Skip to main content

SPECIAL

Lepas siap membeli barang dapur, aku rasa lapar gila sebab tak makan dari tengahari. So, aku usha ada satu food truck jual burger berdekatan simpang empat di Benut. Meriah jugaklah tempat di situ sebab ramai orang dan lampu berwarna-warni menghias malam yang kelam itu.

“Abang, burger apa ada?”
“Tengok kat board tu dik.”
“Oh, burger rusa satu bang. Tambah cheese.”
“Burger rusa takde dik.”
“Okay, kalau camtu bagi burger arnab satu. Tambah cheese.”
“Arnab baru habis dik.”
“Burger daging bang?”
“Daging pon habis.”

Sungguh hambar permainan abang tuh. Tadi suruh aku tengok menu dekat board, sekarang semua habis. Apa punya peniaga lah troll customer sendiri. Haih.

“Burger ayam ada bang?”
“Ada. Nak biasa atau special?”
“Kalau special tambah apa? Cheese ker?”
“Eh tak. Special ada telor je.”

Sementara menunggu waktu berbuka lagi 2 jam. So aku pusing-pusing cari bazaar Ramadhan. Bukan selalu pergi bazaar nih, so aku pun grab peluang sementara aku ada kat rumah nih. Aku target nak makan Kuew Teow sebab aku dah lama mengidam benda alah nih. Kalah weyh aku rasa mak-mak yang mengidam sebab mengandung tuh. Aku baru je masuk bazaar tuh dalam tiga tapak, tiba-tiba hidung aku terbau haruman kuew teow. Biasalah, bila time puasa nih, sensitivity deria hidung manusia akan meningkat secara tiba-tiba.

“Kak, kuew teow apa jer ada?”
“Ada kerang, udang dan special.”
“Kuew teow special ada apa je dalam tuh?”
“Campur udang kerang. Then, tambah telor.”

Lepas terawih, aku nak promote blog aku dekat kawan-kawan aku yang lain supaya mereka membantu dan menyokong aku jadi penulis. Bukan senang nak jadi penulis sebab ramai kritik penulisan aku tak relevan dan tak berakademik. Kalau nak penulisan yang akademik, aku boleh je bagi. Kau pergi ambil semua esei BM aku yang aku dapat A tuh (maaf riak). After an hour, ada member aku yang respon dengan mesej yang aku sebarkan untuk promote nota ansara aku tadi.

“Asal tiba-tiba kau nak jadi penulis?”
“Sebab aku rasa aku ada bakat yang boleh diasah dalam bidang penulisan. Banyak juga pertandingan esei aku masuk dan semuanya memuaskan.”

“Oh, aku support kau. Kalau dah release buku kau, aku nak satu buku yang special.’
“Okay. Boleh je bro. Nanti aku letak telur dalam buku aku tuh bagi dia special.”

Comments

Popular posts from this blog

BERANGAN GORENG

Perjalanan backpacker ke Pahang merupakan satu lagi pengalaman baru. Hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa sakitnya pinggul aku duduk lebih 5 jam dalam bas dari Pontian, Johor ke Jerantut, Pahang. First time aku ke Pahang naik bas seorang diri dan aku memang excited lah kalau bab jalan-jalan jadi musafir nih. Pengembaraan aku ini ditaja oleh syarikat sabun Downy dan elaun yang diberikan adalah RM45 seorang. Adalah dalam 5 orang lagi yang ikut jadi backpacker nih. Lepas 4 jam perjalanan, kami berhenti makan di Muadzam. Aku fikir yang kami akan berhenti makan di R&R, sebaliknya kami berhenti makan di kedai tepi jalan sahaja. “Bang, kenapa kita berhenti makan sini? R&R tak dak ka?” “Elaun kau RM45 je dik. Nak makan kat R&R mahal. Masuk tandas pun kena bayar.” So, aku akur sahaja dengan jawapan driver bas tuh. Di tempat tuh ada banyak kedai makan, malangnya yang buka hanya satu kedai sahaja. Nak tak nak, terpaksalah makan juga di kedai tuh. Aku Nampak dari jauh ada

FIRST POST IG 2017

I can't wait to go to school tomorrow, but I realized that I'm 18 now. To be honest, during 2016 I'm surround by amazing classmate. The Baiduri had Syirayusri who is the winner of Master Chef in 2012. For your information, she also beated Chef Wan and Chef Dewan Selera in final Master Chef 2012. That's why her cookings so good. Nuuurulain is a one of the student that good in  Chemistry although we didn't have any chemistry in working together. Emmanorelya is a wonderful girl and she had a twin named Husnaafiqa, but they don't have any similarities. This twin was like Earth and Sky. Emma is quite short than Husna, but the way they think always different. Yes, Emma is more matured than Husna. Muhdfitrimadom is a Mathematic specialist. He is good at calculating number and solving problem. He got an advantage from God maybe, because he also can calculate someones 'Pahala' and 'Dosa'. If Moses got Firaun as his foe, then Fitri got Izxxd as his rival.I

FITNAH HANTU AKHIR ZAMAN

Sewaktu bersarapan, aku melihat berita semasa di TV3. “Nahas ngeri di Karak”. Then, diorang buka cerita mengenai jalan Karak yang dikatakan berhantu. Perbualan tersebut tidak disempitkan terhadap Jalan Karak semata-mata, malah turut membabitkan pengalaman masing-masing. Ijam cerita, “Aku pernah naik motor eksiden sebab kena kejar dengan pontianak.” Khai turut bercerita, “Aku lagi teruk, hampir langgar sebuah bas sebab nampak hantu atas bumbung kereta orang.”    Saat aku mendengar cerita mereka, aku tak tahu nak kasihan pada siapa. Sama ada mahu kesian pada kawan aku yang terlibat kemalangan ataupun hantu-hantu di luar sana yang sering menjadi mangsa fitnah manusia di luar sana. Kadang-kadang bukan salah hantu pun, tetapi secara logiknya takkan hero jalanan atau mat rempit nak ngaku dia eksiden sebab tengah korek hidung masa bawa motor, nanti malu. So, cerita hantu pun diguna pakai untuk menutup segala lubang keaiban diri. Mangsanya ialah hantu kerana dituduh mengganggu pen