Skip to main content

KAK CHIK WANITA MELAYU TERAKHIR

Semasa lawatan ke Pusat Penyelidikan Sawit Tun Abdul Razak, ada seorang mak cik yang sertai lawatan kami, namanya Kak Chik. Masa bas pergi fetch dia dekat Pekan Benut, aku terkejut sebab aku fikir yang Kak Chik nak pergi bercuti seminggu dengan barangnya yang banyak itu. Bukan sahaja dia bawa beg baju, dia siap bawa banner, kasut but kerja dan sarung tangan kebun lagi kau. Kalah budak UiTM yang nak buat research kat situ.

Kak Chik bertopi merah. Macam diva kan Kak Chik?
Kalah kau student UiTM yang masih dara tuh.


Lepas kami tiba di Felda Residence Tekam, kami dibawa ke makmal baja dan sebagainya. Seperti biasa lah, mesti ada taklimat dan penerangan dari pegawai di sana. Kemudian, pegawai itu mahu menunjukkan video bagaimana proses penghasilan benih klon yang basically video mereka memang dalam Bahasa English sebab dia syarikat yang worldwide.

Then, Kak Chik bersuara persis seperti seorang pembangkang.

“Maaf ya dik. Kalau boleh biarlah video ini dalam Bahasa Melayu sebab rata-rata ahli rombongan ini ialah orang kampung. Kami tak faham. Lagipun, kita kena bangga dengan Bahasa kita.”

Aku nampak riak muka pegawai yang beri taklimat tuh, terus bingung muka dia. Aku confirm yang dia pening nak bagitahu Kak Chik bahawa syarikat FGV ialah syarikat yang terkenal dan ada link dengan negara luar. Mana mungkin mereka punya video ada dalam versi Bahasa Melayu. Tapi, pandai jugaklah dia menjawab soalan Kak Chik.

“Maaf cik, In Shaa Allah lepas ini kami akan sediakan video dalam Bahasa Melayu. Tapi, Bahasa Inggeris pun penting bagi syarikat kami.”

Terkejut aku. Ada juga Baja Najib. Maybe, Pahang
ni kampung dia. Don't mess with Pahang.
Kak Chik nampaknya masih tak faham bahawa dirinya sedang berurusan dengan syarikat antarabangsa. Dia tetap memperkasakan Bahasa Melayu. Aku nampak Kak Chik berlari ke arah bas. Tak lama kemudian, Kak Chik datang semula dengan membawa banner tertulis “TANAH SIMPANAN ORANG MELAYU”

Tu dia. Mampuih pegawai tu nak cakap apa lagi. Maka, berlakulah sedikit perdebatan antara Kak Chik dan pegawai tersebut dan kami yang lain terus menonton sida
ng parlimen yang sedang berlangsung secara live. Mungkin tajuk perbahasan mereka ialah “Memartabatkan Bangsa Melayu” dan Kak Chik adalah Ketua Puteri UMNO. Perdebatan selama 15 minit itu akhirnya dimenangi oleh pegawai FGV itu dan Kak Chik mati akal.

Warana kuning tu banner Kak chik
yang dibawa ke hulu ke hilir.
Selepas habis penerangan, Kak Chik terus berjalan seorang diri di bangunan sekitar tuh. Tour Guide kami mula risau cari Kak Chik sebab tempat tu boleh tahan besar dan kami sendiri tersesat bila pusing-pusing area tuh. Tak pasal-pasal, kami terpaksa sama-sama cari Kak Chik. Rupa-rupanya, Kak Chik sibuk mengedar kad perniagaan dia di pejabat. Mak oi, siap masuk pejabat kau. Aku sempat dengar Kak Chik berkata:

“Lain kali, tanah kosong ini jangan biarkan kosong. Sepatutnya kita bangunkan court futsal biar anak Melayu kita ini ada aktiviti. Nanti kita boleh lawan futsal.”

Sekali lagi Kak Chik mahu naikkan nama Melayu.

