Skip to main content

BARAN SPM'17

           Semasa berlangsungnya Sijil Pelajaran Malaysia 2017, entah mengapa aku terasa nak gelak dengar keluhan para junior aku yang amat aku kasihi. Begitu banyak komen-komen daripada pelajar dan ibu bapa sendiri sehingga aku tak boleh bezakan mana satu kehidupan dan mana satu peti cadangan. But, actually it's normal-lah kalau calon-calon ni mula mempersoalkan tentang soalan SPM. Kau yang dulu ambil SPM pun mesti ada tak puas hati kan dengan Lembaga Peperiksaan Malaysia. Ya, kerana mereka lembaga jadi mereka sedikit dengki dengan kita-kita sebagai calon. Korang bolehlah label Lembaga Peperiksaan tu sebagai haters nombor satu kot.

             Aku dekah bila buka socmed aku dan terjumpa video dari seorang Youtuber (Arwind Kumar) tentang soalan-soalan SPM yang dikatakan tidak relevan. Aku sendiri bila tengok soalan SPM tuh, takdelah susah mana terutama sejarah. Bahagian KBAT dia tu cuma perlukan pembacaan meluas tapi itulah anak muda zaman sekarang mana nak baca surat khabar. Semua sibuk kumpul duit beli novel Suamiku Cik Paparazi, Imamku Cik Driver and so on. Masa aku ambil SPM, aku berebut dengan classmate aku suratkhabar Berita Harian dengan The Star. Tapi, aku ambil suratkhabar pun baca bahagian sukan dan bahagian '15 Minutes of Fun' itupun kalau aku bosan. Kalau aku rajin sikit adalah aku conteng-conteng daripada Uqasha Senmawar jadi Mirah Filzah.

         
Calon SPM16


Lepas sahaja paper Sejarah tamat, aku call junior aku.
"Wey, okay tak Sejarah tadi?"
"Alhamdulillah. Aku berjaya ubah Sejarah."
"Sejarah hidup kau lah kan? Haha.. Bagus. Teruskan usaha."
"Eh tak. Bukan sejarah hidup. Tapi sejarah Tanah Melayu."

Tak berhenti di sini, ada juga pihak yang berpendapat untuk Kerajaan Malaysia menambah satu lagi subjek di Malaysia iaitu ekonomi agar rakyat Malaysia seawal usia 12 tahun sudah didedahkan tentang sumber-sumber ekonomi negara. Pada pendapat aku sendiri, subjek di Malaysia bukanlah ukuran untuk membentuk insan masa hadapan. Tak kira betapa banyak subjek yang cuba diterapkan, hasilnya tak berubah jauh kerana pelajar dilihat gagal aplikasikan ilmu tersebut.

Tak percaya? Cuba tanya student SPM, di manakah Kuching, apakah banjaran terbesar di Malaysia dan apakah nilai-nilai sivik dalam kehidupan seharian? This student yang belajar Sejarah, Geografi dan Sivik ni pun aku lihat masih lagi menjawab Kuching di Sabah, banjaran Kota Tinggi ialah banjaran tertinggi di Malaysia dan masih lagi membuang sampah merata-rata. Lalu, disuruh pula tambah subjek ekonomi dengan harapan Tuan Menteri dapat turunkan harga minyak.
Barisan pelajar cemerlang SPM16

Comments

Popular posts from this blog

BERANGAN GORENG

Perjalanan backpacker ke Pahang merupakan satu lagi pengalaman baru. Hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa sakitnya pinggul aku duduk lebih 5 jam dalam bas dari Pontian, Johor ke Jerantut, Pahang. First time aku ke Pahang naik bas seorang diri dan aku memang excited lah kalau bab jalan-jalan jadi musafir nih. Pengembaraan aku ini ditaja oleh syarikat sabun Downy dan elaun yang diberikan adalah RM45 seorang. Adalah dalam 5 orang lagi yang ikut jadi backpacker nih. Lepas 4 jam perjalanan, kami berhenti makan di Muadzam. Aku fikir yang kami akan berhenti makan di R&R, sebaliknya kami berhenti makan di kedai tepi jalan sahaja. “Bang, kenapa kita berhenti makan sini? R&R tak dak ka?” “Elaun kau RM45 je dik. Nak makan kat R&R mahal. Masuk tandas pun kena bayar.” So, aku akur sahaja dengan jawapan driver bas tuh. Di tempat tuh ada banyak kedai makan, malangnya yang buka hanya satu kedai sahaja. Nak tak nak, terpaksalah makan juga di kedai tuh. Aku Nampak dari jauh ada

FIRST POST IG 2017

I can't wait to go to school tomorrow, but I realized that I'm 18 now. To be honest, during 2016 I'm surround by amazing classmate. The Baiduri had Syirayusri who is the winner of Master Chef in 2012. For your information, she also beated Chef Wan and Chef Dewan Selera in final Master Chef 2012. That's why her cookings so good. Nuuurulain is a one of the student that good in  Chemistry although we didn't have any chemistry in working together. Emmanorelya is a wonderful girl and she had a twin named Husnaafiqa, but they don't have any similarities. This twin was like Earth and Sky. Emma is quite short than Husna, but the way they think always different. Yes, Emma is more matured than Husna. Muhdfitrimadom is a Mathematic specialist. He is good at calculating number and solving problem. He got an advantage from God maybe, because he also can calculate someones 'Pahala' and 'Dosa'. If Moses got Firaun as his foe, then Fitri got Izxxd as his rival.I

FITNAH HANTU AKHIR ZAMAN

Sewaktu bersarapan, aku melihat berita semasa di TV3. “Nahas ngeri di Karak”. Then, diorang buka cerita mengenai jalan Karak yang dikatakan berhantu. Perbualan tersebut tidak disempitkan terhadap Jalan Karak semata-mata, malah turut membabitkan pengalaman masing-masing. Ijam cerita, “Aku pernah naik motor eksiden sebab kena kejar dengan pontianak.” Khai turut bercerita, “Aku lagi teruk, hampir langgar sebuah bas sebab nampak hantu atas bumbung kereta orang.”    Saat aku mendengar cerita mereka, aku tak tahu nak kasihan pada siapa. Sama ada mahu kesian pada kawan aku yang terlibat kemalangan ataupun hantu-hantu di luar sana yang sering menjadi mangsa fitnah manusia di luar sana. Kadang-kadang bukan salah hantu pun, tetapi secara logiknya takkan hero jalanan atau mat rempit nak ngaku dia eksiden sebab tengah korek hidung masa bawa motor, nanti malu. So, cerita hantu pun diguna pakai untuk menutup segala lubang keaiban diri. Mangsanya ialah hantu kerana dituduh mengganggu pen