Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2017

Kisah Al-Quran

Pendidikan agama diakui sangat penting bagi anak-anak muda dan perlu dipupuk sekitar usia 6 tahun. Pendidikan agama yang paling mudah ialah dengan menerapkan elemen-elemen Al-Quran di dalam jiwa anak-anak muda yang kosong itu. Banyak program-program yang ibu bapa boleh galakkan untuk anak-anak sertai di usia muda mereka seperti Kem TaHa, Kelab Ansar dan sebagainya. Even, aku sendiri tak sertai kelab-kelab macam itu sewaktu aku masih belum baligh kerana sibuk dengan kelab badminton di sekolah. Aku sendiri dididik dengan al-Quran seawal usia 5 tahun oleh atuk aku sendiri. Waktu tuh aku baca muqaddam pun dah belajar fly weh, tak payah tunggu masuk asrama nak main fly-fly nih. Pernah sekali aku nyorok bawah rumah sebab nak elak daripada mengaji. Then , nenek aku pi momokkan aku dengan hantu tetek. Yelah, masa kecik memanglah takut dengan hantu tetek, dah besar nih kadang-kadang terasa nak usha jugak rupa hantu tetek nih. Kehebatan aku fly mengaji menyebabkan atuk aku putus asa

PENEROKA FELDA VS PEKEBUN

Setiap kali aku mendengar perkataan Felda, aku pasti akan imagine kelapa sawit, FGV dan sekutu-sekutunya. Entah mengapa benda itu dah jadi norma dalam hidup aku untuk mengaitkan Felda dengan kelapa sawit. Pernah sekali aku ditemu ramah oleh pegawai FGV yang menjalankan kajian kelapa sawit di Felda Tekam, bertanya tentang apa yang aku tahu tentang Felda? First time kot aku di ‘interview’ untuk masuk majalah FGV. “Encik nampaknya peserta paling muda dalam rombongan ini. Jadi apa yang encik tahu tentang Felda” “Err tak banyak yang saya tahu sebenarnya.” “Takpe, encik sebut sahaja apa yang terlintas di kepala encik apabila ditanya tentang Felda.” “Okay. Saya akan imagine ladang kelapa sawit yang besar, minyak sawit dan pekerja sawit?” “Adakah semua berkaitan sawit sahaja semata-mata yang encik bayangkan?” “D-Mart?” “Oh, satu pengetahuan yang bagus? Lain?” “Felda United?”           Itulah 5 minit yang memalukan aku pernah lalui apabila ditemu ramah. Aku sendiri ra

BARAN SPM'17

           Semasa berlangsungnya Sijil Pelajaran Malaysia 2017, entah mengapa aku terasa nak gelak dengar keluhan para junior aku yang amat aku kasihi. Begitu banyak komen-komen daripada pelajar dan ibu bapa sendiri sehingga aku tak boleh bezakan mana satu kehidupan dan mana satu peti cadangan. But, actually it's normal-lah kalau calon-calon ni mula mempersoalkan tentang soalan SPM. Kau yang dulu ambil SPM pun mesti ada tak puas hati kan dengan Lembaga Peperiksaan Malaysia. Ya, kerana mereka lembaga jadi mereka sedikit dengki dengan kita-kita sebagai calon. Korang bolehlah label Lembaga Peperiksaan tu sebagai haters nombor satu kot.              Aku dekah bila buka socmed aku dan terjumpa video dari seorang Youtuber (Arwind Kumar) tentang soalan-soalan SPM yang dikatakan tidak relevan. Aku sendiri bila tengok soalan SPM tuh, takdelah susah mana terutama sejarah. Bahagian KBAT dia tu cuma perlukan pembacaan meluas tapi itulah anak muda zaman sekarang mana nak baca surat khabar. Se