Skip to main content

Posts

Kisah Al-Quran

Pendidikan agama diakui sangat penting bagi anak-anak muda dan perlu dipupuk sekitar usia 6 tahun. Pendidikan agama yang paling mudah ialah dengan menerapkan elemen-elemen Al-Quran di dalam jiwa anak-anak muda yang kosong itu. Banyak program-program yang ibu bapa boleh galakkan untuk anak-anak sertai di usia muda mereka seperti Kem TaHa, Kelab Ansar dan sebagainya. Even, aku sendiri tak sertai kelab-kelab macam itu sewaktu aku masih belum baligh kerana sibuk dengan kelab badminton di sekolah. Aku sendiri dididik dengan al-Quran seawal usia 5 tahun oleh atuk aku sendiri. Waktu tuh aku baca muqaddam pun dah belajar fly weh, tak payah tunggu masuk asrama nak main fly-fly nih. Pernah sekali aku nyorok bawah rumah sebab nak elak daripada mengaji. Then , nenek aku pi momokkan aku dengan hantu tetek. Yelah, masa kecik memanglah takut dengan hantu tetek, dah besar nih kadang-kadang terasa nak usha jugak rupa hantu tetek nih. Kehebatan aku fly mengaji menyebabkan atuk aku putus asa ...

PENEROKA FELDA VS PEKEBUN

Setiap kali aku mendengar perkataan Felda, aku pasti akan imagine kelapa sawit, FGV dan sekutu-sekutunya. Entah mengapa benda itu dah jadi norma dalam hidup aku untuk mengaitkan Felda dengan kelapa sawit. Pernah sekali aku ditemu ramah oleh pegawai FGV yang menjalankan kajian kelapa sawit di Felda Tekam, bertanya tentang apa yang aku tahu tentang Felda? First time kot aku di ‘interview’ untuk masuk majalah FGV. “Encik nampaknya peserta paling muda dalam rombongan ini. Jadi apa yang encik tahu tentang Felda” “Err tak banyak yang saya tahu sebenarnya.” “Takpe, encik sebut sahaja apa yang terlintas di kepala encik apabila ditanya tentang Felda.” “Okay. Saya akan imagine ladang kelapa sawit yang besar, minyak sawit dan pekerja sawit?” “Adakah semua berkaitan sawit sahaja semata-mata yang encik bayangkan?” “D-Mart?” “Oh, satu pengetahuan yang bagus? Lain?” “Felda United?”           Itulah 5 minit yang memalukan aku pernah lalui apabila dite...

BARAN SPM'17

           Semasa berlangsungnya Sijil Pelajaran Malaysia 2017, entah mengapa aku terasa nak gelak dengar keluhan para junior aku yang amat aku kasihi. Begitu banyak komen-komen daripada pelajar dan ibu bapa sendiri sehingga aku tak boleh bezakan mana satu kehidupan dan mana satu peti cadangan. But, actually it's normal-lah kalau calon-calon ni mula mempersoalkan tentang soalan SPM. Kau yang dulu ambil SPM pun mesti ada tak puas hati kan dengan Lembaga Peperiksaan Malaysia. Ya, kerana mereka lembaga jadi mereka sedikit dengki dengan kita-kita sebagai calon. Korang bolehlah label Lembaga Peperiksaan tu sebagai haters nombor satu kot.              Aku dekah bila buka socmed aku dan terjumpa video dari seorang Youtuber (Arwind Kumar) tentang soalan-soalan SPM yang dikatakan tidak relevan. Aku sendiri bila tengok soalan SPM tuh, takdelah susah mana terutama sejarah. Bahagian KBAT dia tu cuma perlukan pembacaan meluas tapi it...

