Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2017

FIRST POST IG 2017

I can't wait to go to school tomorrow, but I realized that I'm 18 now. To be honest, during 2016 I'm surround by amazing classmate. The Baiduri had Syirayusri who is the winner of Master Chef in 2012. For your information, she also beated Chef Wan and Chef Dewan Selera in final Master Chef 2012. That's why her cookings so good. Nuuurulain is a one of the student that good in  Chemistry although we didn't have any chemistry in working together. Emmanorelya is a wonderful girl and she had a twin named Husnaafiqa, but they don't have any similarities. This twin was like Earth and Sky. Emma is quite short than Husna, but the way they think always different. Yes, Emma is more matured than Husna. Muhdfitrimadom is a Mathematic specialist. He is good at calculating number and solving problem. He got an advantage from God maybe, because he also can calculate someones 'Pahala' and 'Dosa'. If Moses got Firaun as his foe, then Fitri got Izxxd as his rival.I

SYURGA MAKANAN

Dapat jemputan makan tengahari bersama orang besar dari Puteri Pacific Hotel, Johor Bharu. Bukan senang nak jadi VIP di hotel 5 bintang. Aku cukup kagum apabila ada Caucassion gelar Malaysia ni "Heaven of Food". Ramai tourist dari Afrika, Amerika bahkan Eropah akan terkejut melihat variasi aneka makanan daripada setiap bangsa. Saya pun tumpang bangga kerana Malaysia bukan sahaja terkenal di kalangan Tourist keranan Makanan, bahkan Malaysia menduduki ranking ke-3 di Asia sebagai penduduk yang obes. Bukan senang  kita nak dapat ranking no.3 sebab ranking bolasepak negara yang dikeluarkan FIFA bulan ini menunjukkan kita masih di ranking ke-161. Aku akui bahawa rakyat Malaysia sangat suka makan sehingga ramai wanita yang bela jin. Sebab ramai kawan aku yang perempuan especially, makan macam Jin tapi badan sekeping je. Memang sah dia bela jin. Malaysia ada banyak jenis makanan seperti yang popular ialah Sate, Nasi Lemak dan Roti Canai. Tetapi, selera orang Malaysia sedikit

SPECIAL

Lepas siap membeli barang dapur, aku rasa lapar gila sebab tak makan dari tengahari. So, aku usha ada satu food truck jual burger berdekatan simpang empat di Benut. Meriah jugaklah tempat di situ sebab ramai orang dan lampu berwarna-warni menghias malam yang kelam itu. “Abang, burger apa ada?” “Tengok kat board tu dik.” “Oh, burger rusa satu bang. Tambah cheese .” “Burger rusa takde dik.” “Okay, kalau camtu bagi burger arnab satu. Tambah cheese .” “Arnab baru habis dik.” “Burger daging bang?” “Daging pon habis.” Sungguh hambar permainan abang tuh. Tadi suruh aku tengok menu dekat board , sekarang semua habis. Apa punya peniaga lah troll customer sendiri. Haih. “Burger ayam ada bang?” “Ada. Nak biasa atau special ?” “Kalau special tambah apa? Cheese ker?” “Eh tak. Special ada telor je.” … Sementara menunggu waktu berbuka lagi 2 jam. So aku pusing-pusing cari bazaar Ramadhan. Bukan selalu pergi bazaar nih, so aku pun grab peluang sementara a

MEMANAH SUNNAH

Pagi lagi kami sudah keluar rumah sebab kami nak lepak di Berjaya Times Square, satu pusat membeli-belah yang maha dahsyat besarnya. Bangunan yang lebih 5 tingkat itu kelihatan seperti sebuah hotel dari luar. Seni binanya kelihatan membosankan kerana kelihatan seperti bangunan-bangunan lain di Kuala Lumpur. Bila berada di Kuala Lumpur, ada 2 benda yang aku tertanya-tanya dari zaman aku makan tahi cicak dekat sudut rumah sebab belum mumaiyiz sampailah zaman aku dah habis graduate. 1.        Kenapa orang masih terhegeh-hegeh nak pergi KLCC sedangkan KLCC hanyalah sebuah pejabat. 2.        Kenapa ramai orang pergi ke Suria KLCC sedangkan harga barang di sana sangatlah mahal dan hanya mampu dibeli oleh pelancong dan pak menteri di Malaysia. Masa aku masuk ke Berjaya Times Square, tiada bait terindah yang dapat aku ucapkan sebab ruang dalamannya itu persis sekali seperti mana-mana shopping complex yang lain. Aku pun sampai situ dalam pukul 10 pagi dan orang masih belum ramai. Tapi,

