Skip to main content

BERANGAN GORENG

Perjalanan backpacker ke Pahang merupakan satu lagi pengalaman baru. Hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa sakitnya pinggul aku duduk lebih 5 jam dalam bas dari Pontian, Johor ke Jerantut, Pahang. First time aku ke Pahang naik bas seorang diri dan aku memang excited lah kalau bab jalan-jalan jadi musafir nih. Pengembaraan aku ini ditaja oleh syarikat sabun Downy dan elaun yang diberikan adalah RM45 seorang. Adalah dalam 5 orang lagi yang ikut jadi backpacker nih.

Lepas 4 jam perjalanan, kami berhenti makan di Muadzam. Aku fikir yang kami akan berhenti makan di R&R, sebaliknya kami berhenti makan di kedai tepi jalan sahaja.

“Bang, kenapa kita berhenti makan sini? R&R tak dak ka?”
“Elaun kau RM45 je dik. Nak makan kat R&R mahal. Masuk tandas pun kena bayar.”

So, aku akur sahaja dengan jawapan driver bas tuh. Di tempat tuh ada banyak kedai makan, malangnya yang buka hanya satu kedai sahaja. Nak tak nak, terpaksalah makan juga di kedai tuh. Aku Nampak dari jauh ada ketam, udang harimau, sotong dana ayam. Tapi, alang-alang dah dekat Pahang ni, nak juga try patin masak tempoyak yang terkenal di negeri Atuk Najib nih. Aku dah target seekor ikan patin semasa beratur di belakang seorang pak cik. Ternyata pak cik depan aku pun bedal ikan patin. Maklumlah, kami orang Johor memang jakun sikit.

Lepas cedok nasi, aku terus nak ambil ikan patin sebab takut habis. Aku baru pegang senduk ikan patin tuh, suddenly aku dengar harga makanan pak cik tadi.

“RM38 je cik.”
 
Mak oi. Elaun aku Cuma RM45 je. So, aku pun segan nak ambil lauk ikan patin. Mata aku terus meluru mencari udang masak lemak. Aku ambik jugalah udang 4 ketul dengan kuah. Then, aku order air Ice Lemon Tea.

“Berapa harga makanan saya ni kak?”
“RM23 je dik.”

Harga makanan paling mahal. RM23 di Muadzam



Mak oi. Nasi putih lauk udang pun cecah RM20. Nak kata aku makan kat hotel, rasanya makan kedai tepi jalan jer. Aku rasa ini mungkin misi balas dendam dan sabotaj orang Pahang terhadap kami, Bangsa Johor. Takpelah, aku redha. Johor-Pahang kita bersaudara. Terus aku cari driver bas tadi yang bawa kami makan di sini.

“Bang, berapa harga makan?”
“RM18”
“Lain kali kita berhenti makan KFC je bang. RM18 boleh dapat 2 lunch box.”

Sebelum naik bas, aku terjumpa kedai jual buah berangan. Aku pun berangan jugaklah nak try rasa buah berangan nih. So, aku pi tengok-tengok jap.

“Kak, buah berangan ni haram tak?”
‘Asal pulak haram dik?”
“Yelah. Mana tau lepas makan kami duk berangan, khayal apa semua. Dah macam ambil dadah pulak.”
“Dik, kau tak makan buah berangan ni pun , kat sekolah kau dah berangan nak kahwin jugak kan dik?”
Ni ha kedai berangan goreng. Try lah. Sedap.

Fuh, terer lah mak cik jual buah berangan nih. Mana dia tahu aku berangan nak kahwin nih? Aku pun duk belek-belek buah tuh. Tiba-tiba, aku perasan ada signboard “BUAH BERANGAN GORENG”

“Kak, kenapa ada buah berangan goreng?”
“Nak bagi buah tuh masak.”
“Kenapa tak pernah pulak orang goreng buah rambutan untuk bagi dia masak?”

“Sebab kami berangan je goreng. Bukan goreng pon.”

Comments

Popular posts from this blog

FIRST POST IG 2017

I can't wait to go to school tomorrow, but I realized that I'm 18 now. To be honest, during 2016 I'm surround by amazing classmate. The Baiduri had Syirayusri who is the winner of Master Chef in 2012. For your information, she also beated Chef Wan and Chef Dewan Selera in final Master Chef 2012. That's why her cookings so good. Nuuurulain is a one of the student that good in  Chemistry although we didn't have any chemistry in working together. Emmanorelya is a wonderful girl and she had a twin named Husnaafiqa, but they don't have any similarities. This twin was like Earth and Sky. Emma is quite short than Husna, but the way they think always different. Yes, Emma is more matured than Husna. Muhdfitrimadom is a Mathematic specialist. He is good at calculating number and solving problem. He got an advantage from God maybe, because he also can calculate someones 'Pahala' and 'Dosa'. If Moses got Firaun as his foe, then Fitri got Izxxd as his rival.I

GEMUK

Body shaming ni bukanlah perkara baru sebenarnya, sebab atok nenek kita dah lama buat body shaming yang kita sendiri tak perasan. Bukanlah kita tak perasan sebenarnya, tapi kita tidak terlalu sensitive dengan body shaming ketika itu kerana anggap ia sebagai perkara enteng. Berbeza pada masa kini, aku rasa budak sekarang sedang dalam proses nak explore dunia baru mereka, nak menonjolkan diri mereka menerusi Idola Kecil, Bintang Mencari Bintang serta Mentor. Mereka sangat-sangat memerlukan confident yang tinggi dan body shaming adalah perkara yang menjatuhkan keyakinan mereka yang mereka telah bina setinggi Burj Khalifa. “Muka hang macam bulan doe.” “Awat hang gemok sangat? Mengandung ka? Kembaq?” “Wei, hidung hang asal kempis? Mata sepet? Anak Jepun ka?” Well, that’s common question yang biasa didengari telinga dan halwa orang yang gemuk, muka gelap, muka berjerawat dan segala macam lagi kekurangan. Bukanlah seseorang itu mahu dilahirkan dengan kulit yang gelap. Mereka tid