Skip to main content

Posts

DAKWAH SUKAN

Betul ker ada “Dakwah Melalui Sukan”? Meh sini aku share. Dakwah pada zaman millenium ini perlukan pelbagai strategi terutama dalam menarik minat [1]mad’u. Ada masa kita perlu jadi kelakar (macam Hafizuddin),tegas dan selamba serta santai.   Jadi, bagaimana nak dakwah melalui SUKAN? Senang jer. Meh sini aku kongsi satu cerita realiti: Terdapat seorang kawan aku ni (bagi nama kat mamat ni ‘Mughallazah’) minat giler main bolasepak.Tapi,bila dia main mesti dia dapat saham dosa. Pasal ape? Sebab bila dia main bolasepak jer,akan terungkap zikir2 yang Imam Hassan al-Banna tak pernah ajar. Contohnya, “B**i betoi,apasal tak masuk gol pulak!” “B***h Si.Al (Silicon Aluminium), sepak depan-depan pun tak masuk ka?”    Then,mamat ni dapat ‘cahaya petunjuk’ dari Allah. Dia suruh kawan dia (Bendahari Badar), Ghazali untuk tampar si Mughallazah ni seandainya keluar zikir2 tambahan dari mulutnya. So, straight seminggu dia makan penampar si Ghazali ni.Tapi, Alhamdulillah...

FITNAH HANTU AKHIR ZAMAN

Sewaktu bersarapan, aku melihat berita semasa di TV3. “Nahas ngeri di Karak”. Then, diorang buka cerita mengenai jalan Karak yang dikatakan berhantu. Perbualan tersebut tidak disempitkan terhadap Jalan Karak semata-mata, malah turut membabitkan pengalaman masing-masing. Ijam cerita, “Aku pernah naik motor eksiden sebab kena kejar dengan pontianak.” Khai turut bercerita, “Aku lagi teruk, hampir langgar sebuah bas sebab nampak hantu atas bumbung kereta orang.”    Saat aku mendengar cerita mereka, aku tak tahu nak kasihan pada siapa. Sama ada mahu kesian pada kawan aku yang terlibat kemalangan ataupun hantu-hantu di luar sana yang sering menjadi mangsa fitnah manusia di luar sana. Kadang-kadang bukan salah hantu pun, tetapi secara logiknya takkan hero jalanan atau mat rempit nak ngaku dia eksiden sebab tengah korek hidung masa bawa motor, nanti malu. So, cerita hantu pun diguna pakai untuk menutup segala lubang keaiban diri. Mangsanya ialah hantu kerana dituduh mengg...

KUDA KEPANG

Malam minggu, aku pergi rumah atok sedara (satu kampung je) sebab anak dia baru selesai walimatul urus. Malamnya, tuan rumah tersebut mengadakan persembahan kuda kepang. Aku pun pergi bersama beberapa orang yang lain.     Pada mulanya, pemain kuda kepang tersebut dalam keadaan biasa sahaja, namun setelah mereka menghidu asap kemenyan, mereka mula hilang kewarasan yang dikatakan badannya sudah dimasuki jin. Mereka mula bertindak seperti orang gila dan melakukan tawaf.     Ali bertanya, “Asap apa yang dia sedut sampai jadi macam ni?” Pian menjawab, “Asap vape.”     Tiba-tiba,aku rasa Kementerian Kesihatan Malaysia perlu haramkan segala mak nenek dari kuda kepang,kuda laut sampailah pil kuda. Aku sendiri rasa kalau ikut qias,sepatutmya kuda kepang ni boleh jatuh hukum haram sebab memudaratkan. Maybe,boleh kita levelkan persembahan ini setaraf dadah.    Pemain kuda kepang tersebut mula mengupas kelapa menggunakan gigi mereka dan s...

