Skip to main content

PENEROKA FELDA VS PEKEBUN

Setiap kali aku mendengar perkataan Felda, aku pasti akan imagine kelapa sawit, FGV dan sekutu-sekutunya. Entah mengapa benda itu dah jadi norma dalam hidup aku untuk mengaitkan Felda dengan kelapa sawit. Pernah sekali aku ditemu ramah oleh pegawai FGV yang menjalankan kajian kelapa sawit di Felda Tekam, bertanya tentang apa yang aku tahu tentang Felda? First time kot aku di ‘interview’ untuk masuk majalah FGV.

“Encik nampaknya peserta paling muda dalam rombongan ini. Jadi apa yang encik tahu tentang Felda”
“Err tak banyak yang saya tahu sebenarnya.”
“Takpe, encik sebut sahaja apa yang terlintas di kepala encik apabila ditanya tentang Felda.”
“Okay. Saya akan imagine ladang kelapa sawit yang besar, minyak sawit dan pekerja sawit?”
“Adakah semua berkaitan sawit sahaja semata-mata yang encik bayangkan?”
“D-Mart?”
“Oh, satu pengetahuan yang bagus? Lain?”
“Felda United?”

          Itulah 5 minit yang memalukan aku pernah lalui apabila ditemu ramah. Aku sendiri rasa pegawai multimedia FGV itu rasa menyesal tanya soalan tersebut pada aku. Aku yakin perkara yang beliau cuba mahu highlight-kan aku tidak sebut sebaliknya menyebut benda-benda yang biasa-biasa dan pasukan bolasepak Felda United. Aku juga sedikit sebanyak rasa lega kerana soalan tersebut tidak ditanya dalam soalan SPM Bahasa Melayu 2016.

          Selepas daripada peristiwa itu, sedikit sebanyak aku belajar tentang selok belok Felda ini secara mendalam termasuklah mengetahui organisasi dalaman Felda. Aku lagi terkejut apabila mengetahui bahawa Presiden Felda ketika itu ialah Tuan Sri Shahrir (entah betul ke tidak aku eja), sebab Tuan Shahrir ini ialah kenalan arwah ayah aku ketika bekerja sebagai pemandu teksi dahulu.

         Dengan ilmu-ilmu berkaitan Felda ini, aku cuba berbangga dengan menguji budak-budak sawit yang aku kenal. Oh, untuk pengetahuan, aku pernah sekali panggil member aku budak sawit sebab dia tinggal di Felda Tebrau, dan hasilnya sangat menakjubkan. Aku menerima kecaman teruk dan sejak itu aku bertaubat, tapi tidak lama aku bertaubat.

Barisan anak-anak Felda Tebrau yang akan berjaya. Baju putih tu idola


Sebagai seorang cucu kepada pekebun sawit, dan aku sendiri banyak kali membantu atuk di kebun sawitnya yang maha banyak, aku cuba menguji seorang rakan dari Felda.

“Weh, kau pernah masuk ladang sawit tak?”
“Tak pernah.”
“Kau pernah tengok buah sawit tak?”                         
“Pernah jugaklah masa kecik dulu.”
“Ok. Kau tau tak buah sawit boleh dimakan begitu sahaja?”
“Eh, seriuslah? Aku tak tau pun?”
“Serius, kau belah buah sawit tu. Kat bahagian tengah tu ada benda putih. Haa, cubalah rasa. Bahagian putih tu lemak-lemak manis.”
“Eh, betul ker boleh makan? Tak tau pun sebelum nih?”

“Betullah. Tapi aku tak pernah makan. Selalunya ayam atuk aku makan. Elok jer hidup sampai sekarang. Sihat lagi.”

Comments

Popular posts from this blog

BERANGAN GORENG

Perjalanan backpacker ke Pahang merupakan satu lagi pengalaman baru. Hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa sakitnya pinggul aku duduk lebih 5 jam dalam bas dari Pontian, Johor ke Jerantut, Pahang. First time aku ke Pahang naik bas seorang diri dan aku memang excited lah kalau bab jalan-jalan jadi musafir nih. Pengembaraan aku ini ditaja oleh syarikat sabun Downy dan elaun yang diberikan adalah RM45 seorang. Adalah dalam 5 orang lagi yang ikut jadi backpacker nih. Lepas 4 jam perjalanan, kami berhenti makan di Muadzam. Aku fikir yang kami akan berhenti makan di R&R, sebaliknya kami berhenti makan di kedai tepi jalan sahaja. “Bang, kenapa kita berhenti makan sini? R&R tak dak ka?” “Elaun kau RM45 je dik. Nak makan kat R&R mahal. Masuk tandas pun kena bayar.” So, aku akur sahaja dengan jawapan driver bas tuh. Di tempat tuh ada banyak kedai makan, malangnya yang buka hanya satu kedai sahaja. Nak tak nak, terpaksalah makan juga di kedai tuh. Aku Nampak dari jauh ada

FIRST POST IG 2017

I can't wait to go to school tomorrow, but I realized that I'm 18 now. To be honest, during 2016 I'm surround by amazing classmate. The Baiduri had Syirayusri who is the winner of Master Chef in 2012. For your information, she also beated Chef Wan and Chef Dewan Selera in final Master Chef 2012. That's why her cookings so good. Nuuurulain is a one of the student that good in  Chemistry although we didn't have any chemistry in working together. Emmanorelya is a wonderful girl and she had a twin named Husnaafiqa, but they don't have any similarities. This twin was like Earth and Sky. Emma is quite short than Husna, but the way they think always different. Yes, Emma is more matured than Husna. Muhdfitrimadom is a Mathematic specialist. He is good at calculating number and solving problem. He got an advantage from God maybe, because he also can calculate someones 'Pahala' and 'Dosa'. If Moses got Firaun as his foe, then Fitri got Izxxd as his rival.I

FITNAH HANTU AKHIR ZAMAN

Sewaktu bersarapan, aku melihat berita semasa di TV3. “Nahas ngeri di Karak”. Then, diorang buka cerita mengenai jalan Karak yang dikatakan berhantu. Perbualan tersebut tidak disempitkan terhadap Jalan Karak semata-mata, malah turut membabitkan pengalaman masing-masing. Ijam cerita, “Aku pernah naik motor eksiden sebab kena kejar dengan pontianak.” Khai turut bercerita, “Aku lagi teruk, hampir langgar sebuah bas sebab nampak hantu atas bumbung kereta orang.”    Saat aku mendengar cerita mereka, aku tak tahu nak kasihan pada siapa. Sama ada mahu kesian pada kawan aku yang terlibat kemalangan ataupun hantu-hantu di luar sana yang sering menjadi mangsa fitnah manusia di luar sana. Kadang-kadang bukan salah hantu pun, tetapi secara logiknya takkan hero jalanan atau mat rempit nak ngaku dia eksiden sebab tengah korek hidung masa bawa motor, nanti malu. So, cerita hantu pun diguna pakai untuk menutup segala lubang keaiban diri. Mangsanya ialah hantu kerana dituduh mengganggu pen