Skip to main content

YOUTUBERS

Aku bukanlah artis terkenal mahupun seorang public figure. Tetapi, ramai je yang gatal nak label aku ni artis celop. Hahaha, kau fikir aku kisah? Menjadi seorang artis bukanlah tujuan utama aku bila aku buat video di Youtube. Sebaliknya lebih kepada satu medium untuk aku menghampiri masyarakat.

Then, haters gonna said, "Nak pi reach people, pergilah join charity program."

       But, my mad'u bukanlah atuk nenek yang duduk di rumah menantikan si Tanggang macam kau, tetapi sasaran utama untuk aku reach masyarakat ialah golongan Generasi Y yang hampir 90% kehidupan mereka itu ialah bersama smartphone. Aku sendiri tidak menafikan bahawa nilai moral generasi muda kini amat membimbangkan kerana gejala sosial yang berlaku di negara ini cukup untuk kita bimbangi. Aku sendiri insecured kowt bila dapat tahu kes kebakaran Tahfiz di jalan Keramat itu dirancang oleh pelajar bawah umur. Aku umur 12 tahun masih belum akil baligh dan sibuk kumpul komik Naruto.

Lately ini, ramai tanya aku, "Kenapa pilih untuk buat video?"

      Haaa... Satu lagi soalan yang menarik untuk aku jawab. Aku pilih untuk buat video sebab video sekarang antara medium utama yang mampu menarik masyarakat yang malas membaca. Korang pun bukannya pernah baca Alegori Rumah Api, Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck, apatah lagi membaca karya ilmiah seperti Dewan Siswa. Nak harapakn korang baca blog aku, lagilah haram jadah. Tambahan lagi, idea aku dapat disampaikan dengan jelas bila menggunakan video berbanding daripada aku tulis panjang-panjang dan korang tak faham. Alasan yang lebih kukuh kenapa aku buat video ialah kerana aku ni banyak bercakap. Kawan aku sendiri tahu betapa kuatnya kadar aku bercakap dalam masa sehari. Kalau Mak Jemah boleh bercakap 2000 patah perkataan dalam masa 5 minit, aku boleh bercakap lebih dari 2000 perkataan sambil minum air selama 5 minit. Tu dia... And for your information, aku kalau tidur pun masih sbuk bercakap tau. Cuma bezanya bila aku tidur, aku akan sebut segala mak nenek formula akademik yang ada daripada Newton's 1st Law sampailah Bullshit Principle.

Ini jelah gambar aku dengan public figure. Tu pun pendakwah
          
              Jujur aku cakap, aku tiada niat nak masuk ke bidang lakonan sekalipun. Kalau nak jadi terkenal, aku takkan susahkan diri aku brainstorm idea nak buat video apa bulan ni, sebaliknya aku akan terus terjun bangunan dengan menggunakan payung hujan dan biar kawan aku rakam lagak ngeri aku itu biar aku dipanggil pihak #MotifViral. Itupun kalau aku selamat mendarat ke tanah dengan jayanya lah. Kalau tak, aku kena prepare sesi soal jawab dengan malaikat terus dalam Barzakh nanti.

Comments

Popular posts from this blog

MAMAK DEMAND

Seperti mana rakyat Malaysia yang lain, aku juga suka lepak kedai mamak sambil menonton EPL. Cuma kemajuan di Malaysia ini juga turut mempengaruhi kemajuan kedai mamak sehingga upgrade menjadi sebuah restoran, contohnya Restoran Aliff yang bapak mahal harganya. Sewaktu aku ke JB, aku teman kawan aku makan di Terminal Bas Larkin, di sebuah kedai mamak. Masa tuh aku nak teman sarapan sebab aku pun dah sarapan di rumah. Jadi aku fikir nak makan benda ringan-ringan. Aku cuba cari sinki masa masuk sahaja ke restoran tuh. “Uncle, masa sinki?” “Sana hujung. Sebelah tangga.” Masa tuh aku nampak ada mamak tengah tebar roti canai. Lepas basuh tangan aku pun order roti canai telur satu. Masa tuh, budak yang ambil order tu umur dia macam lagi muda dari aku (maybe baru habis SPM), so dia tulis lah apa aku order sampailah dating seorang mamak nampak tua sikit cakap pada mamak lepasan SPM tuh, “Roti takdak.” Cis, baru tadi aku nampak banyak lagi roti. Saja lah tuh nak suruh order m...

ADILKAH SESUATU KEADILAN?

Seringkali kita lihat dan dengar suara-suara sumbang menyatakan bahawa mereka mahu menuntut 'keadilan' dan seumpamanya. Tapi benarkah definisi adil yang kita pegang pada hari ini? Apakah definisi 'Adil' yang kita pegang? Adakah adil versi Islamis atau sekukaris? Menurut Islam, Adil itu ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya. Masih kabur dan tidak jelas? Untuk memudahkan fahaman kalian yang selama ini telah disuntik dan didoktrin dengan pelbagai bentuk definisi adil dari berbeza perspektif, adil dari segi Islam bermaksud memulangkan pada yang haq. Pada hari ini, kita anggap adil ialah sama rata. Walhal itu ialah konsep 'equality'. Adakah konsep adil dan equality adalah tidak sama? Ya, jawapannya adalah tidak sama. Sebagai contoh, seorang kanak-kanak mempunyai 4 batang aiskrim, lalu kawannya merampas 2 batang aiskrim darinya. Lantas, budak itu menangis air mata syahdu seperti seorang lelaki tertumpahkan satu-satunya maggi yang dia ada. "Hei, aiskrim in...

MENTAL ILLNESS

click here to watch stress video from striker17 studio Semua orang ada masalah dan melalui fasa-fasa dewasa yang berbeza. Dan apa yang sama berlaku pada setiap orang ialah tekanan atau stress. Adalah normal bagi manusia biasa termasuk juga manusia luarbiasa seperti Messi, Ronaldo dan Zlatan untuk turut merasai stress. Stress akan menyerang sesiapa sahaja tanpa mengenal umur, pangkat, harta apatah lagi mahu mengenali rakyat-rakyat marhaen. Instafamous stress dengan paid review tak bayar, fans Brazil stress tak menang World Cup, student stress dengan assignment berlambak, dan Haqiem Rusli stress kena bash. Ehh… Stress ni bukanlah suatu wabak yang terlalu bahaya sebenarnya sebab masih banyak cara untuk kita control stress. Omputih kata, “We are who we are.” Kita-lah orang yang menguasai diri kita kecuali hang kena rasuk, tu out of topic kita. Self-awareness adalah langkah penting untuk menghalang diri anda daripada stress dan membawa anda kepada depression sehingga menyebabkan dir...