Skip to main content

KUDA KEPANG

Malam minggu, aku pergi rumah atok sedara (satu kampung je) sebab anak dia baru selesai walimatul urus. Malamnya, tuan rumah tersebut mengadakan persembahan kuda kepang. Aku pun pergi bersama beberapa orang yang lain.

    Pada mulanya, pemain kuda kepang tersebut dalam keadaan biasa sahaja, namun setelah mereka menghidu asap kemenyan, mereka mula hilang kewarasan yang dikatakan badannya sudah dimasuki jin. Mereka mula bertindak seperti orang gila dan melakukan tawaf.

    Ali bertanya, “Asap apa yang dia sedut sampai jadi macam ni?”
Pian menjawab, “Asap vape.”

    Tiba-tiba,aku rasa Kementerian Kesihatan Malaysia perlu haramkan segala mak nenek dari kuda kepang,kuda laut sampailah pil kuda. Aku sendiri rasa kalau ikut qias,sepatutmya kuda kepang ni boleh jatuh hukum haram sebab memudaratkan. Maybe,boleh kita levelkan persembahan ini setaraf dadah.

   Pemain kuda kepang tersebut mula mengupas kelapa menggunakan gigi mereka dan sepupu aku begitu teruja dengan kekuatan mereka. “Cuba gantikan buah kelapa tu dengan buah durian, agak-agak jin tu nak tak kopek?”, kata Ali.

Ali bertanya lagi, “Kenapa kuda kepang ni tak diharamkan kerana memudaratkan?”

Pian menjawab menggunakan hadis, “Pasal berkuda tu sunnah.”

“Dan kuda kepang itu bida’ah”, tambah aku.


Comments

Popular posts from this blog

MAMAK DEMAND

Seperti mana rakyat Malaysia yang lain, aku juga suka lepak kedai mamak sambil menonton EPL. Cuma kemajuan di Malaysia ini juga turut mempengaruhi kemajuan kedai mamak sehingga upgrade menjadi sebuah restoran, contohnya Restoran Aliff yang bapak mahal harganya. Sewaktu aku ke JB, aku teman kawan aku makan di Terminal Bas Larkin, di sebuah kedai mamak. Masa tuh aku nak teman sarapan sebab aku pun dah sarapan di rumah. Jadi aku fikir nak makan benda ringan-ringan. Aku cuba cari sinki masa masuk sahaja ke restoran tuh. “Uncle, masa sinki?” “Sana hujung. Sebelah tangga.” Masa tuh aku nampak ada mamak tengah tebar roti canai. Lepas basuh tangan aku pun order roti canai telur satu. Masa tuh, budak yang ambil order tu umur dia macam lagi muda dari aku (maybe baru habis SPM), so dia tulis lah apa aku order sampailah dating seorang mamak nampak tua sikit cakap pada mamak lepasan SPM tuh, “Roti takdak.” Cis, baru tadi aku nampak banyak lagi roti. Saja lah tuh nak suruh order m...

RULES OF SURVIVAL

Survival  adalah satu istilah tepat untuk melambangkan keadaan aku sekarang yang kini menetap di ibu kota Kuala Lumpur. Sebagai satu  stereotype , Kuala Lumpur sering dikaitkan dengan kos sara hidup yang tinggi. Dan untuk menjaga kewangan peribadi di sini tidaklah mudah sehingga aku merasakan aku perlu mengupah anjing peliharaan di kampung (Rooney dan Totti) untuk membantu aku menjaga kewangan aku selain dua ekor anjing ni menjaga kebun di kampung. Kira anjing ni buat  part-time  la dengan aku. Nilai  survival  aku semakin meningkat apabila akhbar Berita Harian pada awal bulan Mac melaporkan isu  'Mahasiswa UM Ikat Perut' . Akibat daripada laporan itu, Menteri Pelajaran, Dato' Maszlee Malik telah turun padang ke Kolej Kediaman Dr Nazrin Shah (dibaca: Kolej 12) untuk meninjau mahasiswa UM. Mesti Dato' terkejut sebab  student  sana makan mewah kan dekat kafe tuh, sebabnya yang ikat perut tuh bukan dekat kafe Dato', tapi di dalam bilik memasak...

ADILKAH SESUATU KEADILAN?

Seringkali kita lihat dan dengar suara-suara sumbang menyatakan bahawa mereka mahu menuntut 'keadilan' dan seumpamanya. Tapi benarkah definisi adil yang kita pegang pada hari ini? Apakah definisi 'Adil' yang kita pegang? Adakah adil versi Islamis atau sekukaris? Menurut Islam, Adil itu ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya. Masih kabur dan tidak jelas? Untuk memudahkan fahaman kalian yang selama ini telah disuntik dan didoktrin dengan pelbagai bentuk definisi adil dari berbeza perspektif, adil dari segi Islam bermaksud memulangkan pada yang haq. Pada hari ini, kita anggap adil ialah sama rata. Walhal itu ialah konsep 'equality'. Adakah konsep adil dan equality adalah tidak sama? Ya, jawapannya adalah tidak sama. Sebagai contoh, seorang kanak-kanak mempunyai 4 batang aiskrim, lalu kawannya merampas 2 batang aiskrim darinya. Lantas, budak itu menangis air mata syahdu seperti seorang lelaki tertumpahkan satu-satunya maggi yang dia ada. "Hei, aiskrim in...