PANTANG LARANG NABI MELAYU

Arus modeniti yang sedang dilalui kini dilihat tidak membawa keseluruhan perkara kepada lohong permodenan, sebaliknya terdapat beberapa perkara yang gagal dihanyutkan bersama arus modeniti tersebut. Bukanlah aku mahu keseluruhan perkara itu fokus dan bergerak kepada kemajuan, tetapi aku tidak boleh terima apabila masih wujud minda kuno yang masih percayakan momokan orang dahulu, malahan terus mengajarkannya hingga ke hari ini. Kalau dilihat daripada video aku di Youtube, mungkin ada segelintir makhluk yang kurang jelas dengan apa yang aku cuba sampaikan. Aku bukanlah nak tuduh orang dahulu itu sesat kerana aku juga bukan Tuhan untuk menghukum seseorang itu sesat. Tetapi, maksud yang aku cuba sampaikan ialah lebih kepada menyedarkan masyarakat agar tidak terlalu obsess dan percaya dengan benda-benda begitu. Aku juga dibesarkan dalam suasana keluarga yang mempercayai segala pantang larang yang entah dari mana datangnya itu. Semasa Hazman yang umurnya itu 8 tahun, aku sering di

KAK CHIK WANITA MELAYU TERAKHIR

Semasa lawatan ke Pusat Penyelidikan Sawit Tun Abdul Razak, ada seorang mak cik yang sertai lawatan kami, namanya Kak Chik. Masa bas pergi fetch dia dekat Pekan Benut, aku terkejut sebab aku fikir yang Kak Chik nak pergi bercuti seminggu dengan barangnya yang banyak itu. Bukan sahaja dia bawa beg baju, dia siap bawa banner, kasut but kerja dan sarung tangan kebun lagi kau. Kalah budak UiTM yang nak buat research kat situ. Kak Chik bertopi merah. Macam diva kan Kak Chik? Kalah kau student UiTM yang masih dara tuh. Lepas kami tiba di Felda Residence Tekam, kami dibawa ke makmal baja dan sebagainya. Seperti biasa lah, mesti ada taklimat dan penerangan dari pegawai di sana. Kemudian, pegawai itu mahu menunjukkan video bagaimana proses penghasilan benih klon yang basically video mereka memang dalam Bahasa English sebab dia syarikat yang worldwide. Then, Kak Chik bersuara persis seperti seorang pembangkang. “Maaf ya dik. Kalau boleh biarlah video ini dalam Bahasa Melayu

BERDIALOG BERSAMA ORANG KEDAH

Aku tak tau sejak bila aku famous. Sebab followers aku dekat IG baru 400 jer. Subscriber aku pun baru 10. Aku pun tak batak nak jadi popular sebab aku cuma buat apa yang aku minat jer. Seingat aku sendiri, last aku jadi famous ialah semasa bilik aku dianugerahkan sebagai bilik paling ‘wangi’. Itupun 5 tahun yang lalu di MRSM. Masa aku tengah jalan-jalan dekat Pahang, aku terserempak dengan seorang mak cik berusia 56 tahun dengan cucu dia rasanya sebab umur budak yang tinggal satu chalet dengan dia tu lebih kurang 12 tahun. Aku pun tak expect sebenarnya jumpa orang yang kenal aku melalui video aku kat Youtube sebab aku rasa tak ramai pun yang view aku punya video. Kalau view pun, rata-rata semuanya ialah kawan aku sendiri yang aku memang kenal diorang. Masa tuh, aku baru lepas solat Asar. So, aku decide nak keluar dari chalet dan tinjau suasana di sini. Tengah aku jalan-jalan, ada budak pegang bahu aku. Aku pun terkejut lah. Bukan terkejut sebab aku fikir yang pegang itu hantu

