Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2018

MAMAK DEMAND

Seperti mana rakyat Malaysia yang lain, aku juga suka lepak kedai mamak sambil menonton EPL. Cuma kemajuan di Malaysia ini juga turut mempengaruhi kemajuan kedai mamak sehingga upgrade menjadi sebuah restoran, contohnya Restoran Aliff yang bapak mahal harganya. Sewaktu aku ke JB, aku teman kawan aku makan di Terminal Bas Larkin, di sebuah kedai mamak. Masa tuh aku nak teman sarapan sebab aku pun dah sarapan di rumah. Jadi aku fikir nak makan benda ringan-ringan. Aku cuba cari sinki masa masuk sahaja ke restoran tuh. “Uncle, masa sinki?” “Sana hujung. Sebelah tangga.” Masa tuh aku nampak ada mamak tengah tebar roti canai. Lepas basuh tangan aku pun order roti canai telur satu. Masa tuh, budak yang ambil order tu umur dia macam lagi muda dari aku (maybe baru habis SPM), so dia tulis lah apa aku order sampailah dating seorang mamak nampak tua sikit cakap pada mamak lepasan SPM tuh, “Roti takdak.” Cis, baru tadi aku nampak banyak lagi roti. Saja lah tuh nak suruh order m

Google Maps 2.0

Lepak di Johor Bahru adalah aktiviti normal aku tiap kali dapat cuti. Aku suka gila bau udara JB walaupun aku dibesarkan dengan udara kampung yang bercampur dengan asap bakar sampah dari perbuatan nenek aku. Banyak kali juga pak cik aku tanya, antara tinggal di bandar dengan kampung, mana lagi best? Soalan-soalan beginilah yang aku paling tak suka. Aku suka tinggal di kampung sebab banyak tempat natural yang aku boleh pergi, such as panjat pokok pulasan (tempat aku ponteng puasa masa kecik-kecik), main dengan Rooney dan Totti (anjing yang ditugaskan jaga kebun) dan main bola. But, I love my life in JB because banyak tempat maju untuk aku explore. Kadang-kadang aku sendiri rasa aku tak layak duduk di Pontian sebab aku sendiri pernah dibatalkan penyertaan untuk masuk Liga Bolasepak Pontian semata-mata aku dilahirkan di Johor Bharu. Normally aku akan ke JB dari Pontian dengan menaiki bas. Tapi, suatu hari member aku ajak naik dia pergi ke JB. Member aku jenis anak jati Pontian yang m

PENDIDIKAN MALAYSIA

Assignment adalah benda yang mengganggu ketenteraman anak Melayu khususnya di hujung minggu dan juga pada cuti panjang. Selain mengganggu anak Melayu, ia juga banyak menyebabkan student-student ini menjadi lebih kreatif dan inovatif terutama apabila berusaha menyiapkan assignment tersebut pada masa-masa terakhir. So, no wonder-lah system pendidikan di Malaysia ini mampu melahirkan generasi kreatif yang akan mencipta teknologi kereta terbang pada 2020 sepertimana digambarkan oleh kebanyakan anak muda termasuk aku yang belasan tahun ketika itu. I have no doubt when people said Malaysian Education System is the worst. But, if you referring to other country like Japan or America, you will conclude something like that. And if you’re comparing our education with Sri Lanka, Macau etc, you will surely come up with something different. Sebenarnya tak perlu pun compare satu perkara dengan perkara yang lain untuk memburukkan satu benda yang lain, sebab kau hanya akan memburukkan imej sesuatu