Skip to main content

PENDIDIKAN MALAYSIA

Assignment adalah benda yang mengganggu ketenteraman anak Melayu khususnya di hujung minggu dan juga pada cuti panjang. Selain mengganggu anak Melayu, ia juga banyak menyebabkan student-student ini menjadi lebih kreatif dan inovatif terutama apabila berusaha menyiapkan assignment tersebut pada masa-masa terakhir. So, no wonder-lah system pendidikan di Malaysia ini mampu melahirkan generasi kreatif yang akan mencipta teknologi kereta terbang pada 2020 sepertimana digambarkan oleh kebanyakan anak muda termasuk aku yang belasan tahun ketika itu.

I have no doubt when people said Malaysian Education System is the worst. But, if you referring to other country like Japan or America, you will conclude something like that. And if you’re comparing our education with Sri Lanka, Macau etc, you will surely come up with something different. Sebenarnya tak perlu pun compare satu perkara dengan perkara yang lain untuk memburukkan satu benda yang lain, sebab kau hanya akan memburukkan imej sesuatu benda. Kan lebih elok sekiranya kita membuat comparison untuk meningkatkan kualiti pendidikan kita.

Sebagai seorang student Malaysia, assignment yang pensyarah-pensyarah aku bukan lagi KBAT macam zaman SPM tapi KEBABOM. Kau bayangkan masa cuti hari tuh, sepupu aku yang nak UPSR balik kampung dan dah guna terms sperm. Darjah 6 weh! Aku pelik jugak takkan baru darjah 6, this student dah didedahkan dengan tajuk reproduction. Sekali aku dok belek buku Science Darjah 6, what the heck rupanya tadpole. Kejadah kau tadpole jadi sperm, aku dok beletiaq kat sepupu aku. Rupanya dia belajar term sperm tuh dari mak dia, seorang guru sekolah menengah.

Di zaman ini juga, ada yang dok claim lagi,
“Apakah buktinya sistem pendidikan negara ini mampu melahirkan pelajar kreatif?”

Kreativiti membuat assignment




Well, say no more.



Suatu malam sebelum aku balik cuti Chinese New Year, member aku dok buat muka kememeh, memujuk aku tolong buatkan video assignment Dinamika dia. Lama jugak lah dia pujuk aku sampaikan lebih dari limit waktu aku bekerja untuk siapkan dia punya skrip jer. Aku duduk karang skrip dia jer dah dekat setengah jam, end up dia pakai spontan punya ayat. Sakai betul mamat nih. Pakai ayat spontan tuh dah satu hal, muka pelawak dia pulak satu hal. Hanya Tuhan yang tahu berapa kali kami take scene untuk 60 saat itu. Adalah dekat 10 kali sebab ayat spontan dia buatkan cameraman ketawa sampai masuk dalam rakaman.

Satu lagi education system di peringkat university ini yang aku tak suka ialah lecturer bebas nak bagi markah bukan berdasarkan pada exam semata-mata. Mostly senior-senior aku dekat kolej kata,
“Nak dapat marka extra, kena baik-baik dengan cikgu.”

Alah, bunyinya lebih kurang macam ayat cliché iklan dulu, “Nak pikat hati isteri kena pikat hati ibunya dulu.” Haa gituh.

So, aku struggle tolong lecturer aku untuk satu event. Aku lah yang cari cameraman, ajk bagai sampailah keluar satu kenyataan dari mulut beliau:

"Hazman adalah orang kanan saya."

Time tu aku dah confirm dapat A lah. Next month masa keputusan PSPM keluar, aku menangis terkedu bila nampak result aku untuk subjek tersebut dapat B.

Masa tuh aku tertanya adakah senior aku sedang tipu aku ataupun result ini bukan result aku :')

Comments

Popular posts from this blog

MAMAK DEMAND

Seperti mana rakyat Malaysia yang lain, aku juga suka lepak kedai mamak sambil menonton EPL. Cuma kemajuan di Malaysia ini juga turut mempengaruhi kemajuan kedai mamak sehingga upgrade menjadi sebuah restoran, contohnya Restoran Aliff yang bapak mahal harganya. Sewaktu aku ke JB, aku teman kawan aku makan di Terminal Bas Larkin, di sebuah kedai mamak. Masa tuh aku nak teman sarapan sebab aku pun dah sarapan di rumah. Jadi aku fikir nak makan benda ringan-ringan. Aku cuba cari sinki masa masuk sahaja ke restoran tuh. “Uncle, masa sinki?” “Sana hujung. Sebelah tangga.” Masa tuh aku nampak ada mamak tengah tebar roti canai. Lepas basuh tangan aku pun order roti canai telur satu. Masa tuh, budak yang ambil order tu umur dia macam lagi muda dari aku (maybe baru habis SPM), so dia tulis lah apa aku order sampailah dating seorang mamak nampak tua sikit cakap pada mamak lepasan SPM tuh, “Roti takdak.” Cis, baru tadi aku nampak banyak lagi roti. Saja lah tuh nak suruh order m...

ADILKAH SESUATU KEADILAN?

Seringkali kita lihat dan dengar suara-suara sumbang menyatakan bahawa mereka mahu menuntut 'keadilan' dan seumpamanya. Tapi benarkah definisi adil yang kita pegang pada hari ini? Apakah definisi 'Adil' yang kita pegang? Adakah adil versi Islamis atau sekukaris? Menurut Islam, Adil itu ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya. Masih kabur dan tidak jelas? Untuk memudahkan fahaman kalian yang selama ini telah disuntik dan didoktrin dengan pelbagai bentuk definisi adil dari berbeza perspektif, adil dari segi Islam bermaksud memulangkan pada yang haq. Pada hari ini, kita anggap adil ialah sama rata. Walhal itu ialah konsep 'equality'. Adakah konsep adil dan equality adalah tidak sama? Ya, jawapannya adalah tidak sama. Sebagai contoh, seorang kanak-kanak mempunyai 4 batang aiskrim, lalu kawannya merampas 2 batang aiskrim darinya. Lantas, budak itu menangis air mata syahdu seperti seorang lelaki tertumpahkan satu-satunya maggi yang dia ada. "Hei, aiskrim in...

MENTAL ILLNESS

click here to watch stress video from striker17 studio Semua orang ada masalah dan melalui fasa-fasa dewasa yang berbeza. Dan apa yang sama berlaku pada setiap orang ialah tekanan atau stress. Adalah normal bagi manusia biasa termasuk juga manusia luarbiasa seperti Messi, Ronaldo dan Zlatan untuk turut merasai stress. Stress akan menyerang sesiapa sahaja tanpa mengenal umur, pangkat, harta apatah lagi mahu mengenali rakyat-rakyat marhaen. Instafamous stress dengan paid review tak bayar, fans Brazil stress tak menang World Cup, student stress dengan assignment berlambak, dan Haqiem Rusli stress kena bash. Ehh… Stress ni bukanlah suatu wabak yang terlalu bahaya sebenarnya sebab masih banyak cara untuk kita control stress. Omputih kata, “We are who we are.” Kita-lah orang yang menguasai diri kita kecuali hang kena rasuk, tu out of topic kita. Self-awareness adalah langkah penting untuk menghalang diri anda daripada stress dan membawa anda kepada depression sehingga menyebabkan dir...