Skip to main content

SERANGAN HATERS GUNNERS

Malam itu akan berlangsungnya perlawanan semi-final UEFA Champions League, satu siaran langsung yang diminati oleh lelaki sejati yang sudah baligh. Aku sendiri jarang dapat tengok perlawanan Liga Juara-Juara Eropah ini secara live sebab 3 perkara:

1.       Aku tidak langgan pack Astro yang ada semua saluran bola sepak Eropah.
2.       Perlawanan Liga Juara-Juara Eropah berlangsung sekitar 2.45 pagi di mana waktu itu adalah waktu kemuncak aku tidur.
3.       Aku bukan budak nakal yang curi-curi tengok melalui smartphone atau fly masa duduk asrama dulu.
Kalau check balik last history aku tengok live Liga Juara-Juara Eropah ini ialah ketika Real Madrid bertemu Atletico Madrid di pentas akhir, dan bagi aku itu adalah perlawanan paling best sebab dapat tengok Real Madrid comeback minit-minit akhir yang kelihatan seperti aku yang study last-last minit dan dapat graduate kelas pertama.

Disebabkan Real akan menentang Atletico Madrid pagi esok, jadi aku pun tidur awal lepas set alarm pukul 3 pagi. Tepat jam 3 pagi, alarm aku pun memulakan tugasnya untuk mengejut tuannya bangkit dari tidur. Aku memang jenis senang dikejut, apatah lagi bila bunyi alarm aku sendiri menambah semangat aku untuk bangun.

“Bangun…. Bangun…. Bangun Harimau bangun!”
Celik jer mata aku, terus aku capai phone dan matikan alarm. Segera aku ke laman Youtube dan mencari Live Streaming di Youtube. Jenuh jugalah nak cari Live Streaming tuh. Dekat 30 minit aku cari dan kebanyakkannya hanyalah live yang berbentuk analisis. Hampeh, bukan senang aku nak bangun pagi-pagi buta ni tau! Aku tengok jelah update score dari WhatsApp Group aku dan keputusan semasa ketika itu ialah Atletico mendahului 2-0 hasil jaringan Saul dan Griezmann. Aku pun hantar satu mesej dalam group tuh.

“Weyh, aku nak tengok Live tapi tak dapat.”
“Man, kau tengok je Live dari Instagram aku.”

Aku pun usha live dari Rajakago. Alhamdulillah, dapat juga aku layan live UCL.

Esoknya, member aku yang fans Barcelona dan Tottenham itu mula dengki dengan kami fans Madrid. Dia mula menimbulkan isu perkauman dalam group WhatsApp. Aku yang darah muda ini mana tahan diprovokasi seperti itu. Lantas, aku khabarkan juga bahawa team favourite aku, Arsenal Berjaya tewaskan Southampton 2-0 pada malam semalam.

Ipan yang berusaha melakukan provok itu segera hantar satu mesej.
“Why don’t they drink tea at Emirates Stadium? Because all the cups are at Camp Nou.”


“Pale pungkoq hang. Kami orang London tak minum pakai cup, kami pakai glass wine. Baru standard!”

Comments

Popular posts from this blog

BERANGAN GORENG

Perjalanan backpacker ke Pahang merupakan satu lagi pengalaman baru. Hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa sakitnya pinggul aku duduk lebih 5 jam dalam bas dari Pontian, Johor ke Jerantut, Pahang. First time aku ke Pahang naik bas seorang diri dan aku memang excited lah kalau bab jalan-jalan jadi musafir nih. Pengembaraan aku ini ditaja oleh syarikat sabun Downy dan elaun yang diberikan adalah RM45 seorang. Adalah dalam 5 orang lagi yang ikut jadi backpacker nih. Lepas 4 jam perjalanan, kami berhenti makan di Muadzam. Aku fikir yang kami akan berhenti makan di R&R, sebaliknya kami berhenti makan di kedai tepi jalan sahaja. “Bang, kenapa kita berhenti makan sini? R&R tak dak ka?” “Elaun kau RM45 je dik. Nak makan kat R&R mahal. Masuk tandas pun kena bayar.” So, aku akur sahaja dengan jawapan driver bas tuh. Di tempat tuh ada banyak kedai makan, malangnya yang buka hanya satu kedai sahaja. Nak tak nak, terpaksalah makan juga di kedai tuh. Aku Nampak dari jauh ada

FIRST POST IG 2017

I can't wait to go to school tomorrow, but I realized that I'm 18 now. To be honest, during 2016 I'm surround by amazing classmate. The Baiduri had Syirayusri who is the winner of Master Chef in 2012. For your information, she also beated Chef Wan and Chef Dewan Selera in final Master Chef 2012. That's why her cookings so good. Nuuurulain is a one of the student that good in  Chemistry although we didn't have any chemistry in working together. Emmanorelya is a wonderful girl and she had a twin named Husnaafiqa, but they don't have any similarities. This twin was like Earth and Sky. Emma is quite short than Husna, but the way they think always different. Yes, Emma is more matured than Husna. Muhdfitrimadom is a Mathematic specialist. He is good at calculating number and solving problem. He got an advantage from God maybe, because he also can calculate someones 'Pahala' and 'Dosa'. If Moses got Firaun as his foe, then Fitri got Izxxd as his rival.I

FITNAH HANTU AKHIR ZAMAN

Sewaktu bersarapan, aku melihat berita semasa di TV3. “Nahas ngeri di Karak”. Then, diorang buka cerita mengenai jalan Karak yang dikatakan berhantu. Perbualan tersebut tidak disempitkan terhadap Jalan Karak semata-mata, malah turut membabitkan pengalaman masing-masing. Ijam cerita, “Aku pernah naik motor eksiden sebab kena kejar dengan pontianak.” Khai turut bercerita, “Aku lagi teruk, hampir langgar sebuah bas sebab nampak hantu atas bumbung kereta orang.”    Saat aku mendengar cerita mereka, aku tak tahu nak kasihan pada siapa. Sama ada mahu kesian pada kawan aku yang terlibat kemalangan ataupun hantu-hantu di luar sana yang sering menjadi mangsa fitnah manusia di luar sana. Kadang-kadang bukan salah hantu pun, tetapi secara logiknya takkan hero jalanan atau mat rempit nak ngaku dia eksiden sebab tengah korek hidung masa bawa motor, nanti malu. So, cerita hantu pun diguna pakai untuk menutup segala lubang keaiban diri. Mangsanya ialah hantu kerana dituduh mengganggu pen