Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2018

TAHUN BARU?

Tahun baru adalah sambutan tahunan yang diraikan di seluruh dunia. Yelah, nama pun Tahun Baru memanglah sambut tiap tahun, kalau sambut tiap bulan tu namanya Bulan Baru. menjelang tahun baru ni banyak aktiviti atau situasi cliche yang akan wujud dan didoktrinkan dalam minda, media dan seangkatan dengannya. Ramai yang mula ucapkan "Selamat Tahun Baru". Ada yang recycle lawak tahun-tahun lepas seperti "Kalau aku study sampai pukul 12, aku study selama setahun." dan beberapa lawak recycle yang lain. C'mon dah tahun baru carilah lawak baru. Ingat aku nak ketawa selama setahun ke pakai lawak tahun lepas. Dan paling menyakitkan bila orang tanya aku, "Woi, dah 2019 pun masih single ker?" Makhluk ni kalau aku dapat, aku cucuh mancis yang masih membara pada lidah dia.         Antara perkara cliche lain juga ialah pasang azam tahun baru. Jangan sembang azam tahun baru lah kalau Subuh masih jadi nelayan. Maksud aku ke laut. Dan tak lupa juga konsert-k

GLADIATOR KINI MILIK KINA RHINOS

              Bekas penyerang sensasi MRSM Muar kembali membuat kemunculan bersama pasukan baharu, Kina Rhinos FC dalam Sukan Mahasiswa Universiti Malaya (SUKMUM) 2018 di Kuala Lumpur. Hazman yang juga pemenang but emas dalam Sa'imin Super League 2016 dan Liga KIKS 2015, dipanggil saat-saat akhir untuk menyertai pasukan underdog di Universiti Malaya.              Walaubagaimanapun, Hazman hanya banyak memanaskan bangku simpanan kerana masih belum mendapat kepercayaan jurulatih, Syed Zahir. Hazman membuat debut pada perlawanan akhir peringkat kumpulan menentang The Hornet yang berkesudahan 1-1 dan membawa Kina Rhinos menempatkan diri ke suku akhir menentang finalis 2017, Secholian FC.            "Pasukan ini mempunyai banyak pemain yang sangat santai. Razmin seorang Sabahan yang sangat kelakar manakala Iqbal pula seorang yang sangat tegas tidak bertempat.", kata Hazman dalam suatu temuramah. Ketika ditanya sama ada beliau bakal membuat kemunculan dalam Karnival Syok