Sebelum kami pergi ke ladang, kami diminta untuk menandatangani Guest Book. Aku saja jadi orang last sign buku tuh sebab tak nak sesak. Bila aku selak jer buku tuh, aku terkejut. Rupanya Kak Chik masih enggan mengaku kalah dan tetap memartabatkan bangsa Melayu.

Kak Chik pi sign satu page tuh dia sorang punya sign complete dengan nama serta nombor telefon. Kemudian, di ruangan komen, Kak Chik tulis besar-besar:
Tu diaa, Kak Chik conquer satu page dia sorang


“JADIKANLAH TANAH ANDA SEBAGAI TANAH RIZAB ORANG MELAYU!”

Comments

Popular posts from this blog

BERANGAN GORENG

Perjalanan backpacker ke Pahang merupakan satu lagi pengalaman baru. Hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa sakitnya pinggul aku duduk lebih 5 jam dalam bas dari Pontian, Johor ke Jerantut, Pahang. First time aku ke Pahang naik bas seorang diri dan aku memang excited lah kalau bab jalan-jalan jadi musafir nih. Pengembaraan aku ini ditaja oleh syarikat sabun Downy dan elaun yang diberikan adalah RM45 seorang. Adalah dalam 5 orang lagi yang ikut jadi backpacker nih. Lepas 4 jam perjalanan, kami berhenti makan di Muadzam. Aku fikir yang kami akan berhenti makan di R&R, sebaliknya kami berhenti makan di kedai tepi jalan sahaja. “Bang, kenapa kita berhenti makan sini? R&R tak dak ka?” “Elaun kau RM45 je dik. Nak makan kat R&R mahal. Masuk tandas pun kena bayar.” So, aku akur sahaja dengan jawapan driver bas tuh. Di tempat tuh ada banyak kedai makan, malangnya yang buka hanya satu kedai sahaja. Nak tak nak, terpaksalah makan juga di kedai tuh. Aku Nampak dari jauh ada

FIRST POST IG 2017

I can't wait to go to school tomorrow, but I realized that I'm 18 now. To be honest, during 2016 I'm surround by amazing classmate. The Baiduri had Syirayusri who is the winner of Master Chef in 2012. For your information, she also beated Chef Wan and Chef Dewan Selera in final Master Chef 2012. That's why her cookings so good. Nuuurulain is a one of the student that good in  Chemistry although we didn't have any chemistry in working together. Emmanorelya is a wonderful girl and she had a twin named Husnaafiqa, but they don't have any similarities. This twin was like Earth and Sky. Emma is quite short than Husna, but the way they think always different. Yes, Emma is more matured than Husna. Muhdfitrimadom is a Mathematic specialist. He is good at calculating number and solving problem. He got an advantage from God maybe, because he also can calculate someones 'Pahala' and 'Dosa'. If Moses got Firaun as his foe, then Fitri got Izxxd as his rival.I

FITNAH HANTU AKHIR ZAMAN

Sewaktu bersarapan, aku melihat berita semasa di TV3. “Nahas ngeri di Karak”. Then, diorang buka cerita mengenai jalan Karak yang dikatakan berhantu. Perbualan tersebut tidak disempitkan terhadap Jalan Karak semata-mata, malah turut membabitkan pengalaman masing-masing. Ijam cerita, “Aku pernah naik motor eksiden sebab kena kejar dengan pontianak.” Khai turut bercerita, “Aku lagi teruk, hampir langgar sebuah bas sebab nampak hantu atas bumbung kereta orang.”    Saat aku mendengar cerita mereka, aku tak tahu nak kasihan pada siapa. Sama ada mahu kesian pada kawan aku yang terlibat kemalangan ataupun hantu-hantu di luar sana yang sering menjadi mangsa fitnah manusia di luar sana. Kadang-kadang bukan salah hantu pun, tetapi secara logiknya takkan hero jalanan atau mat rempit nak ngaku dia eksiden sebab tengah korek hidung masa bawa motor, nanti malu. So, cerita hantu pun diguna pakai untuk menutup segala lubang keaiban diri. Mangsanya ialah hantu kerana dituduh mengganggu pen