NILAI KAWAN GST

Kawan atau sahabat  adalah satu persamaan. Menurut Douney Mckeenzneey Keen, sahabat boleh diertikan sebagai  sebuah perhubungan yang membawa erti saling mengambil berat seorang akan yang lain. persahabatan itu juga sering membawa seseorang itu ke dunia remaja yang menuntut individu itu sendiri untuk mengambil keputusan penting, yang mana keputusan itu melibatkan siapa mereka di mata sahabat-sahabatnya juga memperlihatkan keperibadian mereka secara dewasa, meskipun mereka baharu berusia 13 tahun. Tapi dalam erti mudah buat geng raver macam korang, sahabat itu ialah member korang yang sehidup semati dengan korang. Haaa, tu diaa...       Setiap orang ada sahabat, dan lumrah untuk seseorang itu bersahabat dengan orang lain. Cuma bezanya hanya dari perilaku sahabat tersebut sama ada baik ataupun buruk. Aku ada beberapa orang sahabat yang aku sayang gila masa belajar di MRSM dahulu, iaitu Mukmin, Muhaimin, Amri, Afiq dan Haziq. Boleh katakan, kalau aku hilang 5 ekor...

YOUTUBERS

Aku bukanlah artis terkenal mahupun seorang public figure . Tetapi, ramai je yang gatal nak label aku ni artis celop. Hahaha, kau fikir aku kisah? Menjadi seorang artis bukanlah tujuan utama aku bila aku buat video di Youtube. Sebaliknya lebih kepada satu medium untuk aku menghampiri masyarakat. Then, haters gonna said, "Nak pi reach people, pergilah join charity program ."        But, my mad'u bukanlah atuk nenek yang duduk di rumah menantikan si Tanggang macam kau, tetapi sasaran utama untuk aku reach masyarakat ialah golongan Generasi Y yang hampir 90% kehidupan mereka itu ialah bersama smartphone . Aku sendiri tidak menafikan bahawa nilai moral generasi muda kini amat membimbangkan kerana gejala sosial yang berlaku di negara ini cukup untuk kita bimbangi. Aku sendiri insecured kowt bila dapat tahu kes kebakaran Tahfiz di jalan Keramat itu dirancang oleh pelajar bawah umur. Aku umur 12 tahun masih belum akil baligh dan sibuk kumpul komik Naruto. Late...

MUAR SOMBONG

Minggu Orientasi atau Minggu Suai Kenal adalah satu perkara banal dalam memulakan kehidupan di tempat baru. Kita akan disuntik dengan doktrin-doktrin dari tempat tersebut dengan segala peraturan-peraturan tempat tersebut dengan konsep Waqi’yah. Mungkin dah termasuk dalam protocol bahawa setiap pelajar baharu akan melalui minggu orientasi dan nama orientasi itu sahaja yang divariasi seperti Minggu Silaturrahim (MISRA), Minggu Destini Siswa (MDS) dan Minggu Pengurusan Pelajar Baharu (MPPB). Disebabkan aku baru sahaja menjadi budak kolej di sebuah kolej kerajaan, maka aku pun tidak terlepas dalam mengharungi minggu yang cukup membosankan ini. Adalah juga best sikit. Tujuan utama minggu orientasi ini diadakan adalah untuk memperkenalkan penuntut di sesebuah institusi tersebut dengan misi, visi, matlamat dan undang-undang mereka. Ya, melalui minggu inilah pelajar akan didoktrin habis-habisan dengan segala mak nenek salur galur organisasi sepertimana manusia pernah dibacakan ayat-ayat T...

BERBUKA DI RUMAH LECTURER

Seperti kebanyakan orang kuat pegangan agamanya, aku juga turut melakukan puasa 6 atau dalam Bahasa baratnya ialah FAST6 . Lecturer aku yang seorang itu mengajak kami berbuka di rumahnya pada hari tersebut. Disebabkan harga makanan yang mahal di cafeteria, jadi aku pun terasa nak berjimat dengan berbuka di rumah lecturer tuh. Yelah, dia offer datang makan, siapa tak nak an? Mana tau dapat Sup Gearbox. Dalam pukul 6, aku dan beberapa ahli Fast6 yang lain pergi ke rumahnya. Disebabkan ini ialah pengalaman pertama, jadi kami mencari rumahnya berpandukan peta lukisan tangannya. Boleh tahan horrible juga lukisan lecturer aku sebab aku boleh sesat ke tingkat lain dengan peta yang dia bagi. Aku rasa kalau orang beriman guna peta dia pun boleh sesat keimanan dia. Sebagai student yang educated , aku sendiri ada cadangan bagaimana untuk memudahkan kerja kami untuk cari rumah lecturer aku. “ Sir, can you put arah mata angin in the map? Because I think, we had sir-sat. ” “Jadah ...