Skip to main content

Google Maps 2.0

Lepak di Johor Bahru adalah aktiviti normal aku tiap kali dapat cuti. Aku suka gila bau udara JB walaupun aku dibesarkan dengan udara kampung yang bercampur dengan asap bakar sampah dari perbuatan nenek aku. Banyak kali juga pak cik aku tanya, antara tinggal di bandar dengan kampung, mana lagi best? Soalan-soalan beginilah yang aku paling tak suka. Aku suka tinggal di kampung sebab banyak tempat natural yang aku boleh pergi, such as panjat pokok pulasan (tempat aku ponteng puasa masa kecik-kecik), main dengan Rooney dan Totti (anjing yang ditugaskan jaga kebun) dan main bola. But, I love my life in JB because banyak tempat maju untuk aku explore. Kadang-kadang aku sendiri rasa aku tak layak duduk di Pontian sebab aku sendiri pernah dibatalkan penyertaan untuk masuk Liga Bolasepak Pontian semata-mata aku dilahirkan di Johor Bharu.

Normally aku akan ke JB dari Pontian dengan menaiki bas. Tapi, suatu hari member aku ajak naik dia pergi ke JB. Member aku jenis anak jati Pontian yang memang tak tahu selok belok JB nih. So, kitorang pergi ke JB dengan berpandukan Google Maps. Sampai sahaja ke City Square, kitorang cepat-cepat booking tiket untuk tonton Black Panther, dan masa tu jugak filem Badang karya Dato’ Aliff Syukri ni release. Aku masa tuh saja try melawak dekat cashier.

“Selamat datang. Abang nak tengok movie apa?”
“Cerita BADANG 3 tiket.”
“Abang serius ker nak tengok cerita BADANG?”
“Eh takpelah. Bagi tiket Black Panther 3.”

Cara cashier tu tanya aku serius ke tak nak tengok cerita BADANG pun dah tau yang dia tak galakkan aku tengok cerita tuh. Takpelah Dato’, maybe saya tunggu sebulan lebih saya download je cerita Dato’ nanti.

Masa perjalanan pulang ke Pontian, kitorang sekali lagi guna khidmat Google Maps tapi tiba-tiba phone habis bateri. So, masa tuh tawakkal jelah ikut instinct untuk balik ke Pontian. Tapi aku tengok muka member aku yang bawak kereta ni confident jer bawak kereta, tak gelabah pun, padahal dia tak tau jalan kat sini.

“Weh, kau confident je bawak nih, tau jalan balik ker?”
“Aku tak tau jalan.”
“Dah tuh, kau main bawak aku ke mana-mana jelah nih? Kang sampai Woodland aku takdak passport.”
“Taklah, aku follow je bas depan ni. Tu bas Maju 96 mesti pergi ke Terminal Bas Pontian.”

“Terbaik lah bro.”

Comments

Popular posts from this blog

MAMAK DEMAND

Seperti mana rakyat Malaysia yang lain, aku juga suka lepak kedai mamak sambil menonton EPL. Cuma kemajuan di Malaysia ini juga turut mempengaruhi kemajuan kedai mamak sehingga upgrade menjadi sebuah restoran, contohnya Restoran Aliff yang bapak mahal harganya. Sewaktu aku ke JB, aku teman kawan aku makan di Terminal Bas Larkin, di sebuah kedai mamak. Masa tuh aku nak teman sarapan sebab aku pun dah sarapan di rumah. Jadi aku fikir nak makan benda ringan-ringan. Aku cuba cari sinki masa masuk sahaja ke restoran tuh. “Uncle, masa sinki?” “Sana hujung. Sebelah tangga.” Masa tuh aku nampak ada mamak tengah tebar roti canai. Lepas basuh tangan aku pun order roti canai telur satu. Masa tuh, budak yang ambil order tu umur dia macam lagi muda dari aku (maybe baru habis SPM), so dia tulis lah apa aku order sampailah dating seorang mamak nampak tua sikit cakap pada mamak lepasan SPM tuh, “Roti takdak.” Cis, baru tadi aku nampak banyak lagi roti. Saja lah tuh nak suruh order m...

ADILKAH SESUATU KEADILAN?

Seringkali kita lihat dan dengar suara-suara sumbang menyatakan bahawa mereka mahu menuntut 'keadilan' dan seumpamanya. Tapi benarkah definisi adil yang kita pegang pada hari ini? Apakah definisi 'Adil' yang kita pegang? Adakah adil versi Islamis atau sekukaris? Menurut Islam, Adil itu ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya. Masih kabur dan tidak jelas? Untuk memudahkan fahaman kalian yang selama ini telah disuntik dan didoktrin dengan pelbagai bentuk definisi adil dari berbeza perspektif, adil dari segi Islam bermaksud memulangkan pada yang haq. Pada hari ini, kita anggap adil ialah sama rata. Walhal itu ialah konsep 'equality'. Adakah konsep adil dan equality adalah tidak sama? Ya, jawapannya adalah tidak sama. Sebagai contoh, seorang kanak-kanak mempunyai 4 batang aiskrim, lalu kawannya merampas 2 batang aiskrim darinya. Lantas, budak itu menangis air mata syahdu seperti seorang lelaki tertumpahkan satu-satunya maggi yang dia ada. "Hei, aiskrim in...

RULES OF SURVIVAL

Survival  adalah satu istilah tepat untuk melambangkan keadaan aku sekarang yang kini menetap di ibu kota Kuala Lumpur. Sebagai satu  stereotype , Kuala Lumpur sering dikaitkan dengan kos sara hidup yang tinggi. Dan untuk menjaga kewangan peribadi di sini tidaklah mudah sehingga aku merasakan aku perlu mengupah anjing peliharaan di kampung (Rooney dan Totti) untuk membantu aku menjaga kewangan aku selain dua ekor anjing ni menjaga kebun di kampung. Kira anjing ni buat  part-time  la dengan aku. Nilai  survival  aku semakin meningkat apabila akhbar Berita Harian pada awal bulan Mac melaporkan isu  'Mahasiswa UM Ikat Perut' . Akibat daripada laporan itu, Menteri Pelajaran, Dato' Maszlee Malik telah turun padang ke Kolej Kediaman Dr Nazrin Shah (dibaca: Kolej 12) untuk meninjau mahasiswa UM. Mesti Dato' terkejut sebab  student  sana makan mewah kan dekat kafe tuh, sebabnya yang ikat perut tuh bukan dekat kafe Dato', tapi di dalam bilik memasak...