Skip to main content

Posts

GEMUK

Body shaming ni bukanlah perkara baru sebenarnya, sebab atok nenek kita dah lama buat body shaming yang kita sendiri tak perasan. Bukanlah kita tak perasan sebenarnya, tapi kita tidak terlalu sensitive dengan body shaming ketika itu kerana anggap ia sebagai perkara enteng. Berbeza pada masa kini, aku rasa budak sekarang sedang dalam proses nak explore dunia baru mereka, nak menonjolkan diri mereka menerusi Idola Kecil, Bintang Mencari Bintang serta Mentor. Mereka sangat-sangat memerlukan confident yang tinggi dan body shaming adalah perkara yang menjatuhkan keyakinan mereka yang mereka telah bina setinggi Burj Khalifa. “Muka hang macam bulan doe.” “Awat hang gemok sangat? Mengandung ka? Kembaq?” “Wei, hidung hang asal kempis? Mata sepet? Anak Jepun ka?” Well, that’s common question yang biasa didengari telinga dan halwa orang yang gemuk, muka gelap, muka berjerawat dan segala macam lagi kekurangan. Bukanlah seseorang itu mahu dilahirkan dengan kulit yang gelap. Mereka tid...

MENTAL ILLNESS

click here to watch stress video from striker17 studio Semua orang ada masalah dan melalui fasa-fasa dewasa yang berbeza. Dan apa yang sama berlaku pada setiap orang ialah tekanan atau stress. Adalah normal bagi manusia biasa termasuk juga manusia luarbiasa seperti Messi, Ronaldo dan Zlatan untuk turut merasai stress. Stress akan menyerang sesiapa sahaja tanpa mengenal umur, pangkat, harta apatah lagi mahu mengenali rakyat-rakyat marhaen. Instafamous stress dengan paid review tak bayar, fans Brazil stress tak menang World Cup, student stress dengan assignment berlambak, dan Haqiem Rusli stress kena bash. Ehh… Stress ni bukanlah suatu wabak yang terlalu bahaya sebenarnya sebab masih banyak cara untuk kita control stress. Omputih kata, “We are who we are.” Kita-lah orang yang menguasai diri kita kecuali hang kena rasuk, tu out of topic kita. Self-awareness adalah langkah penting untuk menghalang diri anda daripada stress dan membawa anda kepada depression sehingga menyebabkan dir...

MAMAK DEMAND

Seperti mana rakyat Malaysia yang lain, aku juga suka lepak kedai mamak sambil menonton EPL. Cuma kemajuan di Malaysia ini juga turut mempengaruhi kemajuan kedai mamak sehingga upgrade menjadi sebuah restoran, contohnya Restoran Aliff yang bapak mahal harganya. Sewaktu aku ke JB, aku teman kawan aku makan di Terminal Bas Larkin, di sebuah kedai mamak. Masa tuh aku nak teman sarapan sebab aku pun dah sarapan di rumah. Jadi aku fikir nak makan benda ringan-ringan. Aku cuba cari sinki masa masuk sahaja ke restoran tuh. “Uncle, masa sinki?” “Sana hujung. Sebelah tangga.” Masa tuh aku nampak ada mamak tengah tebar roti canai. Lepas basuh tangan aku pun order roti canai telur satu. Masa tuh, budak yang ambil order tu umur dia macam lagi muda dari aku (maybe baru habis SPM), so dia tulis lah apa aku order sampailah dating seorang mamak nampak tua sikit cakap pada mamak lepasan SPM tuh, “Roti takdak.” Cis, baru tadi aku nampak banyak lagi roti. Saja lah tuh nak suruh order m...

