabkan 2 perkara. First, bila kawan-kawan aku dah balik lepas SPM dan aku perlu terima hakikat bahawa aku akan jalani Kem Tamrin. Tu pun aku masih confuse sama ada aku nangis sebab kawan-kawan aku balik sehingga tinggal aku seorang ataupun sebab aku nangis sebab kena join Tamrin. Secondly, aku menangis sebab dapat tahu bapak kawan aku sakit. Kenapa aku nangis? Sebab arwah ayah aku pernah sakit dan aku pernah rasai betapa seksanya mendapat khabar begini sehingga sukar untuk diterima. Dan kini, kawan ayah aku pulak yang menderita sakit misteri. Then, can you imagined how can I let myself happy while my friend is sad thinking about his father.

Comments

Popular posts from this blog

MAMAK DEMAND

Seperti mana rakyat Malaysia yang lain, aku juga suka lepak kedai mamak sambil menonton EPL. Cuma kemajuan di Malaysia ini juga turut mempengaruhi kemajuan kedai mamak sehingga upgrade menjadi sebuah restoran, contohnya Restoran Aliff yang bapak mahal harganya. Sewaktu aku ke JB, aku teman kawan aku makan di Terminal Bas Larkin, di sebuah kedai mamak. Masa tuh aku nak teman sarapan sebab aku pun dah sarapan di rumah. Jadi aku fikir nak makan benda ringan-ringan. Aku cuba cari sinki masa masuk sahaja ke restoran tuh. “Uncle, masa sinki?” “Sana hujung. Sebelah tangga.” Masa tuh aku nampak ada mamak tengah tebar roti canai. Lepas basuh tangan aku pun order roti canai telur satu. Masa tuh, budak yang ambil order tu umur dia macam lagi muda dari aku (maybe baru habis SPM), so dia tulis lah apa aku order sampailah dating seorang mamak nampak tua sikit cakap pada mamak lepasan SPM tuh, “Roti takdak.” Cis, baru tadi aku nampak banyak lagi roti. Saja lah tuh nak suruh order m...

ADILKAH SESUATU KEADILAN?

Seringkali kita lihat dan dengar suara-suara sumbang menyatakan bahawa mereka mahu menuntut 'keadilan' dan seumpamanya. Tapi benarkah definisi adil yang kita pegang pada hari ini? Apakah definisi 'Adil' yang kita pegang? Adakah adil versi Islamis atau sekukaris? Menurut Islam, Adil itu ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya. Masih kabur dan tidak jelas? Untuk memudahkan fahaman kalian yang selama ini telah disuntik dan didoktrin dengan pelbagai bentuk definisi adil dari berbeza perspektif, adil dari segi Islam bermaksud memulangkan pada yang haq. Pada hari ini, kita anggap adil ialah sama rata. Walhal itu ialah konsep 'equality'. Adakah konsep adil dan equality adalah tidak sama? Ya, jawapannya adalah tidak sama. Sebagai contoh, seorang kanak-kanak mempunyai 4 batang aiskrim, lalu kawannya merampas 2 batang aiskrim darinya. Lantas, budak itu menangis air mata syahdu seperti seorang lelaki tertumpahkan satu-satunya maggi yang dia ada. "Hei, aiskrim in...

MENTAL ILLNESS

click here to watch stress video from striker17 studio Semua orang ada masalah dan melalui fasa-fasa dewasa yang berbeza. Dan apa yang sama berlaku pada setiap orang ialah tekanan atau stress. Adalah normal bagi manusia biasa termasuk juga manusia luarbiasa seperti Messi, Ronaldo dan Zlatan untuk turut merasai stress. Stress akan menyerang sesiapa sahaja tanpa mengenal umur, pangkat, harta apatah lagi mahu mengenali rakyat-rakyat marhaen. Instafamous stress dengan paid review tak bayar, fans Brazil stress tak menang World Cup, student stress dengan assignment berlambak, dan Haqiem Rusli stress kena bash. Ehh… Stress ni bukanlah suatu wabak yang terlalu bahaya sebenarnya sebab masih banyak cara untuk kita control stress. Omputih kata, “We are who we are.” Kita-lah orang yang menguasai diri kita kecuali hang kena rasuk, tu out of topic kita. Self-awareness adalah langkah penting untuk menghalang diri anda daripada stress dan membawa anda kepada depression sehingga menyebabkan dir...