Skip to main content

ADILKAH SESUATU KEADILAN?

Seringkali kita lihat dan dengar suara-suara sumbang menyatakan bahawa mereka mahu menuntut 'keadilan' dan seumpamanya. Tapi benarkah definisi adil yang kita pegang pada hari ini? Apakah definisi 'Adil' yang kita pegang? Adakah adil versi Islamis atau sekukaris?

Menurut Islam, Adil itu ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya. Masih kabur dan tidak jelas? Untuk memudahkan fahaman kalian yang selama ini telah disuntik dan didoktrin dengan pelbagai bentuk definisi adil dari berbeza perspektif, adil dari segi Islam bermaksud memulangkan pada yang haq.

Pada hari ini, kita anggap adil ialah sama rata. Walhal itu ialah konsep 'equality'. Adakah konsep adil dan equality adalah tidak sama? Ya, jawapannya adalah tidak sama. Sebagai contoh, seorang kanak-kanak mempunyai 4 batang aiskrim, lalu kawannya merampas 2 batang aiskrim darinya. Lantas, budak itu menangis air mata syahdu seperti seorang lelaki tertumpahkan satu-satunya maggi yang dia ada.

"Hei, aiskrim ini milik saya. Saya belinya di kedai Cik Epal."
"Tapi kamu ada 4 batang aiskrim, dan saya tidak ada sebatang pun. Oleh itu, kamu perlu beri saya 2 batang agar ianya menjadi adil."
"Eh, macam tu pulak."
Aiskrim: "Ehh..."

Keadilan ialah apabila sesuatu itu dirampas atau diambil, dan ia perlu dipulangkan semula ke tempat asalnya. Persamaan bukanlah keadilan kerana keadilan adalah kebenaran dan tiada melibatkan sebarang penindasan. Oleh itu, soal diri kamu semula, adakah kamu bertindak adil ataupun menuntut kesamarataan?

Comments

Popular posts from this blog

BERANGAN GORENG

Perjalanan backpacker ke Pahang merupakan satu lagi pengalaman baru. Hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa sakitnya pinggul aku duduk lebih 5 jam dalam bas dari Pontian, Johor ke Jerantut, Pahang. First time aku ke Pahang naik bas seorang diri dan aku memang excited lah kalau bab jalan-jalan jadi musafir nih. Pengembaraan aku ini ditaja oleh syarikat sabun Downy dan elaun yang diberikan adalah RM45 seorang. Adalah dalam 5 orang lagi yang ikut jadi backpacker nih. Lepas 4 jam perjalanan, kami berhenti makan di Muadzam. Aku fikir yang kami akan berhenti makan di R&R, sebaliknya kami berhenti makan di kedai tepi jalan sahaja. “Bang, kenapa kita berhenti makan sini? R&R tak dak ka?” “Elaun kau RM45 je dik. Nak makan kat R&R mahal. Masuk tandas pun kena bayar.” So, aku akur sahaja dengan jawapan driver bas tuh. Di tempat tuh ada banyak kedai makan, malangnya yang buka hanya satu kedai sahaja. Nak tak nak, terpaksalah makan juga di kedai tuh. Aku Nampak dari jauh ada

FIRST POST IG 2017

I can't wait to go to school tomorrow, but I realized that I'm 18 now. To be honest, during 2016 I'm surround by amazing classmate. The Baiduri had Syirayusri who is the winner of Master Chef in 2012. For your information, she also beated Chef Wan and Chef Dewan Selera in final Master Chef 2012. That's why her cookings so good. Nuuurulain is a one of the student that good in  Chemistry although we didn't have any chemistry in working together. Emmanorelya is a wonderful girl and she had a twin named Husnaafiqa, but they don't have any similarities. This twin was like Earth and Sky. Emma is quite short than Husna, but the way they think always different. Yes, Emma is more matured than Husna. Muhdfitrimadom is a Mathematic specialist. He is good at calculating number and solving problem. He got an advantage from God maybe, because he also can calculate someones 'Pahala' and 'Dosa'. If Moses got Firaun as his foe, then Fitri got Izxxd as his rival.I

GEMUK

Body shaming ni bukanlah perkara baru sebenarnya, sebab atok nenek kita dah lama buat body shaming yang kita sendiri tak perasan. Bukanlah kita tak perasan sebenarnya, tapi kita tidak terlalu sensitive dengan body shaming ketika itu kerana anggap ia sebagai perkara enteng. Berbeza pada masa kini, aku rasa budak sekarang sedang dalam proses nak explore dunia baru mereka, nak menonjolkan diri mereka menerusi Idola Kecil, Bintang Mencari Bintang serta Mentor. Mereka sangat-sangat memerlukan confident yang tinggi dan body shaming adalah perkara yang menjatuhkan keyakinan mereka yang mereka telah bina setinggi Burj Khalifa. “Muka hang macam bulan doe.” “Awat hang gemok sangat? Mengandung ka? Kembaq?” “Wei, hidung hang asal kempis? Mata sepet? Anak Jepun ka?” Well, that’s common question yang biasa didengari telinga dan halwa orang yang gemuk, muka gelap, muka berjerawat dan segala macam lagi kekurangan. Bukanlah seseorang itu mahu dilahirkan dengan kulit yang gelap. Mereka tid