BERANGAN GORENG

Perjalanan backpacker ke Pahang merupakan satu lagi pengalaman baru. Hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa sakitnya pinggul aku duduk lebih 5 jam dalam bas dari Pontian, Johor ke Jerantut, Pahang. First time aku ke Pahang naik bas seorang diri dan aku memang excited lah kalau bab jalan-jalan jadi musafir nih. Pengembaraan aku ini ditaja oleh syarikat sabun Downy dan elaun yang diberikan adalah RM45 seorang. Adalah dalam 5 orang lagi yang ikut jadi backpacker nih. Lepas 4 jam perjalanan, kami berhenti makan di Muadzam. Aku fikir yang kami akan berhenti makan di R&R, sebaliknya kami berhenti makan di kedai tepi jalan sahaja. “Bang, kenapa kita berhenti makan sini? R&R tak dak ka?” “Elaun kau RM45 je dik. Nak makan kat R&R mahal. Masuk tandas pun kena bayar.” So, aku akur sahaja dengan jawapan driver bas tuh. Di tempat tuh ada banyak kedai makan, malangnya yang buka hanya satu kedai sahaja. Nak tak nak, terpaksalah makan juga di kedai tuh. Aku Nampak dari jauh ada

SERANGAN HATERS GUNNERS

Malam itu akan berlangsungnya perlawanan semi-final UEFA Champions League, satu siaran langsung yang diminati oleh lelaki sejati yang sudah baligh. Aku sendiri jarang dapat tengok perlawanan Liga Juara-Juara Eropah ini secara live sebab 3 perkara: 1.        Aku tidak langgan pack Astro yang ada semua saluran bola sepak Eropah. 2.        Perlawanan Liga Juara-Juara Eropah berlangsung sekitar 2.45 pagi di mana waktu itu adalah waktu kemuncak aku tidur. 3.        Aku bukan budak nakal yang curi-curi tengok melalui smartphone atau fly masa duduk asrama dulu. Kalau check balik last history aku tengok live Liga Juara-Juara Eropah ini ialah ketika Real Madrid bertemu Atletico Madrid di pentas akhir, dan bagi aku itu adalah perlawanan paling best sebab dapat tengok Real Madrid comeback minit-minit akhir yang kelihatan seperti aku yang study last-last minit dan dapat graduate kelas pertama. Disebabkan Real akan menentang Atletico Madrid pagi esok, jadi aku pun tidur awal lepas se

KAWAN YANG TAK BOLEH DIHARAPKAN

Menaiki LRT ke PBAKL17 Aku first time travel ke Kuala Lumpur seorang diri semata-mata nak ke PBAKL2017 di PWTC. Itu memang acara wajib aku setiap tahun sebab aku memang ulat buku, dan aku bukan ulat yang biasa-biasa sepertimana ulat gonggok dan kawan-kawannya. Aku spesies ulat bulu yang boleh memberi risiko kegatalan kepada mangsa aku, tetapi akhirnya bila besar aku akan jadi seekor rama-rama yang cantik. Metafora sungguh kan? Tahun lepas aku ke PBAKL16 di UPM Serdang dengan kawan sekolah sambil fly dari Kem Kepimpinan. So, bila tahun ni kena pergi seorang diri dia rasa lain macam. Masa aku nak bertolak dari rumah, hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa takutnya aku nak gerak seorang diri. Aku bukanlah takut apa, aku asyik terbayang aku mati dalam perjalanan, so aku banyak-banyak bertaubat. Mulanya, aku ingat nak cancel kan jer tapi aku dah beli tiket Mayang Sari dan tiket tu tersangatlah mahal. So, nak tak nak aku kena juga pergi. Habis jer solat Jumaat, aku terus siap-siap