Google Maps 2.0

Lepak di Johor Bahru adalah aktiviti normal aku tiap kali dapat cuti. Aku suka gila bau udara JB walaupun aku dibesarkan dengan udara kampung yang bercampur dengan asap bakar sampah dari perbuatan nenek aku. Banyak kali juga pak cik aku tanya, antara tinggal di bandar dengan kampung, mana lagi best? Soalan-soalan beginilah yang aku paling tak suka. Aku suka tinggal di kampung sebab banyak tempat natural yang aku boleh pergi, such as panjat pokok pulasan (tempat aku ponteng puasa masa kecik-kecik), main dengan Rooney dan Totti (anjing yang ditugaskan jaga kebun) dan main bola. But, I love my life in JB because banyak tempat maju untuk aku explore. Kadang-kadang aku sendiri rasa aku tak layak duduk di Pontian sebab aku sendiri pernah dibatalkan penyertaan untuk masuk Liga Bolasepak Pontian semata-mata aku dilahirkan di Johor Bharu. Normally aku akan ke JB dari Pontian dengan menaiki bas. Tapi, suatu hari member aku ajak naik dia pergi ke JB. Member aku jenis anak jati Pontian yang m...

PENDIDIKAN MALAYSIA

Assignment adalah benda yang mengganggu ketenteraman anak Melayu khususnya di hujung minggu dan juga pada cuti panjang. Selain mengganggu anak Melayu, ia juga banyak menyebabkan student-student ini menjadi lebih kreatif dan inovatif terutama apabila berusaha menyiapkan assignment tersebut pada masa-masa terakhir. So, no wonder-lah system pendidikan di Malaysia ini mampu melahirkan generasi kreatif yang akan mencipta teknologi kereta terbang pada 2020 sepertimana digambarkan oleh kebanyakan anak muda termasuk aku yang belasan tahun ketika itu. I have no doubt when people said Malaysian Education System is the worst. But, if you referring to other country like Japan or America, you will conclude something like that. And if you’re comparing our education with Sri Lanka, Macau etc, you will surely come up with something different. Sebenarnya tak perlu pun compare satu perkara dengan perkara yang lain untuk memburukkan satu benda yang lain, sebab kau hanya akan memburukkan imej sesuatu...

WEEKEND

Waking up on weekend is the best routine ever in Johore Matriculation College (JMC). Sleep late at night (padahal awal pagi baru tidoq), playing FIFA, listening to our favourite song (held an illegal concert above felo’s house) and other funny activities. Boys is always simple and I loved my life right now in this college. The cool crisp Friday morning was full with bless as we start our day with Subuh Prayer, Al-kahfi, Surah Sajdah etc. Early in the morning, basically I will completing half of my assignment while my friends will continue with their sleeping till 9 or 10AM. A very productive day as a student, I think. One day, my English teacher said that she gonna make a class to show us video of MUET Speaking. And the class isn’t compulsory. But, rather than I waste my time talking with dead bodies (sleeping beauty), so I decided to attend the class to get new experience. When I came to the lecture hall sharp at 10.30AM, I saw she was busy setting up the PC. So, my friends a...

BERDIALOG DENGAN EKSTREMIS

Kejumudan seseorang dalam agama mampu memberikan cabaran buat para tok imam, bilal-bilal dan para agamawan yang lain. Namun, ketaksuban dalam agama pula akan membuatkan kau terpaksa berhadapan dengan Zakir Naik untuk berdiskusi secara aman dan betulkan balik fahaman kau yang ekstremis. Agama yang syumul ini sering disalah erti dan penganutnya mula berpecah-belah kepada puak ekstremis, liberal, sekular, sunni dan bida’ah umumnya. Even, Nabi Muhammad pernah bersabda, “Demi Tuhan yang jiwa Muhammad di dalam kekuasaanNya, umatku akan berpecah kepada 73 golongan, maka satu golongan masuk syurga dan 72 golongan yang lain masuk neraka.” [HR At-Tabrani] Jika Aisyah pernah difitnah berlaku curang pada Nabi, aku sendiri pernah dituduh sekular oleh sahabat aku sendiri dan dituduh sesat oleh orang kampung. Aku kuat berpegang pada 2 kompas akhir zaman, mana mungkin aku sesat. Aku bukan sesat tapi maybe masa tuh aku confuse. Confuse sama ada nak bercakap direct agar semua orang faham at...