Skip to main content

BERDIALOG DENGAN EKSTREMIS

Kejumudan seseorang dalam agama mampu memberikan cabaran buat para tok imam, bilal-bilal dan para agamawan yang lain. Namun, ketaksuban dalam agama pula akan membuatkan kau terpaksa berhadapan dengan Zakir Naik untuk berdiskusi secara aman dan betulkan balik fahaman kau yang ekstremis. Agama yang syumul ini sering disalah erti dan penganutnya mula berpecah-belah kepada puak ekstremis, liberal, sekular, sunni dan bida’ah umumnya. Even, Nabi Muhammad pernah bersabda,

“Demi Tuhan yang jiwa Muhammad di dalam kekuasaanNya, umatku akan berpecah kepada 73 golongan, maka satu golongan masuk syurga dan 72 golongan yang lain masuk neraka.”
[HR At-Tabrani]

Jika Aisyah pernah difitnah berlaku curang pada Nabi, aku sendiri pernah dituduh sekular oleh sahabat aku sendiri dan dituduh sesat oleh orang kampung. Aku kuat berpegang pada 2 kompas akhir zaman, mana mungkin aku sesat. Aku bukan sesat tapi maybe masa tuh aku confuse. Confuse sama ada nak bercakap direct agar semua orang faham ataupun berlapik-lapik sampaikan Bahasa aku jadi seperti kias orang masuk meminang.

Berhadapan dengan ekstremis pernah sekali membuat aku pening kepala. Sedang aku sibuk memeningkan kepala dengan kepercayaan orang Korea tentang Grim Reaper dan Goblin (padahal aku tengah tengok Goblin), tiba-tiba seorang ekstremis bertanya.

Arsenal dan LGBT

City dan LGBT



“Weh, kau tengok EPL tak? Kalau kau perasan, semua pasukan EPL buat background rainbow sempena kempen LGBT.”

Permulaan soalan begini aku boleh consider dia sebagai sunni lagi sebab memang reality pun EPL memang menjalankan kempen ‘for everyone’ yang menyatakan tentang hak semua manusia dalam menyokong LGBT. Tapi, aku mula label member aku ekstremis bila dia spoil kacau mood aku makan aiskrim rainbow Paddle Pop.

“Weh, apahal kau sokong LGBT. Kau muslim kowt. Banyak bagi talk itu ini. Ni apahal beli aiskrim rainbow.”
“Kan aiskrim rainbow ni dah lama keluar sebelum isu LGBT lagi. Lagipun JAKIM sahkan halal, aku makan lah. Takkan kau tak percaya JAKIM?”
“Tak. JAKIM korup.”

Then, one day aku ajak dia lepak dekat tepi tambak Pontian sambil menikmati keindahan alam. Kebetulan masa tuh lepas hujan dan muncul pelangi. Aku test keimanan dia.

“Weh, kau tengok tuh. Lepas hujan Allah bagi kita pelangi yang cantik. Haa, Allah tau yang cipta pelangi tuh, takkan Allah sokong LGBT pulak?”
“Tu sunnatullah. Tu lain. Ish kau nih.”

Then, aku tak tau nak label dia ni ekstremis or liberal. Yang penting aku memang takkan menang kalau explain or berdebat dengan manusia macam ini.

“No wonder Imam Syafiee once said, Sesungguhnya aku mampu menang berdebat dengan 10 orang cendekiawan tapi aku akan kalah jika berdebat dengan seorang jahil. Kau tau tak siapa seorang jahil yang Imam Syafiee maksudkan?”
“Siapa”

“Kau!”

Comments

Popular posts from this blog

MENTAL ILLNESS

click here to watch stress video from striker17 studio Semua orang ada masalah dan melalui fasa-fasa dewasa yang berbeza. Dan apa yang sama berlaku pada setiap orang ialah tekanan atau stress. Adalah normal bagi manusia biasa termasuk juga manusia luarbiasa seperti Messi, Ronaldo dan Zlatan untuk turut merasai stress. Stress akan menyerang sesiapa sahaja tanpa mengenal umur, pangkat, harta apatah lagi mahu mengenali rakyat-rakyat marhaen. Instafamous stress dengan paid review tak bayar, fans Brazil stress tak menang World Cup, student stress dengan assignment berlambak, dan Haqiem Rusli stress kena bash. Ehh… Stress ni bukanlah suatu wabak yang terlalu bahaya sebenarnya sebab masih banyak cara untuk kita control stress. Omputih kata, “We are who we are.” Kita-lah orang yang menguasai diri kita kecuali hang kena rasuk, tu out of topic kita. Self-awareness adalah langkah penting untuk menghalang diri anda daripada stress dan membawa anda kepada depression sehingga menyebabkan dir...

RULES OF SURVIVAL

Survival  adalah satu istilah tepat untuk melambangkan keadaan aku sekarang yang kini menetap di ibu kota Kuala Lumpur. Sebagai satu  stereotype , Kuala Lumpur sering dikaitkan dengan kos sara hidup yang tinggi. Dan untuk menjaga kewangan peribadi di sini tidaklah mudah sehingga aku merasakan aku perlu mengupah anjing peliharaan di kampung (Rooney dan Totti) untuk membantu aku menjaga kewangan aku selain dua ekor anjing ni menjaga kebun di kampung. Kira anjing ni buat  part-time  la dengan aku. Nilai  survival  aku semakin meningkat apabila akhbar Berita Harian pada awal bulan Mac melaporkan isu  'Mahasiswa UM Ikat Perut' . Akibat daripada laporan itu, Menteri Pelajaran, Dato' Maszlee Malik telah turun padang ke Kolej Kediaman Dr Nazrin Shah (dibaca: Kolej 12) untuk meninjau mahasiswa UM. Mesti Dato' terkejut sebab  student  sana makan mewah kan dekat kafe tuh, sebabnya yang ikat perut tuh bukan dekat kafe Dato', tapi di dalam bilik memasak...

TAHUN BARU?

Tahun baru adalah sambutan tahunan yang diraikan di seluruh dunia. Yelah, nama pun Tahun Baru memanglah sambut tiap tahun, kalau sambut tiap bulan tu namanya Bulan Baru. menjelang tahun baru ni banyak aktiviti atau situasi cliche yang akan wujud dan didoktrinkan dalam minda, media dan seangkatan dengannya. Ramai yang mula ucapkan "Selamat Tahun Baru". Ada yang recycle lawak tahun-tahun lepas seperti "Kalau aku study sampai pukul 12, aku study selama setahun." dan beberapa lawak recycle yang lain. C'mon dah tahun baru carilah lawak baru. Ingat aku nak ketawa selama setahun ke pakai lawak tahun lepas. Dan paling menyakitkan bila orang tanya aku, "Woi, dah 2019 pun masih single ker?" Makhluk ni kalau aku dapat, aku cucuh mancis yang masih membara pada lidah dia.         Antara perkara cliche lain juga ialah pasang azam tahun baru. Jangan sembang azam tahun baru lah kalau Subuh masih jadi nelayan. Maksud aku ke laut. Dan tak lupa juga konsert-k...