Skip to main content

SYURGA MAKANAN

Dapat jemputan makan tengahari bersama orang besar dari Puteri Pacific Hotel, Johor Bharu.
Bukan senang nak jadi VIP di hotel 5 bintang.


Aku cukup kagum apabila ada Caucassion gelar Malaysia ni "Heaven of Food". Ramai tourist dari Afrika, Amerika bahkan Eropah akan terkejut melihat variasi aneka makanan daripada setiap bangsa.

Saya pun tumpang bangga kerana Malaysia bukan sahaja terkenal di kalangan Tourist keranan Makanan, bahkan Malaysia menduduki ranking ke-3 di Asia sebagai penduduk yang obes. Bukan senang kita nak dapat ranking no.3 sebab ranking bolasepak negara yang dikeluarkan FIFA bulan ini menunjukkan kita masih di ranking ke-161.

Aku akui bahawa rakyat Malaysia sangat suka makan sehingga ramai wanita yang bela jin. Sebab ramai kawan aku yang perempuan especially, makan macam Jin tapi badan sekeping je. Memang sah dia bela jin.

Malaysia ada banyak jenis makanan seperti yang popular ialah Sate, Nasi Lemak dan Roti Canai. Tetapi, selera orang Malaysia sedikit pelik. Banyak-banyak makanan, ramai member yang pilih makan kawan. Ramai kekasih yang suka makan hati. Ramai orang ternama suka makan rasuah. Ramai orang kaya makan angin manakala golongan marhaen pula asyik kena makan nasihat dari kerajaan. Paling popular di Malaysia ialah selera orang atasan yang suka makan duit rakyat. Pelik benar selera mereka.

Tak payah nak usik Pak Menteri makan duit rakyat lah, korang yang belajar under MARA kalau belajar tapi jadi liabiliti je dalam organisasi MARA, korang pun sama makan duit rakyat pasal MARA tu Majlis Amanah Rakyat.

p/s: Saya dulu kalau rasa malas nak belajar, try ingat yang aku makan pakai duit rakyat. Terus semangat.😎

Comments

Popular posts from this blog

BERANGAN GORENG

Perjalanan backpacker ke Pahang merupakan satu lagi pengalaman baru. Hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa sakitnya pinggul aku duduk lebih 5 jam dalam bas dari Pontian, Johor ke Jerantut, Pahang. First time aku ke Pahang naik bas seorang diri dan aku memang excited lah kalau bab jalan-jalan jadi musafir nih. Pengembaraan aku ini ditaja oleh syarikat sabun Downy dan elaun yang diberikan adalah RM45 seorang. Adalah dalam 5 orang lagi yang ikut jadi backpacker nih. Lepas 4 jam perjalanan, kami berhenti makan di Muadzam. Aku fikir yang kami akan berhenti makan di R&R, sebaliknya kami berhenti makan di kedai tepi jalan sahaja. “Bang, kenapa kita berhenti makan sini? R&R tak dak ka?” “Elaun kau RM45 je dik. Nak makan kat R&R mahal. Masuk tandas pun kena bayar.” So, aku akur sahaja dengan jawapan driver bas tuh. Di tempat tuh ada banyak kedai makan, malangnya yang buka hanya satu kedai sahaja. Nak tak nak, terpaksalah makan juga di kedai tuh. Aku Nampak dari jauh ada

FIRST POST IG 2017

I can't wait to go to school tomorrow, but I realized that I'm 18 now. To be honest, during 2016 I'm surround by amazing classmate. The Baiduri had Syirayusri who is the winner of Master Chef in 2012. For your information, she also beated Chef Wan and Chef Dewan Selera in final Master Chef 2012. That's why her cookings so good. Nuuurulain is a one of the student that good in  Chemistry although we didn't have any chemistry in working together. Emmanorelya is a wonderful girl and she had a twin named Husnaafiqa, but they don't have any similarities. This twin was like Earth and Sky. Emma is quite short than Husna, but the way they think always different. Yes, Emma is more matured than Husna. Muhdfitrimadom is a Mathematic specialist. He is good at calculating number and solving problem. He got an advantage from God maybe, because he also can calculate someones 'Pahala' and 'Dosa'. If Moses got Firaun as his foe, then Fitri got Izxxd as his rival.I

FITNAH HANTU AKHIR ZAMAN

Sewaktu bersarapan, aku melihat berita semasa di TV3. “Nahas ngeri di Karak”. Then, diorang buka cerita mengenai jalan Karak yang dikatakan berhantu. Perbualan tersebut tidak disempitkan terhadap Jalan Karak semata-mata, malah turut membabitkan pengalaman masing-masing. Ijam cerita, “Aku pernah naik motor eksiden sebab kena kejar dengan pontianak.” Khai turut bercerita, “Aku lagi teruk, hampir langgar sebuah bas sebab nampak hantu atas bumbung kereta orang.”    Saat aku mendengar cerita mereka, aku tak tahu nak kasihan pada siapa. Sama ada mahu kesian pada kawan aku yang terlibat kemalangan ataupun hantu-hantu di luar sana yang sering menjadi mangsa fitnah manusia di luar sana. Kadang-kadang bukan salah hantu pun, tetapi secara logiknya takkan hero jalanan atau mat rempit nak ngaku dia eksiden sebab tengah korek hidung masa bawa motor, nanti malu. So, cerita hantu pun diguna pakai untuk menutup segala lubang keaiban diri. Mangsanya ialah hantu kerana dituduh mengganggu pen