Skip to main content

TAHUN BARU?

Tahun baru adalah sambutan tahunan yang diraikan di seluruh dunia. Yelah, nama pun Tahun Baru memanglah sambut tiap tahun, kalau sambut tiap bulan tu namanya Bulan Baru. menjelang tahun baru ni banyak aktiviti atau situasi cliche yang akan wujud dan didoktrinkan dalam minda, media dan seangkatan dengannya. Ramai yang mula ucapkan "Selamat Tahun Baru". Ada yang recycle lawak tahun-tahun lepas seperti "Kalau aku study sampai pukul 12, aku study selama setahun." dan beberapa lawak recycle yang lain. C'mon dah tahun baru carilah lawak baru. Ingat aku nak ketawa selama setahun ke pakai lawak tahun lepas. Dan paling menyakitkan bila orang tanya aku, "Woi, dah 2019 pun masih single ker?" Makhluk ni kalau aku dapat, aku cucuh mancis yang masih membara pada lidah dia.

        Antara perkara cliche lain juga ialah pasang azam tahun baru. Jangan sembang azam tahun baru lah kalau Subuh masih jadi nelayan. Maksud aku ke laut. Dan tak lupa juga konsert-konsert yang akan diadakan serta bunga api yang disediakan untuk menghangatkan malam tahun baru. Tambahan lagi, perkara paling menarik tiap kali menjelang tahun baru masih lagi keluar soalan sama.

"HARAM sambut Tahun Baru"
"Ini agenda Yahudi!"


       C'mon lah. Dah 2019 pun takkan nak keluar ayat sama. Tukarlah sikit hasutan tu. Aku tahu  niat baik nak elak orang Muslim sambut tahun baru sebab ramai bermaksiat pada malam tahun baru. Kondom pasti bersepah di Dataran Merdeka sampai persatuan-persatuan dan NGO perlu turun ke lapangan buat Street Dakwah. Aku tak kata salah nak halang orang Islam meraikan Tahun Baru tapi janganlah pakai alasan yang jauh dari hujah dan kebenaran. Kalau nak sembang pasal hujah, gunalah asbab dan bukti serta fakta yang tepat. 

     Bagi aku sendiri 2019 ini adalah lain sedikit sebab tidak mendengar bunyi letupan bunga api di rumah sebaliknya di bilik sambil menghadap nota-nota Computing Mathematics dan ditemani bayu lembut malam Tahun Baru. Tambah-tambah lagi membuat persiapan untuk final sedang rakan-rakan lain melalak sambut tengok bunga api bersama kawan masing-masing. Aku masih keseorangan di sini.

    You know, sekiranya bulan boleh berkata, aku pasti dia akan perjuangkan tuntutan hak dia untuk diraikan kerana diskriminasi keatasnya. Kenapa orang sibuk sambut Tahun Baru tapi tak pernah sambut Bulan Baru? Ini adalah rasis.    

     Apa-apa pun, PUBG for life dan Happy New Year to all of you. Ni boleh claim Chicken Dinner setahun tak? Amacam???

Comments

Popular posts from this blog

MAMAK DEMAND

Seperti mana rakyat Malaysia yang lain, aku juga suka lepak kedai mamak sambil menonton EPL. Cuma kemajuan di Malaysia ini juga turut mempengaruhi kemajuan kedai mamak sehingga upgrade menjadi sebuah restoran, contohnya Restoran Aliff yang bapak mahal harganya. Sewaktu aku ke JB, aku teman kawan aku makan di Terminal Bas Larkin, di sebuah kedai mamak. Masa tuh aku nak teman sarapan sebab aku pun dah sarapan di rumah. Jadi aku fikir nak makan benda ringan-ringan. Aku cuba cari sinki masa masuk sahaja ke restoran tuh. “Uncle, masa sinki?” “Sana hujung. Sebelah tangga.” Masa tuh aku nampak ada mamak tengah tebar roti canai. Lepas basuh tangan aku pun order roti canai telur satu. Masa tuh, budak yang ambil order tu umur dia macam lagi muda dari aku (maybe baru habis SPM), so dia tulis lah apa aku order sampailah dating seorang mamak nampak tua sikit cakap pada mamak lepasan SPM tuh, “Roti takdak.” Cis, baru tadi aku nampak banyak lagi roti. Saja lah tuh nak suruh order m...

RULES OF SURVIVAL

Survival  adalah satu istilah tepat untuk melambangkan keadaan aku sekarang yang kini menetap di ibu kota Kuala Lumpur. Sebagai satu  stereotype , Kuala Lumpur sering dikaitkan dengan kos sara hidup yang tinggi. Dan untuk menjaga kewangan peribadi di sini tidaklah mudah sehingga aku merasakan aku perlu mengupah anjing peliharaan di kampung (Rooney dan Totti) untuk membantu aku menjaga kewangan aku selain dua ekor anjing ni menjaga kebun di kampung. Kira anjing ni buat  part-time  la dengan aku. Nilai  survival  aku semakin meningkat apabila akhbar Berita Harian pada awal bulan Mac melaporkan isu  'Mahasiswa UM Ikat Perut' . Akibat daripada laporan itu, Menteri Pelajaran, Dato' Maszlee Malik telah turun padang ke Kolej Kediaman Dr Nazrin Shah (dibaca: Kolej 12) untuk meninjau mahasiswa UM. Mesti Dato' terkejut sebab  student  sana makan mewah kan dekat kafe tuh, sebabnya yang ikat perut tuh bukan dekat kafe Dato', tapi di dalam bilik memasak...

ADILKAH SESUATU KEADILAN?

Seringkali kita lihat dan dengar suara-suara sumbang menyatakan bahawa mereka mahu menuntut 'keadilan' dan seumpamanya. Tapi benarkah definisi adil yang kita pegang pada hari ini? Apakah definisi 'Adil' yang kita pegang? Adakah adil versi Islamis atau sekukaris? Menurut Islam, Adil itu ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya. Masih kabur dan tidak jelas? Untuk memudahkan fahaman kalian yang selama ini telah disuntik dan didoktrin dengan pelbagai bentuk definisi adil dari berbeza perspektif, adil dari segi Islam bermaksud memulangkan pada yang haq. Pada hari ini, kita anggap adil ialah sama rata. Walhal itu ialah konsep 'equality'. Adakah konsep adil dan equality adalah tidak sama? Ya, jawapannya adalah tidak sama. Sebagai contoh, seorang kanak-kanak mempunyai 4 batang aiskrim, lalu kawannya merampas 2 batang aiskrim darinya. Lantas, budak itu menangis air mata syahdu seperti seorang lelaki tertumpahkan satu-satunya maggi yang dia ada. "Hei, aiskrim in...