Skip to main content

MUAR SOMBONG

Minggu Orientasi atau Minggu Suai Kenal adalah satu perkara banal dalam memulakan kehidupan di tempat baru. Kita akan disuntik dengan doktrin-doktrin dari tempat tersebut dengan segala peraturan-peraturan tempat tersebut dengan konsep Waqi’yah. Mungkin dah termasuk dalam protocol bahawa setiap pelajar baharu akan melalui minggu orientasi dan nama orientasi itu sahaja yang divariasi seperti Minggu Silaturrahim (MISRA), Minggu Destini Siswa (MDS) dan Minggu Pengurusan Pelajar Baharu (MPPB).

Disebabkan aku baru sahaja menjadi budak kolej di sebuah kolej kerajaan, maka aku pun tidak terlepas dalam mengharungi minggu yang cukup membosankan ini. Adalah juga best sikit. Tujuan utama minggu orientasi ini diadakan adalah untuk memperkenalkan penuntut di sesebuah institusi tersebut dengan misi, visi, matlamat dan undang-undang mereka. Ya, melalui minggu inilah pelajar akan didoktrin habis-habisan dengan segala mak nenek salur galur organisasi sepertimana manusia pernah dibacakan ayat-ayat Tuhan untuk memperkenalkan mereka kepada dunia sebelum mereka dilahirkan ke dunia ini.

Selain daripada mengetahui visi dan misi institusi tersebut, minggu inilah yang akan digunakan untuk membuat kawan baharu, and that’s why it’s called as Minggu Suai Kenal. Selain daripada berkenalan dengan kawan sebaya dan guru-guru, ini jugalah masanya untuk anak muda menggatal minta nombor abang dan kakak fasi yang handle program orientasi nih.

Selepas minggu orientasi, aku telah dipecahkan mengikut kelas dan adalah normal jika first time kita masuk ke kelas baharu, kita akan diam sunyi sepi ibarat rakyat yang mendiamkan diri apabila sudah mendapat bantuan kerajaan. Time tak dapat, tau pulak bising. Puih, tak reti bersyukur!

Perkara biasa yang akan dilakukan oleh guru yang akan mengajar kelas baharu mereka, mereka pasti akan suruh setiap pelajar memperkenalkan diri masing-masing. Kalau kau ada 10 orang cikgu yang berlainan, 10 kalilah kau kena perkenalkan diri kau. Dah macam promote diri aku rasa. Aku sendiri rasa macam nak letak kod pada tangan aku, so cikgu aku tinggal scan code tu pakai smartphone mereka untuk tahu maklumat diri aku. Tapi, disebabkan air wuduk aku akan tidak sah jika aku letak kod kat tangan, so aku tak buat.

Lepas habis kelas, aku terus pi bilik dan check segala noty yang masuk. Yelah, masa kelas takkan nak check WhatsApp pulak. Tiba-tiba, kawan aku dari Pasir Gudang hantar screenshot conversation antara dia dengan seorang perempuan nama Emylia. Aku terkejut kot bila baca conversation tuh sebab ada ayat:

“Weyh, dalam kelas aku ada 3 budak MRSM Muar. Boleh tahan sombong ea budak MRSM Muar?”

Aku sebagai bekas pelajar MARA, terasa nak offended benda macam nih. Aku tak tahu apa asas untuk dia mengatakan kami ini sombong. Aku boleh terima kalau dia nak kata budak MRSM Muar sombong, tapi aku tak boleh terima kalau dia kata aku sombong. Yelah, dia perempuan dan aku ni lelaki. Takkan first day jumpa dah nak tanya macam-macam.


Dulu aku ada seorang kawan yang suka tegur orang perempuan ni macam-macam walaupun dia tak kenal perempuan tuh, dan orang panggil kawan aku tu “playboy”.

Comments

Popular posts from this blog

BERANGAN GORENG

Perjalanan backpacker ke Pahang merupakan satu lagi pengalaman baru. Hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa sakitnya pinggul aku duduk lebih 5 jam dalam bas dari Pontian, Johor ke Jerantut, Pahang. First time aku ke Pahang naik bas seorang diri dan aku memang excited lah kalau bab jalan-jalan jadi musafir nih. Pengembaraan aku ini ditaja oleh syarikat sabun Downy dan elaun yang diberikan adalah RM45 seorang. Adalah dalam 5 orang lagi yang ikut jadi backpacker nih. Lepas 4 jam perjalanan, kami berhenti makan di Muadzam. Aku fikir yang kami akan berhenti makan di R&R, sebaliknya kami berhenti makan di kedai tepi jalan sahaja. “Bang, kenapa kita berhenti makan sini? R&R tak dak ka?” “Elaun kau RM45 je dik. Nak makan kat R&R mahal. Masuk tandas pun kena bayar.” So, aku akur sahaja dengan jawapan driver bas tuh. Di tempat tuh ada banyak kedai makan, malangnya yang buka hanya satu kedai sahaja. Nak tak nak, terpaksalah makan juga di kedai tuh. Aku Nampak dari jauh ada

FIRST POST IG 2017

I can't wait to go to school tomorrow, but I realized that I'm 18 now. To be honest, during 2016 I'm surround by amazing classmate. The Baiduri had Syirayusri who is the winner of Master Chef in 2012. For your information, she also beated Chef Wan and Chef Dewan Selera in final Master Chef 2012. That's why her cookings so good. Nuuurulain is a one of the student that good in  Chemistry although we didn't have any chemistry in working together. Emmanorelya is a wonderful girl and she had a twin named Husnaafiqa, but they don't have any similarities. This twin was like Earth and Sky. Emma is quite short than Husna, but the way they think always different. Yes, Emma is more matured than Husna. Muhdfitrimadom is a Mathematic specialist. He is good at calculating number and solving problem. He got an advantage from God maybe, because he also can calculate someones 'Pahala' and 'Dosa'. If Moses got Firaun as his foe, then Fitri got Izxxd as his rival.I

FITNAH HANTU AKHIR ZAMAN

Sewaktu bersarapan, aku melihat berita semasa di TV3. “Nahas ngeri di Karak”. Then, diorang buka cerita mengenai jalan Karak yang dikatakan berhantu. Perbualan tersebut tidak disempitkan terhadap Jalan Karak semata-mata, malah turut membabitkan pengalaman masing-masing. Ijam cerita, “Aku pernah naik motor eksiden sebab kena kejar dengan pontianak.” Khai turut bercerita, “Aku lagi teruk, hampir langgar sebuah bas sebab nampak hantu atas bumbung kereta orang.”    Saat aku mendengar cerita mereka, aku tak tahu nak kasihan pada siapa. Sama ada mahu kesian pada kawan aku yang terlibat kemalangan ataupun hantu-hantu di luar sana yang sering menjadi mangsa fitnah manusia di luar sana. Kadang-kadang bukan salah hantu pun, tetapi secara logiknya takkan hero jalanan atau mat rempit nak ngaku dia eksiden sebab tengah korek hidung masa bawa motor, nanti malu. So, cerita hantu pun diguna pakai untuk menutup segala lubang keaiban diri. Mangsanya ialah hantu kerana dituduh mengganggu pen