Skip to main content

Posts

MUAR SOMBONG

Minggu Orientasi atau Minggu Suai Kenal adalah satu perkara banal dalam memulakan kehidupan di tempat baru. Kita akan disuntik dengan doktrin-doktrin dari tempat tersebut dengan segala peraturan-peraturan tempat tersebut dengan konsep Waqi’yah. Mungkin dah termasuk dalam protocol bahawa setiap pelajar baharu akan melalui minggu orientasi dan nama orientasi itu sahaja yang divariasi seperti Minggu Silaturrahim (MISRA), Minggu Destini Siswa (MDS) dan Minggu Pengurusan Pelajar Baharu (MPPB). Disebabkan aku baru sahaja menjadi budak kolej di sebuah kolej kerajaan, maka aku pun tidak terlepas dalam mengharungi minggu yang cukup membosankan ini. Adalah juga best sikit. Tujuan utama minggu orientasi ini diadakan adalah untuk memperkenalkan penuntut di sesebuah institusi tersebut dengan misi, visi, matlamat dan undang-undang mereka. Ya, melalui minggu inilah pelajar akan didoktrin habis-habisan dengan segala mak nenek salur galur organisasi sepertimana manusia pernah dibacakan ayat-ayat T...

BERBUKA DI RUMAH LECTURER

Seperti kebanyakan orang kuat pegangan agamanya, aku juga turut melakukan puasa 6 atau dalam Bahasa baratnya ialah FAST6 . Lecturer aku yang seorang itu mengajak kami berbuka di rumahnya pada hari tersebut. Disebabkan harga makanan yang mahal di cafeteria, jadi aku pun terasa nak berjimat dengan berbuka di rumah lecturer tuh. Yelah, dia offer datang makan, siapa tak nak an? Mana tau dapat Sup Gearbox. Dalam pukul 6, aku dan beberapa ahli Fast6 yang lain pergi ke rumahnya. Disebabkan ini ialah pengalaman pertama, jadi kami mencari rumahnya berpandukan peta lukisan tangannya. Boleh tahan horrible juga lukisan lecturer aku sebab aku boleh sesat ke tingkat lain dengan peta yang dia bagi. Aku rasa kalau orang beriman guna peta dia pun boleh sesat keimanan dia. Sebagai student yang educated , aku sendiri ada cadangan bagaimana untuk memudahkan kerja kami untuk cari rumah lecturer aku. “ Sir, can you put arah mata angin in the map? Because I think, we had sir-sat. ” “Jadah ...

ROOMATE YANG RUMIT

Adh merupakan roommate aku yang nampak muka cemerlang berbanding kami yang lain disebabkan dia sahaja yang memakai spek dalam bilik nih. Bekas student SMKA ni dari luarannya tidak nampak seperti seorang Alumni SMKA dan disebabkan itulah ramai yang tak sedar bahawa mereka sedang berhadapan dengan budak sekolah agama. Sejak first kuliah bermula, aku rasa Adh adalah roommate aku yang paling rajin dan struggle habis-habisan. Kalau dia study , bukan setakat refe r dengan lecturer or kawan-kawan, sebaliknya dia siap refer subjek tersebut dari Youtube dan Google. Alhamdulillah, setakat ni Adh belum lagi selesaikan masalah seperti ‘completing the square’ dengan merujuk kitab-kitab agama.  Adh adalah orang yang paling senang aku nak kejut semasa bulan puasa. Mungkin dia ni rajin qiam kowt pagi-pagi. Tapi, lepas bulan Ramadhan, Mashaa Allah brother and sister , Adh antara insan yang sukar dikejut. Maka, benarlah syaitan diikat semasa bulan puasa. Pernah sekali tuh, aku nak kejut A...

