Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2017

DAKWAH SUKAN

Betul ker ada “Dakwah Melalui Sukan”? Meh sini aku share. Dakwah pada zaman millenium ini perlukan pelbagai strategi terutama dalam menarik minat [1]mad’u. Ada masa kita perlu jadi kelakar (macam Hafizuddin),tegas dan selamba serta santai.   Jadi, bagaimana nak dakwah melalui SUKAN? Senang jer. Meh sini aku kongsi satu cerita realiti: Terdapat seorang kawan aku ni (bagi nama kat mamat ni ‘Mughallazah’) minat giler main bolasepak.Tapi,bila dia main mesti dia dapat saham dosa. Pasal ape? Sebab bila dia main bolasepak jer,akan terungkap zikir2 yang Imam Hassan al-Banna tak pernah ajar. Contohnya, “B**i betoi,apasal tak masuk gol pulak!” “B***h Si.Al (Silicon Aluminium), sepak depan-depan pun tak masuk ka?”    Then,mamat ni dapat ‘cahaya petunjuk’ dari Allah. Dia suruh kawan dia (Bendahari Badar), Ghazali untuk tampar si Mughallazah ni seandainya keluar zikir2 tambahan dari mulutnya. So, straight seminggu dia makan penampar si Ghazali ni.Tapi, Alhamdulillah minggu depan

FITNAH HANTU AKHIR ZAMAN

Sewaktu bersarapan, aku melihat berita semasa di TV3. “Nahas ngeri di Karak”. Then, diorang buka cerita mengenai jalan Karak yang dikatakan berhantu. Perbualan tersebut tidak disempitkan terhadap Jalan Karak semata-mata, malah turut membabitkan pengalaman masing-masing. Ijam cerita, “Aku pernah naik motor eksiden sebab kena kejar dengan pontianak.” Khai turut bercerita, “Aku lagi teruk, hampir langgar sebuah bas sebab nampak hantu atas bumbung kereta orang.”    Saat aku mendengar cerita mereka, aku tak tahu nak kasihan pada siapa. Sama ada mahu kesian pada kawan aku yang terlibat kemalangan ataupun hantu-hantu di luar sana yang sering menjadi mangsa fitnah manusia di luar sana. Kadang-kadang bukan salah hantu pun, tetapi secara logiknya takkan hero jalanan atau mat rempit nak ngaku dia eksiden sebab tengah korek hidung masa bawa motor, nanti malu. So, cerita hantu pun diguna pakai untuk menutup segala lubang keaiban diri. Mangsanya ialah hantu kerana dituduh mengganggu pen

KUDA KEPANG

Malam minggu, aku pergi rumah atok sedara (satu kampung je) sebab anak dia baru selesai walimatul urus. Malamnya, tuan rumah tersebut mengadakan persembahan kuda kepang. Aku pun pergi bersama beberapa orang yang lain.     Pada mulanya, pemain kuda kepang tersebut dalam keadaan biasa sahaja, namun setelah mereka menghidu asap kemenyan, mereka mula hilang kewarasan yang dikatakan badannya sudah dimasuki jin. Mereka mula bertindak seperti orang gila dan melakukan tawaf.     Ali bertanya, “Asap apa yang dia sedut sampai jadi macam ni?” Pian menjawab, “Asap vape.”     Tiba-tiba,aku rasa Kementerian Kesihatan Malaysia perlu haramkan segala mak nenek dari kuda kepang,kuda laut sampailah pil kuda. Aku sendiri rasa kalau ikut qias,sepatutmya kuda kepang ni boleh jatuh hukum haram sebab memudaratkan. Maybe,boleh kita levelkan persembahan ini setaraf dadah.    Pemain kuda kepang tersebut mula mengupas kelapa menggunakan gigi mereka dan sepupu aku begitu teruja dengan kekuatan