Skip to main content

MENTAL ILLNESS

click here to watch stress video from striker17 studio

Semua orang ada masalah dan melalui fasa-fasa dewasa yang berbeza. Dan apa yang sama berlaku pada setiap orang ialah tekanan atau stress. Adalah normal bagi manusia biasa termasuk juga manusia luarbiasa seperti Messi, Ronaldo dan Zlatan untuk turut merasai stress. Stress akan menyerang sesiapa sahaja tanpa mengenal umur, pangkat, harta apatah lagi mahu mengenali rakyat-rakyat marhaen. Instafamous stress dengan paid review tak bayar, fans Brazil stress tak menang World Cup, student stress dengan assignment berlambak, dan Haqiem Rusli stress kena bash. Ehh…

Stress ni bukanlah suatu wabak yang terlalu bahaya sebenarnya sebab masih banyak cara untuk kita control stress. Omputih kata, “We are who we are.” Kita-lah orang yang menguasai diri kita kecuali hang kena rasuk, tu out of topic kita. Self-awareness adalah langkah penting untuk menghalang diri anda daripada stress dan membawa anda kepada depression sehingga menyebabkan diri tergantung sepi. Ehh… Sekiranya kita sendiri tiada self-awareness dan biarkan diri kita tanpa pemeriksaan kesihatan, maka itulah punca yang boleh menyebabkan diri kepada stress. So, nak tak nak hang kenalah juga buat medical check-up at least setahun dua kali. Kalau servis kereta motor boleh, takkan hang nak servis diri hang pun tak mampu?



Stress juga boleh lead kepada mental illness. Tapi ni aku tak sure lah sebab fakta artikel yang aku baca ni still meragukan. But, apa yang aku nak kongsikan ialah reaksi atau responden masyarakat kita kepada stress atau mental illness tu sendiri.

Golongan nenek atuk hang akan kata,
“Mengucap banyak-banyak. Istighfar. Banyakkan berzikir dan baca Quran selalu.”

Golongan pak cik mak cik bawang pula menambah,
“Ni ada setan ni kat budak ni. Tu yang dok meroyan tak betul tuh.”

Golongan netizen hati busuk pula membatu api,
“Haa. Ni mesti gimik lagi. Cliché.”
Ehh…

First of all, you can’t easily saying like that to the person who have mental illness. Mental illness ni bukan masalah lemah iman, gangguan syaitan or gimik etc. It’s a disease. Kita sudah berada di dunia moden we should trust on our doctor. Buat apa golongan doctor study jauh-jauh, berkorban jawab soalan tembikai Biologi SPM 2016, kena buli masa housemanship dan sebagainya kalau rakyat tidak mahu menggunakan khidmat mereka dan lebih mempercayai dukun dan bomoh. Lebih baik mereka jadi apply architecture bagi membina wawasan dalam diri rakyat Malaysia ataupun menjadi sang engineer mencipta ketamadunan masyarakat Melayu daripada terus dengan perangai negative.

Bukanlah aku cuba menidakkan hasutan atau kewujudan ghaib ini, tapi at least put your trust on doctor first before dukun, bomoh, pawang, and all other stuffs. Cuba hang bayangkan, hang pi jumpa bomoh dia kata ada jin tumpeng badan hang, lepas hang dah ninggal, pi post-mortem hospital, depa kata hang mati sebab kanser hati stage 4 akibat hisap rokok berlebihan. Waktu tu, hang dah pi jumpa Tuhan dah, aku pulak tunngu caption TV3 cerita pasal hang.
“MAUT DISANGKA JIN RUPANYA KANSER.”

Comments

Popular posts from this blog

BERANGAN GORENG

Perjalanan backpacker ke Pahang merupakan satu lagi pengalaman baru. Hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa sakitnya pinggul aku duduk lebih 5 jam dalam bas dari Pontian, Johor ke Jerantut, Pahang. First time aku ke Pahang naik bas seorang diri dan aku memang excited lah kalau bab jalan-jalan jadi musafir nih. Pengembaraan aku ini ditaja oleh syarikat sabun Downy dan elaun yang diberikan adalah RM45 seorang. Adalah dalam 5 orang lagi yang ikut jadi backpacker nih. Lepas 4 jam perjalanan, kami berhenti makan di Muadzam. Aku fikir yang kami akan berhenti makan di R&R, sebaliknya kami berhenti makan di kedai tepi jalan sahaja. “Bang, kenapa kita berhenti makan sini? R&R tak dak ka?” “Elaun kau RM45 je dik. Nak makan kat R&R mahal. Masuk tandas pun kena bayar.” So, aku akur sahaja dengan jawapan driver bas tuh. Di tempat tuh ada banyak kedai makan, malangnya yang buka hanya satu kedai sahaja. Nak tak nak, terpaksalah makan juga di kedai tuh. Aku Nampak dari jauh ada

FIRST POST IG 2017

I can't wait to go to school tomorrow, but I realized that I'm 18 now. To be honest, during 2016 I'm surround by amazing classmate. The Baiduri had Syirayusri who is the winner of Master Chef in 2012. For your information, she also beated Chef Wan and Chef Dewan Selera in final Master Chef 2012. That's why her cookings so good. Nuuurulain is a one of the student that good in  Chemistry although we didn't have any chemistry in working together. Emmanorelya is a wonderful girl and she had a twin named Husnaafiqa, but they don't have any similarities. This twin was like Earth and Sky. Emma is quite short than Husna, but the way they think always different. Yes, Emma is more matured than Husna. Muhdfitrimadom is a Mathematic specialist. He is good at calculating number and solving problem. He got an advantage from God maybe, because he also can calculate someones 'Pahala' and 'Dosa'. If Moses got Firaun as his foe, then Fitri got Izxxd as his rival.I

FITNAH HANTU AKHIR ZAMAN

Sewaktu bersarapan, aku melihat berita semasa di TV3. “Nahas ngeri di Karak”. Then, diorang buka cerita mengenai jalan Karak yang dikatakan berhantu. Perbualan tersebut tidak disempitkan terhadap Jalan Karak semata-mata, malah turut membabitkan pengalaman masing-masing. Ijam cerita, “Aku pernah naik motor eksiden sebab kena kejar dengan pontianak.” Khai turut bercerita, “Aku lagi teruk, hampir langgar sebuah bas sebab nampak hantu atas bumbung kereta orang.”    Saat aku mendengar cerita mereka, aku tak tahu nak kasihan pada siapa. Sama ada mahu kesian pada kawan aku yang terlibat kemalangan ataupun hantu-hantu di luar sana yang sering menjadi mangsa fitnah manusia di luar sana. Kadang-kadang bukan salah hantu pun, tetapi secara logiknya takkan hero jalanan atau mat rempit nak ngaku dia eksiden sebab tengah korek hidung masa bawa motor, nanti malu. So, cerita hantu pun diguna pakai untuk menutup segala lubang keaiban diri. Mangsanya ialah hantu kerana dituduh mengganggu pen