DAKWAH SUKAN

Betul ker ada “Dakwah Melalui Sukan”? Meh sini aku share. Dakwah pada zaman millenium ini perlukan pelbagai strategi terutama dalam menarik minat [1]mad’u. Ada masa kita perlu jadi kelakar (macam Hafizuddin),tegas dan selamba serta santai.   Jadi, bagaimana nak dakwah melalui SUKAN? Senang jer. Meh sini aku kongsi satu cerita realiti: Terdapat seorang kawan aku ni (bagi nama kat mamat ni ‘Mughallazah’) minat giler main bolasepak.Tapi,bila dia main mesti dia dapat saham dosa. Pasal ape? Sebab bila dia main bolasepak jer,akan terungkap zikir2 yang Imam Hassan al-Banna tak pernah ajar. Contohnya, “B**i betoi,apasal tak masuk gol pulak!” “B***h Si.Al (Silicon Aluminium), sepak depan-depan pun tak masuk ka?”    Then,mamat ni dapat ‘cahaya petunjuk’ dari Allah. Dia suruh kawan dia (Bendahari Badar), Ghazali untuk tampar si Mughallazah ni seandainya keluar zikir2 tambahan dari mulutnya. So, straight seminggu dia makan penampar si Ghazali ni.Tapi, Alhamdulillah...

FITNAH HANTU AKHIR ZAMAN

Sewaktu bersarapan, aku melihat berita semasa di TV3. “Nahas ngeri di Karak”. Then, diorang buka cerita mengenai jalan Karak yang dikatakan berhantu. Perbualan tersebut tidak disempitkan terhadap Jalan Karak semata-mata, malah turut membabitkan pengalaman masing-masing. Ijam cerita, “Aku pernah naik motor eksiden sebab kena kejar dengan pontianak.” Khai turut bercerita, “Aku lagi teruk, hampir langgar sebuah bas sebab nampak hantu atas bumbung kereta orang.”    Saat aku mendengar cerita mereka, aku tak tahu nak kasihan pada siapa. Sama ada mahu kesian pada kawan aku yang terlibat kemalangan ataupun hantu-hantu di luar sana yang sering menjadi mangsa fitnah manusia di luar sana. Kadang-kadang bukan salah hantu pun, tetapi secara logiknya takkan hero jalanan atau mat rempit nak ngaku dia eksiden sebab tengah korek hidung masa bawa motor, nanti malu. So, cerita hantu pun diguna pakai untuk menutup segala lubang keaiban diri. Mangsanya ialah hantu kerana dituduh mengg...

KUDA KEPANG

Malam minggu, aku pergi rumah atok sedara (satu kampung je) sebab anak dia baru selesai walimatul urus. Malamnya, tuan rumah tersebut mengadakan persembahan kuda kepang. Aku pun pergi bersama beberapa orang yang lain.     Pada mulanya, pemain kuda kepang tersebut dalam keadaan biasa sahaja, namun setelah mereka menghidu asap kemenyan, mereka mula hilang kewarasan yang dikatakan badannya sudah dimasuki jin. Mereka mula bertindak seperti orang gila dan melakukan tawaf.     Ali bertanya, “Asap apa yang dia sedut sampai jadi macam ni?” Pian menjawab, “Asap vape.”     Tiba-tiba,aku rasa Kementerian Kesihatan Malaysia perlu haramkan segala mak nenek dari kuda kepang,kuda laut sampailah pil kuda. Aku sendiri rasa kalau ikut qias,sepatutmya kuda kepang ni boleh jatuh hukum haram sebab memudaratkan. Maybe,boleh kita levelkan persembahan ini setaraf dadah.    Pemain kuda kepang tersebut mula mengupas kelapa menggunakan gigi mereka dan s...

NILAI KAWAN GST

Kawan atau sahabat  adalah satu persamaan. Menurut Douney Mckeenzneey Keen, sahabat boleh diertikan sebagai  sebuah perhubungan yang membawa erti saling mengambil berat seorang akan yang lain. persahabatan itu juga sering membawa seseorang itu ke dunia remaja yang menuntut individu itu sendiri untuk mengambil keputusan penting, yang mana keputusan itu melibatkan siapa mereka di mata sahabat-sahabatnya juga memperlihatkan keperibadian mereka secara dewasa, meskipun mereka baharu berusia 13 tahun. Tapi dalam erti mudah buat geng raver macam korang, sahabat itu ialah member korang yang sehidup semati dengan korang. Haaa, tu diaa...       Setiap orang ada sahabat, dan lumrah untuk seseorang itu bersahabat dengan orang lain. Cuma bezanya hanya dari perilaku sahabat tersebut sama ada baik ataupun buruk. Aku ada beberapa orang sahabat yang aku sayang gila masa belajar di MRSM dahulu, iaitu Mukmin, Muhaimin, Amri, Afiq dan Haziq. Boleh katakan, kalau aku hilang 5 ekor...