Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2017

MUAR SOMBONG

Minggu Orientasi atau Minggu Suai Kenal adalah satu perkara banal dalam memulakan kehidupan di tempat baru. Kita akan disuntik dengan doktrin-doktrin dari tempat tersebut dengan segala peraturan-peraturan tempat tersebut dengan konsep Waqi’yah. Mungkin dah termasuk dalam protocol bahawa setiap pelajar baharu akan melalui minggu orientasi dan nama orientasi itu sahaja yang divariasi seperti Minggu Silaturrahim (MISRA), Minggu Destini Siswa (MDS) dan Minggu Pengurusan Pelajar Baharu (MPPB). Disebabkan aku baru sahaja menjadi budak kolej di sebuah kolej kerajaan, maka aku pun tidak terlepas dalam mengharungi minggu yang cukup membosankan ini. Adalah juga best sikit. Tujuan utama minggu orientasi ini diadakan adalah untuk memperkenalkan penuntut di sesebuah institusi tersebut dengan misi, visi, matlamat dan undang-undang mereka. Ya, melalui minggu inilah pelajar akan didoktrin habis-habisan dengan segala mak nenek salur galur organisasi sepertimana manusia pernah dibacakan ayat-ayat T

BERBUKA DI RUMAH LECTURER

Seperti kebanyakan orang kuat pegangan agamanya, aku juga turut melakukan puasa 6 atau dalam Bahasa baratnya ialah FAST6 . Lecturer aku yang seorang itu mengajak kami berbuka di rumahnya pada hari tersebut. Disebabkan harga makanan yang mahal di cafeteria, jadi aku pun terasa nak berjimat dengan berbuka di rumah lecturer tuh. Yelah, dia offer datang makan, siapa tak nak an? Mana tau dapat Sup Gearbox. Dalam pukul 6, aku dan beberapa ahli Fast6 yang lain pergi ke rumahnya. Disebabkan ini ialah pengalaman pertama, jadi kami mencari rumahnya berpandukan peta lukisan tangannya. Boleh tahan horrible juga lukisan lecturer aku sebab aku boleh sesat ke tingkat lain dengan peta yang dia bagi. Aku rasa kalau orang beriman guna peta dia pun boleh sesat keimanan dia. Sebagai student yang educated , aku sendiri ada cadangan bagaimana untuk memudahkan kerja kami untuk cari rumah lecturer aku. “ Sir, can you put arah mata angin in the map? Because I think, we had sir-sat. ” “Jadah

ROOMATE YANG RUMIT

Adh merupakan roommate aku yang nampak muka cemerlang berbanding kami yang lain disebabkan dia sahaja yang memakai spek dalam bilik nih. Bekas student SMKA ni dari luarannya tidak nampak seperti seorang Alumni SMKA dan disebabkan itulah ramai yang tak sedar bahawa mereka sedang berhadapan dengan budak sekolah agama. Sejak first kuliah bermula, aku rasa Adh adalah roommate aku yang paling rajin dan struggle habis-habisan. Kalau dia study , bukan setakat refe r dengan lecturer or kawan-kawan, sebaliknya dia siap refer subjek tersebut dari Youtube dan Google. Alhamdulillah, setakat ni Adh belum lagi selesaikan masalah seperti ‘completing the square’ dengan merujuk kitab-kitab agama.  Adh adalah orang yang paling senang aku nak kejut semasa bulan puasa. Mungkin dia ni rajin qiam kowt pagi-pagi. Tapi, lepas bulan Ramadhan, Mashaa Allah brother and sister , Adh antara insan yang sukar dikejut. Maka, benarlah syaitan diikat semasa bulan puasa. Pernah sekali tuh, aku nak kejut Adh s