FIRST POST IG 2017

I can't wait to go to school tomorrow, but I realized that I'm 18 now. To be honest, during 2016 I'm surround by amazing classmate. The Baiduri had Syirayusri who is the winner of Master Chef in 2012. For your information, she also beated Chef Wan and Chef Dewan Selera in final Master Chef 2012. That's why her cookings so good. Nuuurulain is a one of the student that good in  Chemistry although we didn't have any chemistry in working together. Emmanorelya is a wonderful girl and she had a twin named Husnaafiqa, but they don't have any similarities. This twin was like Earth and Sky. Emma is quite short than Husna, but the way they think always different. Yes, Emma is more matured than Husna. Muhdfitrimadom is a Mathematic specialist. He is good at calculating number and solving problem. He got an advantage from God maybe, because he also can calculate someones 'Pahala' and 'Dosa'. If Moses got Firaun as his foe, then Fitri got Izxxd as his rival.I...

SYURGA MAKANAN

Dapat jemputan makan tengahari bersama orang besar dari Puteri Pacific Hotel, Johor Bharu. Bukan senang nak jadi VIP di hotel 5 bintang. Aku cukup kagum apabila ada Caucassion gelar Malaysia ni "Heaven of Food". Ramai tourist dari Afrika, Amerika bahkan Eropah akan terkejut melihat variasi aneka makanan daripada setiap bangsa. Saya pun tumpang bangga kerana Malaysia bukan sahaja terkenal di kalangan Tourist keranan Makanan, bahkan Malaysia menduduki ranking ke-3 di Asia sebagai penduduk yang obes. Bukan senang  kita nak dapat ranking no.3 sebab ranking bolasepak negara yang dikeluarkan FIFA bulan ini menunjukkan kita masih di ranking ke-161. Aku akui bahawa rakyat Malaysia sangat suka makan sehingga ramai wanita yang bela jin. Sebab ramai kawan aku yang perempuan especially, makan macam Jin tapi badan sekeping je. Memang sah dia bela jin. Malaysia ada banyak jenis makanan seperti yang popular ialah Sate, Nasi Lemak dan Roti Canai. Tetapi, selera orang Malaysia sedikit...

SPECIAL

Lepas siap membeli barang dapur, aku rasa lapar gila sebab tak makan dari tengahari. So, aku usha ada satu food truck jual burger berdekatan simpang empat di Benut. Meriah jugaklah tempat di situ sebab ramai orang dan lampu berwarna-warni menghias malam yang kelam itu. “Abang, burger apa ada?” “Tengok kat board tu dik.” “Oh, burger rusa satu bang. Tambah cheese .” “Burger rusa takde dik.” “Okay, kalau camtu bagi burger arnab satu. Tambah cheese .” “Arnab baru habis dik.” “Burger daging bang?” “Daging pon habis.” Sungguh hambar permainan abang tuh. Tadi suruh aku tengok menu dekat board , sekarang semua habis. Apa punya peniaga lah troll customer sendiri. Haih. “Burger ayam ada bang?” “Ada. Nak biasa atau special ?” “Kalau special tambah apa? Cheese ker?” “Eh tak. Special ada telor je.” … Sementara menunggu waktu berbuka lagi 2 jam. So aku pusing-pusing cari bazaar Ramadhan. Bukan selalu pergi bazaar nih, so aku pun grab peluang sementara a...

MEMANAH SUNNAH

Pagi lagi kami sudah keluar rumah sebab kami nak lepak di Berjaya Times Square, satu pusat membeli-belah yang maha dahsyat besarnya. Bangunan yang lebih 5 tingkat itu kelihatan seperti sebuah hotel dari luar. Seni binanya kelihatan membosankan kerana kelihatan seperti bangunan-bangunan lain di Kuala Lumpur. Bila berada di Kuala Lumpur, ada 2 benda yang aku tertanya-tanya dari zaman aku makan tahi cicak dekat sudut rumah sebab belum mumaiyiz sampailah zaman aku dah habis graduate. 1.        Kenapa orang masih terhegeh-hegeh nak pergi KLCC sedangkan KLCC hanyalah sebuah pejabat. 2.        Kenapa ramai orang pergi ke Suria KLCC sedangkan harga barang di sana sangatlah mahal dan hanya mampu dibeli oleh pelancong dan pak menteri di Malaysia. Masa aku masuk ke Berjaya Times Square, tiada bait terindah yang dapat aku ucapkan sebab ruang dalamannya itu persis sekali seperti mana-mana shopping complex yang lain. Aku pun sampai ...