Skip to main content

FITNAH HANTU AKHIR ZAMAN

Sewaktu bersarapan, aku melihat berita semasa di TV3. “Nahas ngeri di Karak”. Then, diorang buka cerita mengenai jalan Karak yang dikatakan berhantu. Perbualan tersebut tidak disempitkan terhadap Jalan Karak semata-mata, malah turut membabitkan pengalaman masing-masing.

Ijam cerita, “Aku pernah naik motor eksiden sebab kena kejar dengan pontianak.”

Khai turut bercerita, “Aku lagi teruk, hampir langgar sebuah bas sebab nampak hantu atas bumbung kereta orang.”

   Saat aku mendengar cerita mereka, aku tak tahu nak kasihan pada siapa. Sama ada mahu kesian pada kawan aku yang terlibat kemalangan ataupun hantu-hantu di luar sana yang sering menjadi mangsa fitnah manusia di luar sana. Kadang-kadang bukan salah hantu pun, tetapi secara logiknya takkan hero jalanan atau mat rempit nak ngaku dia eksiden sebab tengah korek hidung masa bawa motor, nanti malu. So, cerita hantu pun diguna pakai untuk menutup segala lubang keaiban diri. Mangsanya ialah hantu kerana dituduh mengganggu penunggang motosikal walhal hantu tersebut baru nak celebrate annual dinner.


    Jadi, kalau hantu datang serang anda pandai-pandailah tanggung. Anda yang fitnah ‘mereka’ sehingga mereka naik angin monsun barat daya.

Comments

Popular posts from this blog

MAMAK DEMAND

Seperti mana rakyat Malaysia yang lain, aku juga suka lepak kedai mamak sambil menonton EPL. Cuma kemajuan di Malaysia ini juga turut mempengaruhi kemajuan kedai mamak sehingga upgrade menjadi sebuah restoran, contohnya Restoran Aliff yang bapak mahal harganya. Sewaktu aku ke JB, aku teman kawan aku makan di Terminal Bas Larkin, di sebuah kedai mamak. Masa tuh aku nak teman sarapan sebab aku pun dah sarapan di rumah. Jadi aku fikir nak makan benda ringan-ringan. Aku cuba cari sinki masa masuk sahaja ke restoran tuh. “Uncle, masa sinki?” “Sana hujung. Sebelah tangga.” Masa tuh aku nampak ada mamak tengah tebar roti canai. Lepas basuh tangan aku pun order roti canai telur satu. Masa tuh, budak yang ambil order tu umur dia macam lagi muda dari aku (maybe baru habis SPM), so dia tulis lah apa aku order sampailah dating seorang mamak nampak tua sikit cakap pada mamak lepasan SPM tuh, “Roti takdak.” Cis, baru tadi aku nampak banyak lagi roti. Saja lah tuh nak suruh order m...

DAKWAH SUKAN

Betul ker ada “Dakwah Melalui Sukan”? Meh sini aku share. Dakwah pada zaman millenium ini perlukan pelbagai strategi terutama dalam menarik minat [1]mad’u. Ada masa kita perlu jadi kelakar (macam Hafizuddin),tegas dan selamba serta santai.   Jadi, bagaimana nak dakwah melalui SUKAN? Senang jer. Meh sini aku kongsi satu cerita realiti: Terdapat seorang kawan aku ni (bagi nama kat mamat ni ‘Mughallazah’) minat giler main bolasepak.Tapi,bila dia main mesti dia dapat saham dosa. Pasal ape? Sebab bila dia main bolasepak jer,akan terungkap zikir2 yang Imam Hassan al-Banna tak pernah ajar. Contohnya, “B**i betoi,apasal tak masuk gol pulak!” “B***h Si.Al (Silicon Aluminium), sepak depan-depan pun tak masuk ka?”    Then,mamat ni dapat ‘cahaya petunjuk’ dari Allah. Dia suruh kawan dia (Bendahari Badar), Ghazali untuk tampar si Mughallazah ni seandainya keluar zikir2 tambahan dari mulutnya. So, straight seminggu dia makan penampar si Ghazali ni.Tapi, Alhamdulillah...

MENTAL ILLNESS

click here to watch stress video from striker17 studio Semua orang ada masalah dan melalui fasa-fasa dewasa yang berbeza. Dan apa yang sama berlaku pada setiap orang ialah tekanan atau stress. Adalah normal bagi manusia biasa termasuk juga manusia luarbiasa seperti Messi, Ronaldo dan Zlatan untuk turut merasai stress. Stress akan menyerang sesiapa sahaja tanpa mengenal umur, pangkat, harta apatah lagi mahu mengenali rakyat-rakyat marhaen. Instafamous stress dengan paid review tak bayar, fans Brazil stress tak menang World Cup, student stress dengan assignment berlambak, dan Haqiem Rusli stress kena bash. Ehh… Stress ni bukanlah suatu wabak yang terlalu bahaya sebenarnya sebab masih banyak cara untuk kita control stress. Omputih kata, “We are who we are.” Kita-lah orang yang menguasai diri kita kecuali hang kena rasuk, tu out of topic kita. Self-awareness adalah langkah penting untuk menghalang diri anda daripada stress dan membawa anda kepada depression sehingga menyebabkan dir...